Skip to main content

Posts

Blog yang makin bersawang

Hai assalamualaikum semua.  Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog Jendela Dapur Surianti , terasa rindu pula dengan blog sendiri.  Boleh dikatakan hampir 5 tahun juga senyap dari berblogging. Ibarat rumah tinggal yang penuh dengan sawang.  Faktor kekangan masa membataskan saya untuk berada di sini (dibaca sebagai tidak berapa rajin). Sesekali ada juga masuk melawat kawasan sekadar membaca blog sendiri.  Walaupun diam dari berblogging, sepanjang waktu ini, saya banyak membuat “posting” di Youtube, Instagram, Tiktok dan juga Facebook. Tapi kalau waktu yang agak sibuk, memang akan senyap juga dari membuat sebarang “posting” Youtube Surianti_Kitchen, klik sini   Instagram Surianti_Kitchen klik sini   TikTok Surianti_Kitchen klik sini Facebook Surianti_Kitchen klik sini Terima kasih atas semua sokongan anda kepada blog ini. Saya harap anda terus menyokong Surianti Kitchen dan semoga lepas ini saya jadi “rajin” untuk mengemaskini blog.  Sampai jumpa la...

Cottage Pie, memang sedap !

Bismillahirrahmanirrahim , Cottage Pie, menu ala mat saleh pula kali ni. Bukan Lasagna ya,  kerana tidak menggunakan lasagna sheet sebagai lapisan. Resipi ini menggunakan daging lembu dan dinamakan Cottage Pie. Jika menggunakan daging kambing, akan dinamakan Sheperd's Pie. Sedap tau ! Cottage Pie (loyang saiz 8 x 8 inci) Video langkah demi langkah berserta penerangan yang lengkap, boleh   klik di sini Jangan lupa subscribe ya ! Bahan A 🔵  800 g ubi kentang (6 - 7 biji) 🔵  1/2 cawan susu segar 🔵  2 sudu besar mentega   Cara penyediaan kentang : 1. Kupas kulit ubi kentang dan bersihkan. Rebus dalam air sehingga empuk dan toskan airnya. 2. Lecek ubi kentang dalam keadaan panas. 3. Masukkan susu segar bersama dengan mentega. Gaul sebati dan ketepikan. Bahan B 🔵  400g daging lembu kisar (boleh digantikan dengan ayam) 🔵  1 biji bawang holland didadu (kalau tiada boleh letak bawang besar) 🔵  2 sudu besar serbuk lada hitam 🔵  1 ...
Bismillahirrahmanirrahim, Roti Sardin Telur Viral Bismillahirrahmanirrahim, .  #rotisardintelursurianti Roti Sardin Telur (Sardines French Toast) 🎬  https://www.instagram.com/p/BtxLjzkjWiE/?igshid=1qfgyl4m0ddso Bahan-bahan : 🔵Roti Putih 🔵1 tin kecil sardin 🔵3 biji telur 🔵2 biji bawang merah 🔵1 biji cili merah 🔵1 sudu kecil lada putih 🔵Daun sup 🔵Minyak masak Cara penyediaan : 1. Lecekkan sardin bersama dengan kuahnya. Ketepikan. 2. Satukan telur, bawang merah, cili merah, lada putih dan daun sup. Kacau sebati. Masukkan sardin yang telah dilecekkan tadi. Gaul rata. 3. Roti putih dipotong kepada dua bahagian, celupkan roti ke dalam bancuhan tadi. 4. Sapu kuali dengan sedikit minyak (anggaran 1-2 sudu besar minyak masak) dan panaskan kuali. Gorengkan roti, balikkan dan biarkan kedua-dua bahagian masak sempurna (sekejap saja) 5. Angkat dan sedia dihidang.

