Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Thursday, December 21, 2017

Bingka labu sedap untuk minum petang

Bismillahirrahmanirrahim,

Bingka Labu (loyang 9 x 9 inci)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan A
400 gm labu -buang kulit, timbang dan potong kecil
-rebus hingga empuk, toskan airnya dan lecek halus

Bahan B
2 biji telur (kocok sedikit dengan garfu)
230 ml santan pekat
200 ml air
160 gm susu pekat
100 ml susu cair
120 gm gula pasir
300 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam
-satukan semua dalam mangkuk besar dan kacau sebati, tapis jika masih berketul

Bahan C
Bijan
-untuk tabur di atas bingka,sukatan ikut citarasa sendiri. Jika suka banyak, boleh tabur lebih

Cara penyediaan :
1. Sapu loyang dengan sedikit minyak. Panaskan oven pada suhu 160'C selama 10 minit. Masukkan loyang kosong tadi untuk dipanaskan bersama.
2. Satukan bahan A dan bahan B. Kacau sebati. Curahkan ke dalam loyang yang kita telah panaskan tadi.
3. Bakar bingka selama 50 minit - 1 jam mengikut oven masing-masing. Selepas 15 minit pembakaran, keluarkan dan tabur bijan pada permukaan bingka. Kemudian sambung semula bakar hingga masak. (Tips supaya bijan tidak tenggelam)
4. Jika suka berkerak sedikit di permukaan atas, boleh sambung pembakaran lagi 5 minit api atas sahaja.
5. Setelah siap bakar, tunggu betul-betul sejuk barulah dipotong (anggaran selepas 3-4 jam)



Mee Kari sedap

Bismillahirrahmanirrahim,


Teringin nak makan mee kari, walaupun jenuh mencari kerang tak ada. Buat juga tanpa kerang, alhamdulillah menepati selera keluarga kami.

Mee Kari 
Oleh : Surianti Ramli

Bahan utama (mee kuning & sayur-sayuran) :
1 bungkus mee kuning (dicelur)
2 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil
Daun sup/daun bawang dihiris halus
Limau kasturi dibelah dua
Telur rebus
1 mangkuk tauge dicelur
1 pokok sawi dicelur
Bawang goreng (tiada dalam gambar)
Cili merah/cili hijau dihiris nipis

Bahan Kuah :
1/2 ekor ayam dipotong kecil (saya gunakan 3 keping dada ayam)
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 cawan santan pekat
5 cawan air
2 keping fishcake dihiris nipis (goreng sekejap)
1 bungkus fishball dibelah dua (goreng sekejap)
1 cawan isi kerang rebus
1 keping asam keping
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit air (anggaran 1/4 cawan)

Bahan tumis :
1/2 senduk minyak masak
Bunga lawang, kayu manis, cengkih, pelaga
3 tangkai daun kari
1 labu bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 batang serai diketuk

Cara penyediaan kuah :
1. Satukan rempah kari dan cili serbuk bersama bahan kisar dan gaul sebati menjadi pes. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga harum. Masukkan bahan pes dan sentiasa dikacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam bersama air. Masak hingga ayam empuk.
4. Masukkan kiub pati ayam, fishball, fishcake, asam keping dan kerang serta garam secukup rasa. Masukkan santan. Biarkan didih dalam api sederhana. Matikan api.

Cara hidang :
Masukkan mee ke dalam mangkuk. Letakkan bahan sayur dan bahan lain. Sendukkan kuah ke atasnya. Sedia dihidang.

Apam Gula Hangus yang simple dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim,

Apam Gula Hangus
Oleh : Surianti Ramli

Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan air -panaskan gula dalam kuali hingga cair keperangan.
-tuang air perlahan-lahan. Masak hingga didih dan gula sebati dengan air. Matikan api, sejukkan.

Bahan ayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
- satukan bahan di atas, ayak. Ketepikan.

Bahan lain :
2 biji telur 
1/2 cawan minyak jagung
2 sb mentega
2 sb susu pekat
Secubit garam
- satukan bahan ini dan whisk hingga sebati.

Cara penyediaan :
1. Satukan bahan gula hangus, bahan ayak & bahan lain dalam mangkuk besar.
2. Gunakan whisker dan whisk sebati. 
3. Panaskan periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis.
4. Gunakan berus kecil dan sapu acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 bahagian acuan.
5. Kukus selama 20 minit, api sederhana. Bila masak, terbalikkan acuan dan apam akan tanggal sendiri.


