Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, June 28, 2016

Puding Jagung sedap

Bismillahirrahmanirrahim...



Puding Jagung
Oleh : Surianti Ramli
http://www.jendeladapursurianti.blogspot.my/

Bahan-bahan :
1 tin jagung
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung kastad
1 kotak kecil santan*
3 cawan air*
(Bahan bertanda * boleh digantikan dengan 4 cawan susu cair)
1 sb mentega

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan (kecuali mentega), kacau larut hingga sebati. Masak atas api perlahan, sentiasa dikacau. Bila adunan telah mulai pekat dan berbunyi blurp blurp, masukkan mentega. Kacau rata, matikan api. Basahkan acuan dengan air biasa & tuang adunan. Bekukan & boleh disimpan dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk.

Tuesday, June 21, 2016

Nasi Ayam Karamel yang sedap, kesukaan keluarga

Bismillah..
Maaf kawan2, gambar makanan lalu lalang lagi..ini pun cerita beberapa bulan lepas. Sue sekadar berkongsi resepi & memberi idea utk dicuba oleh kwn2.
Nasi Ayam Karamel... jgn risau, tak manis sbb kita bukan minum air gula hihi..



Nasi Ayam Karamel
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :

Ayam Karamel
1 ekor ayam (boleh potong kecil @ boleh juga seekor)
2 senduk gula pasir
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 inci halia ditumbuk halus
1 helai daun pandan
Secubit garam
Air secukupnya (agak2 tenggelam ayam)
-masukkan gula dalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus hingga ayam masak. Tutupkan api dan biar ayam terendam di dalamnya. (Sue biarkan terendam lebih kurang 2-3 jam). Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tak perlu lama kerana ayam telah pun masak waktu kita merebus tadi.

Kicap
1 cawan air rebusan ayam karamel
1/4 cawan kicap (anggaran)
1 sk sos tiram
-masak sekejap atas api hingga mendidih.

Sos Cili
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sb sos tomato
1/2 inci halia
1 sk cuka
Sedikit air
Garam/gula secukup rasa
-satukan semua bahan di atas (kecuali garam/gula), kisar halus. Masak di atas api hingga didih. Masukkan garam/gula secukup rasa.

Nasi
4 pot beras dicuci bersih dan ditoskan
5 ulas bawang putih dikisar halus
1 labu bawang besar dikisar halus
1 kiub pati ayam
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 helai daun pandan
2 sb mentega
1 st kunyit serbuk (kalau tak mahu nasi jadi kuning, tak perlu letak)
Garam secukupnya
5 1/2 cawan air (sup ayam)
*sukatan air mengikut jenis beras masing-masing, beras kami jenis keras
-masukkan semuanya dalam periuk nasi dan masak seperti memasak nasi biasa. Siap. (Cara Sue memasak nasi ayam memang tidak menumis, hasilnya sama seperti kita tumis juga)

Bahan tambahan lain :
-sup ayam
-sayur yang bersesuaian seperti daun salad, timun, buah tomato atau kobis.

Kuih Lapis Tradisional yang mudah

Bismillahirrahmanirrahim...
Antara kuih muih yang menjadi pilihan dalam bulan puasa, kali ini buat separuh dari adunan di bawah dan menggunakan acuan kecil-kecil. Senang tak perlu dipotong lagi. Kalau nak buat banyak, boleh gunakan loyang segiempat saiz 7 in x 7 in.



Kuih Lapis
Oleh : Surianti Ramli
(Loyang 7in x in)
Sukatan metrik

Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
4 cawan santan (hasil campuran santan pekat bersama air)
2 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/2 sk garam
Pewarna merah + perisa ros

Cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan di atas. Whisk sebati.
2. Tapiskan adunan.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal, satu lagi dicampur pewarna merah dan sedikit perisa ros.
4. Sapukan loyang/acuan dengan minyak.
5. Panaskan periuk kukusan terlebih dulu. Tutup tudung periuk dengan kain tebal.
6. Mulakan melapis berselang seli putih dan merah mengikut kreativiti masing-masing. Setiap kali melapis, kukus selama 5 - 7 minit dalam api yang kuat. Ulangi proses yang sama hingga adunan habis. Pada lapisan terakhir, kukus selama 10 minit. Kemudian buka tudung periuk dan biarkan kuih dikukus selama 5 minit lagi tanpa tudung. Tujuannya untuk mengeringkan air pada permukaan kuih.
6. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong/dikeluarkan dari acuan.

Saturday, June 4, 2016

Karipap Pusing Step by Step

Bismillahirrahmanirrahim..