Pisang Goreng Cheese , rangup dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Pisang Goreng Rangup 🎬 @surianti_kitchen . Bahan- bahan : 🔵Tepung Pisang Goreng @adabi_consumer 🔵Air 🔵Garam halus 🔵Pisang Awak . Cara penyediaan : ~tiada sukatan untuk air, hanya bancuh tepung menjadi pekat, memang  mudah dan sedap. ~goreng dalam minyak yang panas sehingga masak keemasan, angkat dan toskan. ~bila agak suam, boleh ditabur dengan parutan cheese cheddar Boleh rujuk video di sini : https://www.instagram.com/p/BuYs3lqj4SI/?igshid=yiaxpihy1i3x

Nasi Goreng Cina Seri-Aji yang sangat mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, . Mudahnya memasak nasi goreng menggunakan Perencah Nasi Goreng Cina Seri-Aji®. Tak perlu kopek bawang atau remeh dengan penyediaan pelbagai sos. Hanya taburkan perencah ke dalam nasi goreng. Bukan sekadar menjimatkan masa, malah rasanya yang sangat sedap pasti memenuhi selera keluarga. . Boleh dijadikan salah satu menu untuk bersahur yang sangat cepat dan ringkas penyediaannya. Dengan tambahan kurma yang mempunyai pelbagai khasiat dan dapat memberi tenaga sepanjang hari. . Nasi Goreng Cina Seri Aji Cadangan hidangan : 4-5 hidangan 🎬 @surianti_Kitchen . Bahan-bahan : 🔵 6 sudu besar minyak masak 🔵 200 g isi ayam, dipotong kecil 🔵 15 ekor udang 🔵 50 g lobak merah, dipotong dadu 🔵 50 g kacang panjang, dipotong kecil 🔵 2 biji telur 🔵 4 cawan nasi putih 🔵 1 paket Seri Aji Perencah Nasi Goreng Cina 26 g 🔵 5 biji kurma, buang biji dan potong kecil . Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak masak. 2. Gorengk...

Spaghetti Aglio Olio paling sedap

Bismillahirahmanirrahim, . Spaghetti Aglio Olio (bermaksud “Spaghetti [with] garlic and oil") , serius sedap pada kami sekeluarga. Kalau ada parmesan cheese, lagi sedap ditabur di atasnya. Kali ini stok parmesan cheese kehabisan pula, pun masih sedap juga. . . Bahan A 🔵1/2 pek spaghetti Adabi (250 g)- rebus hingga lembut dalam air mendidih, toskan 🔵1 sudu besar garam 🔵2 sudu besar minyak zaiton 🔵Air (anggaran separuh periuk) . Bahan B 🔵5 sudu besar minyak zaiton 🔵3-5 ulas bawang putih 🔵1/2 cawan air rebusan ayam (kalau tiada, ambil 1 kiub pati ayam , larutkan dengan air jadikan 1/2 cawan) 🔵300 g udang 🔵Garam (secukup rasa) 🔵2 sudu besar chilli flakes (boleh tambah jika suka lagi pedas) 🔵1/2 sudu besar lada hitam serbuk 🔵Buah tomato ceri 🔵Daun parsley segar dihiris , jika tiada gunakan parsley kering - anggaran 3 tangkai . Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga harum. 2. Masu...

Bingka Tepung Beras resipi mudah kuih warisan orang lama

Bismillahirrahmanirrahim, . Bingka Tepung Beras (atau dikenali juga sebagai Bengkang Tepung Beras di utara), kuih tradisional Melayu yang sedap dan harum dengan bahagian di atasnya garing. Kali ini buat lembut macam orang tua dulu-dulu buat (kena hati-hati waktu potong). . Bingka Tepung Beras (loyang 8x8 inci) @surianti_kitchen . Bahan-bahan : 🔵240 g tepung beras (saya pakai cap teratai) 🔵70 g tepung Hoen Kwe (dijual di pasaraya) 🔵150 g gula pasir 🔵Secubit garam 🔵1500 ml santan (saya perah santan dari 2 biji kelapa dan campur dengan air dan sukat jadi 1500 ml) . Cara penyediaan : 🔵Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapis. 🔵Masak atas api perlahan hingga tekstur jadi sedikit pekat. 🔵Sapu loyang 8x8 inci dengan sedikit minyak. 🔵Curahkan adunan tadi. 🔵Panaskan oven selama 10 minit. 🔵Bakar kuih pada suhu 180’C selama 50-1 jam. . 🛑Penting : biarkan kuih betul-betul sejuk selepas 4 atau 5 jam baru dipotong kerana semas...