Puding Milo Oreo untuk dessert

Bismillahirrahmanirrahi
Dessert of the day, abaikan milo yang tak berapa larut tu sebab nak cepat 😁


PUDING MILO LAPIS OREO
Sumber : Noraslinda Bugal & Blog Citarasawan
Dicuba oleh : Surianti Ramli.

BAHAN-BAHAN
1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
750 ml air
160 gram gula pasir (saya letak 130 gm)
1 tin susu cair 400 ml
3/4 cawan serbuk milo (saya letak 100 gm)
1 bungkus biskut oreo 137 gram (patahkan 2)

CARA MEMBUATNYA
1. Masak serbuk agar2,air dan gula pasir sehingga larut,masukkan susu cair,kacau sebati hingga mendidih.
2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain,campurkan serbuk milo dan kacau sehingga rata dan tidak berketul.
3. Ambil 1 cawan puding milo tadi dan tuang ke dalam acuan/loyang,bakinya dibiarkan di atas dapur dengan api kecil supaya tidak beku.
4. Bila lapisan puding milo hampir membeku,tuangkan kesemua puding putih/plain tadi.Tabur dengan kepingan biskut oreo.Biarkan mengeras sedikit.
5. Kemudian tuang baki puding milo ke atas lapisan puding putih/plain.Biar membeku pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. 


TIPS MELAPIS :
Jangan biar lapisan membeku sepenuhnya sebab lapisan seterusnya nanti tidak melekat
Jika membeku semua,cakarkan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
Pastikan puding masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik.

Ketupat Sotong Versi Utara

Bismillahirrahmanirrahim,
Lauk yang menambahkan selera, alhamdulillah sedap dan menepati selera keluarga kami.



Ketupat Sotong Versi Utara
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 kg sotong (saiz besar) dicuci bersih
1 cawan beras pulut (rendam 30 minit, toskan)
Lidi secukupnya

Bahan kuah :
15 tangkai cili kering- rebus hingga lembut dan toskan
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cawan pati santan
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan :
1. Isikan sotong dengan pulut hingga memenuhi 3/4 bahagian badan sotong. Masukkan kepala sotong dan sematkan lidi dengan kemas supaya pulut tidak terkeluar. Ketepikan.
2. Cili kering dan bawang dikisar halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan pecah minyak. Masukkan sotong bersama pati santan dan air. Rebus dalam api sederhana anggaran 15 - 20 minit. Perisakan garam dan gula secukup rasa.
4. Matikan api, sedia dihidang.

Rich Banana Bread untuk minum petang, rasanya seakan kek pisang yang gebu

Bismillahirrahmanirrahim,
Rich Banana Bread untuk minum petang, resepi saya pernah share dua tahun lepas. Mudah & sedap, walaupun nama 'bread', tapi rasanya sedap, gebu dan lembab seakan kek pisang. Resepi ini saya dapat hasil berjalan ke website, allrecipes.com dan saya ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Mudah disediakan tanpa penggunaan mixer. Nak tahu sedap & gebu yang bagaimana, anda mesti cuba ya ✌️


Rich Banana Bread (loyang 9in x 5in)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
(Sukatan cawan metrik)
1/2 cawan minyak jagung (atau butter dicairkan)
1 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 st esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
1/2 st garam
1/2 cawan yogurt plain
1/2 cawan walnut cincang
4 biji pisang emas dilecek

Cara penyediaan : 

1. Dalam mangkuk besar, satukan butter cair dan gula. 
2. Tambahkan telur, esen vanila dan kacau gunakan whisker hingga sebati. 
3. Satukan tepung, baking powder dan soda (Ayak). Masukkan ke dalam campuran butter tadi bersama garam. 
4. Whisk sebati. Akhir sekali masukkan yogurt, walnut dan pisang. 
5. Gris loyang dengan butter dan masukkan adunan. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar hingga masak mengikut suhu oven masing-masing. (Saya bakar suhu 180'C selama 45 minit). Ambil lidi dan cucuk bahagian tengah, jika tak melekat bermakna telah masak. Sejukkan diredai.

Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yang simple dan sedap, kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim,
Menu yang mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap.



Ayam Panggng Mayonis
Oleh : Surianti Ramli

Bahan utama :
1 ekor ayam saiz sederhana 
Air secukupnya (sekadar menenggelamkan ayam waktu merebus nanti)

Bahan tumbuk :
7 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan perapan :
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam halus

Cara penyediaan :
  1. Ayam dicuci bersih dan potong kepada 4 bahagian (kalau tak potong pun boleh), direbus separuh masak dalam air hingga didih. Toskan dan air rebusan disimpan.
  2. Satukan bahan tumbuk dan bahan perapan, gaul sebati. Lumur pada ayam, perap 2 jam. (Saya perap semalaman)
  3. Bakar menggunakan oven atau pemanggang hingga masak.