Utk resepi & langkah2 boleh view gambar. Ini cara emak Sue buat karipap pusing, memang buat niaga. Tapi sangatlah berbeza kualiti dan rupa dengan yang Sue buat ni. Apa pun, perlu banyak latihan untuk menjadikannya kemas kerana karipap pusing ni agak banyak kerenah berbanding karipap biasa. Salah buat, nanti tak nampak pusingnya. Atau pun bila digoreng hanya jadi rangka, habis terkeluar inti. Sue sendiri pun buat berkali2, dah berkilo tepung masuk tong sampah. Kelakar pun ada juga, bila tengok emak buat nampak senang. Seperti Sue sebut tadi, mesti selalu latih untuk nampak cantik dan sedap. Maaf kawan-kawan, kali ini gambar semua pakai handphone je gara-gara bateri kamera habis tak sedar. Tak sempat nak cas semula.

Karipap Pusing step by step (cara emak saya)
Oleh : Surianti Ramli

Doh A
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak 
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
Secubit garam
-panaskan minyak, buat lubang pada bahagian tengah besen yang mengandungi tepung. Tuang minyak panas dan gaul dengan senduk kayu hingga rata. Kemudian ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan garam dan tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli hingga tidak melekat di tangan. Tak perlu habiskan air jika doh telah cantik.


Doh B
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sb shortening
1 sb mentega
-satukan semua bahan dan uli sebati hingga boleh dikepal. Jika doh belum cantik lagi (berderai), tambahkan sedikit mentega.



1. Doh A dan Doh B yang telah siap diuli.
2. Bulatkan kepada 8 bahagian bagi setiap jenis.
3. Gelekkan doh A dan masukkan B.
4. Tutup dengan kemas.

5. Gelekkan doh.
6. Ambil pisau dan potong sedikit dari tengah. Langkah seterusnya boleh lihat pada gambar 6, 7, 8.

*ini cara emak saya buat

Langkah seterusnya pada gambar 9, 10, 11, 12.

Langkah seterusnya boleh lihat gambar 13 - 16.
Jangan gelek terlalu nipis, nanti jadi pecah selepas kita masukkan inti.

Masukkan inti dan kelim.
Inti terpulang pada citarasa sendiri.

Selepas digoreng, memang hasilnya tak secantik yang emak Sue buat. Tapi alhamdulillah, anak2 cakap sedap. 



Thursday, June 2, 2016

Marble Butter cake yang sedap, tak jemu dimakan dan tutorial membuat belang pada kek

Bismillahirrahmanirrahim...
Blog hampir bersawang, Sue sibuk dengan projek biskut raya,  alhamdulillah hari ini berkesempatan update blog.
Cerita beberapa minggu lepas,setelah balik kenduri, masih lapar. Buatlah kek ni.. sebenarnya resepi ini sama saja seperti kek marble biasa. Menggunakan resepi basic cake.




Marble Butter Cake (loyang bulat 8 inci)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
225 g butter (saya guna unsalted Anchor)
200 g gula castor 
4 biji telur gred A
1 sk esen vanila
50 ml susu segar
225 g tepung superfine *
1 sk baking powder *
2 sb serbuk koko

Bahan bertanda * di atas disatukan dan diayak

Cara penyediaan :
- pukul butter dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat. -masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi.
-masukkan esen vanila.
-masukkan susu segar berselang seli dengan bahan ayak hingga habis. Kacau sebati.
-bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan serbuk koko dan warna asal.
-griskan loyang. Alas dengan baking paper dan gris sekali lagi.
- tindan adunan berselang seli warna ke dalam loyang hingga habis.
-panaskan dahulu oven dan bakar hingga masak (lain oven, lainlah suhu dan masa membakar. Jgn nnt ada yang ckp keknya tak masak sbb ikut suhu oven Sue ya..kikiki...Oven Sue suhunya 160'C selama 50 minit)
- angkat kek dan sejukkan di redai.

*********************************************************************************************************************************
Di bawah ini Sue kongsikan tutorial step by step membuat belang pada kek marble, sebagai memenuhi permintaan kawan2..yang dah teror tu abaikan je ya..

Step 1 : Letak 3 sudu adunan plain pada tengah loyang, tindan 3 sudu adunan coklat di atasnya. Tak perlu ratakan kerana nanti dia akan merebak sendiri ke tepi.
Step 2 : Bila adunan tinggal separuh, letak 2 sudu sahaja adunan berselang seli plain & coklat.
Step 3 : Bila adunan hampir habis, letak 1 sudu sahaja berselang seli plain & coklat. Buat hingga habis. Hentakkan loyang sekali atau dua kali. Kalau suka boleh lorekkan dengan lidi sebelum dibakar. Tapi kalau tak lorek pun dah cantik marblenya.
Selamat mencuba !