Ayam Goreng Berempah yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Goreng Berempah (Spiced Fried Chicked) . Bahan-bahan (Ingredients) : 🔵 1 kg ayam (1 kg chicken) 🔵 1 sudu besar rempah kari (1 tbsp curry powder) 🔵 1 sudu besar cili serbuk (1 tbsp chilli powder) 🔵 Garam secukup rasa ( Salt to taste) 🔵 Daun kari (curry leaves) 🔵 Minyk masak (cooking oil) . Bahan kisar (Blended Ingredients) : 🔵 3 biji bawang merah (3 shallots) 🔵 3 ulas bawang putih (3 cloves garlic) 🔵 1 inci halia (1 inch ginger) 🔵 3 batang serai (3 lemongrass) 🔵 1 sudu besar ketumbar (1 tbsp coriander seed) 🔵 1 sudu besar jintan manis (1 tbsp fennel seed) . Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan (kecuali ayam, daun kari dan minyak masak) gaul hingga sebati. 2. Gaulkan pada ayam dan perap antara 2-4 jam. 3. Sedia digoreng dalam minyak yang panas. Bila ayam hampir garing, boleh ditaburkan daun kari. Kacau rata dan boleh diangkat.  ✅ Tips : 🍀 Perap lebih lama supaya lagi sedap dan ...

Kek Pisang yang gebu

Bismillahirrahmanirrahim, Sedap, gebu dan lembab kek pisang ni. Simpan semalaman lagi sedap. Kek Pisang Gebu . Bahan-bahan : 225 g mentega 180 g gula perang 4 biji telur gred A 100 g susu segar 150 g pisang ranum yang dilecek (saya guna pisang emas) 300 g tepung gandum* 1/2 sudu kecil baking powder* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* (bahan bertanda * disatukan dan diayak) . Hiasan tabur di atas : 2 biji pisang ( dihiris bulat nipis letak atas kek) . Cara penyediaan : 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi. 3. Masukkan bahan ayak dan susu berselang seli sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. 4. Matikan mixer dan masukkan pisang lecek. Gaul sebati dengan spatula. 5. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah digris dan dialas. 6. Ratakan adunan, hentak loyang 2 atau 3 kali untuk mengeluarkan udara. Susun hirisan pisang di atasnya. 7. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dulu. Bakar kek pi...

Makaroni bakar, sedap dan kaya dengan cheese

Bismillahirrahmanirrahim, Menu kesukaan anak-anak.  Resepi ni senang saja, insyaAllah semua orang pun boleh buat✌️sedap tau, mesti cuba😍 . Makaroni Bakar Berkeju atau Cheesy Baked Macaroni . Bahan-bahan : 2 cawan makaroni 1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) - dadu 3 ulas bawang putih - dadu 1 mangkuk kecil daging atau ayam dipotong kecil 1/2 tin sos pasta asli Adabi 3 sudu besar sos cili Adabi Sayur : Karrot, batang celery, capsicum 1 sudu besar serbuk lada hitam 5 sudu besar minyak zaiton Adabi untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya . Cara rebus makaroni : 1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sudu minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak zaiton Adabi. Tumiskan bawang hingga layu. 3. Masukkan daging dan air. Masak hingga empuk. 4. Masukkan sos pasta, sos cili bersama sayur, garam dan gula. Kacau hingga didih. 5. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam. Kacau...