Nasi Planta
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi
6 cawan air rebusan ayam (kuantiti air bergantung pada jenis beras yang kita gunakan)
1 kiub pati ayam
Garam

Bahan tumis :
3 sudu besar planta (boleh gunakan jenis lain)
1 labu bawang besar - didadukan
5 ulas bawang putih - dimayang 
1 inci halia - dimayang
2 helai daun pandan
Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga ( 1 bagi setiap jenis)

Cara penyediaan :
  1. Cairkan planta dalam periuk. Tumiskan bahan tumis hingga harum.
  2. Masukkan beras dan kacau sekejap. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub pati ayam.
  3. Masak seperti memasak nasi biasa.

Hidangkan bersama sayur bersesuaian seperti buah tomato, daun salad dan timun.
Boleh dimakan dengan sup dan sos kegemaran.




Saturday, October 7, 2017

Kuah Lompang Pandan yang sedap


Bismillahirrahmanirrahim,
Kuih Lompang yang pernah Sue kongsikan dalam blog, fb dan IG ini juga pernah dicuba ramai kawan2 dan mendapat maklumbalas yang baik ,  alhamdulillah sedap dan harum wangi pandan satu rumah.





Lompang Pandan

Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur (kalau tak letak pun boleh)
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)
1 sudu besar pandan paste /beberapa titis pewarna untuk memberikan warna hijau



Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yang putih
Secubit garam halus
1 helai daun pandan
#gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :
1. Satukan gula pasir serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi)
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur , pandan paste dan jus pandan yang telah disejukkan tadi. Gaul sebati. 
3. Panaskan periuk kukusan. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Sudukan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 - 14 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan biar sejuk seketika supaya mudah mengeluarkannya dari acuan.
5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu/lidi secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.





Catatan : kuih lompang yang sebenar akan ada lesung pipit (lubang ditengahnya) setelah masak dikukus. Jika tiada, bermakna tidak menjadi.

Friday, September 15, 2017

Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan ringkas dan menyelerakan


Bismillahirrahmanirrahim,
Resepi nasi lemak tumis (tanpa santan) ini pernah saya share dulu dalam IG dan blog. Nasi ini popular di negeri Kedah tempat kelahiran saya, memang menggamit nostalgia tiap kali memasaknya.

Nasi Lemak Tumis (tanpa santan)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras
4 - 4 1/2 cawan air (ikut jenis beras masing-masing)
1 sk kunyit serbuk (jika suka nasi kuning, tapi saya tak letak kali ini)
Garam
-masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi.

Bahan tumis :
1/2 senduk minyak masak (Saya guna minyak jagung)
1 inci halia
1 helai daun pandan disimpul
1 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, binga lawang, buah pelaga)
-panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis di atas hingga harum. Tuangkan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata dan on plug, masak seperti memasak nasi biasa.

Sambal Bilis
Oleh : Surianti Ramli

Bahan kisar :
2 genggam cili kering -rebus dengan air hingga didih, matikan api biar sekejap & toskan
2 - 3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 genggam ikan bilis
1 sb minyak masak
Air secukupnya
-kisar bahan diatas hingga halus

Bahan lain :
1 senduk minyak utk menumis
Semangkuk kecil ikan bilis
1 labu bawang besar dihiris nipis
Garam
Gula secukup rasa
3 sb air asam jawa

Cara :
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis separuh garing, masukkan bawang besar. Kacau hingga layu. Terus masukkan bahan kisar dan masak api perlahan hingga didih. Masukkan garam & gula serta air asam jawa secukup rasa. Masak hingga pecah minyak. Tutup api. Siap.


Saturday, September 9, 2017

Kek Marble Lembut yang gebu dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Entry tertangguh, sebenarnya Sue dah post dalam fb dan IG.
Kek marble yang lembut & gebu tanpa serbuk penaik. .



Kek Marble Lembut (loyang 8 x 8 inci)
Oleh : Surianti Ramli
.
Bahan A :
150 gm butter dicairkan (timbang dulu baru cairkan)
.
Bahan B :
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalete (sudu metrik)
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
.
Bahan lain :
Pewarna/perisa kesukaan
(saya gunakan strawberry emulco dan serbuk koko)
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.
2. Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu (anggaran 7 minit)
3. Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik hingga sebati.
4. Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang kek sedikit supaya adunan kek sekata dalam loyang.
5. Bakar hingga masak pada suhu 160'C selama 45 - 50 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).
6. Sejukkan diredai.


Saturday, July 15, 2017

Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah

Bismillahirrahmanirrahim,
Masih lagi dalam bulan Syawal, merendang masih menjadi pilihan. Mari kita lihat resepi rendang yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sungguh menjimatkan masa dan rasanya sama seperti kita menggunakan kuali atau periuk biasa.Bahan-bahan pun sama, hanya kaedah memasak dapat disingkatkan.




Rendang Ayam (periuk Noxxa)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan utama :
1 ekor ayam - potong kecil dan cuci bersih

Bahan kisar :
30 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurangkan cili, rebus cili dengan air hingga didih, toskan)
3 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 ruas kunyit
Air secukupnya untuk mengisar

Bahan lain :
1 helai daun kunyit diracik
3 batang serai diketuk
2 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
500 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Masukkan bahan kisar, ayam dan serai ke dalam periuk tekanan noxxa.
2. Kacau sebati, on plug. Tutup periuk tekanan dengan tudungnya. Pastikan tombol di atas tudung periuk berada dalam fungsi 'high pressure'. Tekan fungsi 'high pressure' 8 minit. Tekan butang on.
3. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi 'beep' berulang kali. Lepaskan tekanan pada tombol atas tudung periuk. Tunggu hingga wap keluar habis.
4. Buka tudung periuk, masukkan kerisik, santan, garam, gula dan daun kunyit. Kacau sebati.
5. Ambik fungsi 'stir fry' dan biar hingga rendang mulai pekat kuahnya.
6. Off periuk dan off plug. Sedia dihidang.



Pulut Kuning Periuk Noxxa
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras pulut
-cuci bersih, rendam 10 minit dalam air yang dicampur kunyit serbuk serta 2 keping asam bertujuan untuk mengilatkan pulut

Bahan lain :
3 1/2 cawan air biasa
1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
12 helai daun pandan disimpul

Cara penyediaan :
1. Toskan pulut, masukkan ke dalam periuk Noxxa bersama air biasa dan daun pandan.
2. Tekan fungsi 'high pressure" sehingga 5 minit. Pastikan tombol pada atas tudung periuk berada pada kedudukan high pressure. Tekan butang on.
3. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi 'beep' berulang kali. Lepaskan tekanan pada tombol atas tudung periuk. Tunggu hingga wap keluar habis.
4. Buka tudung periuk, masukkan santan pekat yang telah dicampur garam. Gaul sebati.
5. Tutup tudung periuk, tukar butang tombol atas tudung periuk pada kedudukan steam.
6. Tekan fungsi steam selama 3 minit. Tekan butang on.
7. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi 'beep' berulang kali. Lepaskan tekanan pada tombol atas tudung periuk. Tunggu hingga wap keluar habis.
Kacau rata. Siap.




Thursday, June 29, 2017

Salam Aidilfitri 2017

Assalamualaikum semua,
Rasanya belum terlewat untuk Sue mengucapkan selamat hari raya buat semua pengunjung setia blog Jendela Dapur Surianti.
Terima kasih atas sokongan semua kawan-kawan yang selalu datang berkunjung.
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.






Friday, June 2, 2017

Ayam Peri Peri ala Nando's yang menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim,
Disebabkan kesuntukan masa, kali ini Sue menyediakan ayam panggang peri peri menggunakan sos Nando's yang dibeli di Tesco. InsyaAllah ada kesempatan masa, post yang akan datang, Sue akan kongsikan resepi sos ala Nando's yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Ayam Peri Peri Ala Nando's
Oleh : Surianti Ramli
Bahan utama :
1 ekor ayam sederhana besar
Bahan perapan :
4 sudu besar sos Nando's (saya gunakan sos peri peri garlic)
4 sudu besar mayonais
2 sudu besar chilli flakes
2 sudu besar paprika
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 inci halia (tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
*sos nandos, paprika dan chilli flakes boleh dibeli di pasaraya besar seperti tesco atau giant.
*garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
Bahan lain :
3 biji kentang dipotong baji (rebus separuh empuk, toskan airnya)
2 biji bawang besar dipotong 8 bahagian
2 biji buah tomato dipotong 4 bahagian
Daun salad
Minyak zaitun secukupnya
Cara penyediaan :
1. Ayam dicuci bersih dan keringkan dari air (saya gunakan 4 bahagian chicken leg quarters). Tusuk sedikit sekeliling ayam dengan garfu untuk memudahkan bahan perapan meresap.
2. Satukan semua bahan perapan dan gaul rata pada ayam. Perap semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
3. Panaskan oven, renjis minyak zaitun sedikit ke atas ayam. Panggang ayam dengan suhu 200'C selama 30 - 40 minit atau sehingga masak. Semasa separuh waktu memanggang, masukkan kentang dan bawang besar yang telah direnjis sedikit minyak zaitun juga. Teruskan panggang hingga masak.
4. Hidangkan bersama buah tomato, daun salad dan sos nando's. Sesuai dimakan dengan nasi butter, nasi biasa atau diratah begitu saja.
Nota : saya memanggang menggunakan air fryer selama 17 minit pada suhu 200'C.