Kek Fruit Pastry Viral yang memang sedap

Bismillahirrahmanirrahim, . Resepi kek ini saya pernah kongsikan dalam majalah Aroma bulan Feb 2016 dan memang sedap. Baca resepi sampai habis tau 😍 . Fruit Pastry Cake . Bahan-bahan : • 100 g mentega • 180 g gula caster (saya letak 160 g) • 50 g sour cream (atau greek yogurt perisa asli) • 3 biji telur gred A (dipukul sedikit dengan garfu) • 1/2 sudu teh esen vanilla • 1 sudu teh pes lemon (atau pati sunquick) • 210 gm tepung naik sendiri . Bahan hiasan : • Buah-buahan seperti strawberi , blueberry, peach, kiwi, nenas, epal dan lain-lain jenis buah yang tidak terlalu berair. Jika menggunakan buah dalam tin, airnya hendaklah ditoskan dan buah perlu dilap kering. . • Snow powder secukupnya (untuk ditabur atas kek yang telah masak) . Cara penyediaan : 1. Pukul mentega , gula dan sour cream sehingga kembang dan ringan. 2. Masukkan telur sambil dipukul lagi. Bila telah sebati, masukkan esen vanilla dan pes lemon. 3. Masukkan tepung dan kacau secara kaup bali...

Ayam Tandoori yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Nampak macam banyak bahan, tapi cara membuatnya mudah saja. Sedap dimakan dengan roti nan, tapi saya makan dengan nasi. . Ayam Tandoori . Bahan utama : 5 bahagian ayam 1 cawan yogurt asli 1 biji lemon - ambil jusnya Garam 1/2 sk pewarna merah . Bahan A (kisar) 3 tangkai daun ketumbar 3 tangkai daun pudina 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2 inci halia . Bahan B 1 sb serbuk cili 1 sb rempah kari 1 sk kunyit serbuk . Bahan C (kisar/tumbuk) 1 sb jintan manis 1 sb ketumbar 1 sb lada hitam . Cara penyediaan : 1. Ayam dicuci bersih, kelar sedikit serta direbus separuh masak dan toskan. Kalau tak mahu rebus pun boleh , tapi kena panggang lama sikit (Saya nak jimatkan masa memanggang nanti) 2. Satukan semua bahan, gaul sebati dan lumurkan pada ayam. 3. Perap semalaman (atau 4 jam). 4. Boleh digoreng atau bakar dalam oven/pemanggang hingga masak. (Saya panggang menggunakan air fryer pada suhu 180’C selama 20 minit)

Nasi goreng kampung yang mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Nasi Goreng Kampung . Bahan-bahan : 2 cawan beras - dimasak menjadi nasi dan biarkan sejuk 3 biji telur Sayur kangkung - rendam sekejap dalam air bersih untuk membuang pasir, cuci bersih dan ambil bahagian daun dan batang yang lembut saja Garam secukup rasa Minyak untuk menumis . Bahan tumbuk : 7 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 7 tangkai cili padi (boleh kurangkan atau tambah) Segenggam ikan bilis - rendam sekejap untuk melembutkannya . Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga harum. 2. Tolak bahan tumisan ke tepi kuali, masukkan telur. Kacau dengan cepat menjadi telur hancur. 3. Masukkan nasi sejuk, tabur garam di atasnya. Kacau goreng hingga sebati. 4. Akhir sekali, masukkan sayur kangkung. Goreng sebati, matikan api. . Nota : Saya tak letak sos ikan atau serbuk perasa (aji) sebab alahan & akan jadi migrain. Kalau suka anda boleh tambah

Cucur Udang yang kekal lembut dan tak liat walaupun dah sejuk

Bismillahirrahmanirrahim, Cucur Udang . Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 1/2 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil kunyit serbuk Taugeh Kucai Udang 1 biji telur 1 1/4 cawan air suam . Cara penyediaan : Satukan semua bahan, kacau sebati. Biarkan 30 minit & boleh digoreng dalam minyak panas. Angkat dan toskan. .

Bubur Pulut Hitam kegemaran keluarga , resepi mudah

Bismillahirrahmanirrahim, . Bubur Pulut Hitam . Bahan-bahan : • 2 cawan beras pulut hitam - rendam 4 jam atau semalaman. Bilas bersih dan toskan • 10 cawan air biasa - tak perlu dihabiskan jika pulut telah kembang, boleh tambah jika perlu • 1 helai daun pandan • 1 cawan santan pekat • Gula secukup rasa • Secubit garam . Cara penyediaan : 1. Masukkan beras pulut hitam ke dalam periuk bersama air. (Air dimasukkan sedikit demi sedikit) 2. Rebus hingga beras pulut menjadi kembang dan sedikit pecah. Jika belum kembang boleh tambah air lagi. 3. Masukkan daun pandan, santan pekat, gula dan garam. 4. Masak atas api perlahan hingga didih. Siap, matikan api. . Nota : Bubur ini akan semakin pekat setelah sejuk.

Nasi lemak mudah dan sedap untuk sarapan

Bismillahirrahmanirrahim, . Nasi lemak (beras biasa) . Bahan-bahan : • 4 cawan beras - basuh dan toskan  • 2 helai daun pandan • 1 batang serai - ketuk • 4 cm halia - hiris nipis • 4 1/2 cawan santan (hasil dari campuran 3 1/2 cawan air + 1 cawan santan pekat, saya tak suka terlalu pekat sangat. Tapi kalau anda suka lemak, boleh ubahsuai) • Garam . Cara penyediaan : • Masukkan semua dalam periuk dan masak seperti nasi biasa. • Bila air kering, gembur perlahan. Saya biarkan dalam mode “keep warm” selama 10 minit baru off kan plug. Sambal Sotong Kering (ada yang panggil cumi-cumi) . Bahan kisar : . • 2 genggam cili kering (rebus hingga didih supaya lembut & toskan) • 3-4 biji bawang besar (guna bawang merah pun boleh) • 5 ulas bawang putih . Bahan lain : . • 1 mangkuk sotong kering - rendam 4 jam atau semalaman, kemudian bilas/ramas sedikit & toskan • Air asam jawa - asam jawa sebesar ibu jari diperah bersama 1/2 c...

Puding marble sedap dan nyaman, penyejuk tekak

Bismillahirrahmanirrahim, . Puding Marble . Bahan-bahan : 10 gm agar-agar serbuk 3 cawan air 1/2 cawan gula pasir •didihkan bahan diatas. . Bahan kisar (guna blender) 2 biji telur 4 keping roti - carikkan 3/4 cawan susu cair 5 sb susu pekat 1/2 cawan air •satukan semua bahan dan kisar sebati. . Bahan lain : 2 sb serbuk koko + 2 sb air panas dibancuh menjadi pes 1 sudu besar mentega 1 sudu teh esen vanila (*typo dlm video letak caption serbuk coklat) . Cara penyediaan : 1. Masukkan bahan kisar ke dalam agar-agar didih tadi. Kacau sebati dalam api perlahan. Masukkan esen vanila dan mentega. Matikan api. 2. Bahagi dua adunan, satu warna asal dan satu lagi dicampur pes koko. 3. Basahkan acuan dan sendukkan adunan berselang seli warna asal dan koko. Buat hingga habis. Tidak perlu diratakan kerana adunan akan merebak sendiri ke tepi. 4. Biar beku dan boleh dimasukkan dalam peti sejuk. Potong, sedia dihidang.

Surianti Kitchen di TV

Bismillahirrahmanirrahim, Isnin 24/9/18, jam 12 tengahari di Astro Prima & Maya HD,  Surianti Kitchen (klik sini untuk ke link Instagram) akan berkongsi 3 resepi menarik dalam rancangan Rasa Instafamous terbitan majalah masakan no 1 di Malaysia, majalah Rasa. Teaser Ulangannya pada pukul 8pm di Maya HD 135 dan 9pm di Astro Prima. Kalau yang tidak berkesempatan, boleh juga lihat di website  www.rasa.my  atau pun dapatkan Majalah Rasa. Jangan lupa ya  😍 ✌️ # jendeladapursurianti   # rasainstafamous   # foodblogger   # foodie