Wednesday, May 31, 2017

Serimuka Durian yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam 5 Ramadhan buat semua pengunjung blog Jendeladapur Surianti yang dikasihi, rasanya masih belum terlewat untuk mengucaokan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diberkati Allah SWT. Aamiin.

Resepi ini Sue pernah share dulu. Kali ini masih menggunakan resepi yang sama juga. Resepi cara orang tua dulu-dulu, menggunakan sukatan cawan.
Silakan share, semoga bermanfaat.

Seri Muka Durian
Oleh : Surianti Ramli
(Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci)
Bahan-bahan :
Bahagian bawah (pulut)
2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Cara penyediaan pulut :
1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut.
2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan.
Bahagian atas/kepala
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan isi durian
1 sudu besar tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
2 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
Cara penyediaan bahagian kepala :
1. Satukan semua bahan dan dikisar (dengan pengisar/blender).
2. Tapis adunan dan masak di atas api sehingga naik wap (anggaran 3 minit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau.
3. Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
4. Balut tudung periuk kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap menitik.
5. Kukus serimuka selama 40 minit. Buka tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaannya. Tutup api.
6. Tunggu hingga betul-betul sejuk (anggaran masa 4 jam) barulah dipotong dengan pisau plastik.




Tuesday, May 2, 2017

Maggie Goreng Ala Mamak pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim,
Sesekali teringin maggie goreng style mamak, masak seadanya, alhamdulillah sesekali bolehlah jangan selalu.




Maggie Goreng Ala Mamak
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 bungkus maggie (dicelur sekejap dengan air didih & toskan)
200 gm daging ayam dipotong dadu (atau daging lembu yang direbus)
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap lemak manis
2 biji ubi kentang direbus (potong dadu)
2 biji telur
Sayur sawi, kobis
Minyak untuk menumis
Garam jika perlu (tapi saya tak letak pun kerana pada saya telah cukup rasa masinnya)

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum.
2. Masukkan cili kisar, serbuk kari, isi ayam dan air. Masak hingga isi ayam empuk dan air mulai kering.
3. Pecahkan telur, kacau dengan cepat.
4. Masukkan semua sos bersama maggie, kentang dan sayur. Goreng sekejap saja dengan api kuat hingga rata (hati-hati jangan sampai hangus). Matikan api. Sedia dihidang.

Wednesday, April 19, 2017

Kuih Bakar Berlauk, kuih warisan orang lama

Bismillahirrahmanirrahim,
Kuih lama yang menjadi kegemaran Sue,




Kuih Bakar Berlauk
Oleh : Surianti Ramli
(Dapat 2 biji saiz no 2 seperti gambar).

Bahan A (batter) :
180 gm tepung gandum
375 ml susu cair (atau santan sederhana pekat)
375 ml air
2 biji telur saiz A
2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
Beberapa titis pewarna kuning
-satukan semua bahan di atas, kacau sebati dan tapis.

Bahan B (inti berlauk) :
150 gm daging dipotong kecil
1 labu bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1/2 inci halia didadu
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah kurma
1/4 cawan air (bancuh rempah dan air menjadi pes)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
-panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga harum.
-masukkan pes rempah bersama daging. Masak hingga daging empuk. (Tambah air lagi jika perlu)
-masukkan garam/gula secukup rasa.
-masukkan bawang besar dan masak hingga inti kering. Matikan api.

Bahan tabur :
Daun sup, daun bawang, cili merah, bawang goreng.

Cara penyediaan :
1. Lenser acuan dengan minyak, panaskan atas api dapur.
2. Masukkan bahan batter hingga 3/4 memenuhi acuan, masak atas api dapur perlahan hingga bahagian tepinya mulai kering sedikit.
3. Taburkan inti daging keseluruh bahagian atas kuih. Tabur juga bahan taburan yang lain.
4. Panaskan oven selama 10 minit dan pindahkan kuih tadi dari dapur ke oven. Bakar pada suhu 160'C selama 15-20 (atau hingga masak).
5. Keluarkan dari acuan dan boleh dipotong ketika suam.