Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, August 25, 2014

Jom kita breakfast dengan sandwich sardin

Dah lama Sue tak sarapan dengan sandwich sardin. Dulu, kalau buat sendiri, rasanya biasa-biasa je. Tapi selepas makan sandwich ikut cara sahabat Sue, sedap sangat ! Mungkin ada yang tertanya, eh...sandwich pun nak kena letak resepi ke ? Lain orang, lain caranya. Jom kita lihat.


Sandwich Sardin
Sumber : Zulaifha Hassan
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
Roti gardenia
1 tin sardin (asingkan ikan dan kuahnya & isi ikan dihancurkan)
1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 biji cili merah (dipotong dadu)
1 biji limau kasturi
Mayonais    
Mentega  
Sedikit garam
Daun salad                                   Buah tomato (potong nipis)
Timun (potong nipis)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili hingga layu.
2. Masukkan isi ikan sedikit garam. Jika terlalu kering, masukkan 1 sudu besar kuah sardin.
3. Kacau hingga masak.
4. Perahkan limau dan gaul rata. Tutup api. Ketepikan.
5. Sapu permukaan roti dengan mentega.
6. Letakkan isi sardin diseluruh permukaan roti.
7. Lapiskan dengan salad, timun dan tomato.
8. Ambil sekeping lagi roti dan sapu permukaannya juga dengan mentega. Lapiskan dengan sapuan mayonis.
9. Letakkan diatas roti yang telah tersedia dengan sardin dan sayur tadi (seperti gambar di atas).

Sedia dihidang. Sedap !
Selamat mencuba. 

Thursday, August 21, 2014

Jom sarapan apam kampung yang mudah dan sedap

Agak beberapa hari dapur tidak berasap disebabkan kekangan masa, akhirnya hari ini dapat juga Sue masak apam kampung yang sedap. Harum gula merah buat Sue teringat-ingat. Sedapnya ! Resepinya dari Yatie Memories. Penyediaannya juga mudah. Kalau yang belum pernah mencuba, anda harus cuba kali ini. InsyaAllah pasti jadi.




Apam Kampung
Oleh : Surianti Ramli
Sumber : Yatie Memories

Bahan A 
  • 1/2 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
  • 11gm yis mauripan
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gulahalus
Bahan C
  • 4 cwn tepung gandum
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 minit.

Tuesday, August 12, 2014

Bihun Singapore untuk tetamu yang bertandang

Mudah dan cepat. Ini yang termampu disiapkan. Maklumlah...balik kerja pun dah berkejar masa. Seadanya alhamdulillah. Buat untuk dinner sekali.


Bihun Singapore
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :

Sebungkus bihun (rendam sampai lembut dan toskan)
1 - 2 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Daging dipotong kecil (ayam, udang, sotong pun boleh sesuka hati)
Kobis dihiris halus
Karot dipotong memanjang halus
Fishball/fishcake
2 sudu besar Sos tiram
Sedikit kicap lemak manis -jika perlu (jangan banyak sangat, nanti bihun jadi bihun kicap pula)
Garam
Gula

Cara masak :

1. Panaskan minyak, tumis bawang kisar sampai wangi.
2. Masukkan daging, air sedikit dan rebus biar sampai lembut (atau masukkan ayam@udang@sotong tadi)
3. Masukkan garam, gula, sos tiram, lada hitam & fishball/fishcake.
4. Masukkan bihun, kacau goreng hingga masak.
5. Masukkan kobis dan karot. Kacau sekejap.
Sedia dihidang.
*taburkan hirisan cili, daun sup & daun bawang.
*sedap juga dimakan dengan sambal kicap.

Saturday, August 2, 2014

Ketupat Palas wajib di utara

Memang betul. Kalau hari raya di utara, wajib ada ketupat pulut yang di balut dengan daun palas. Setiap rumah pun memang ada hidangan ini. Sedap dimakan terutamanya dengan kari daging. Makan dengan rendang pun sedap juga. Ada versi ketupat yang dicampur dengan kacang atau jagung. Ada juga ketupat pulut hitam. Tapi kali ini, Sue buat ketupat pulut biasa. Kalau allahyarham nenek dulu, selain dari balut menggunakan daun palas, juga balut menggunakan daun pandan. Wangi....

Sebelum di rebus


Selepas direbus


Sedia dihidang. Yummy !


Ketupat palas
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam selama 1 jam. Toskan.
2 cawan santan pekat*
2 cawan santan cair*
2 sudu besar mentega*
1 sudu besar gula*
1 sudu besar garam*
Daun palas secukupnya, dibuka  lebih awal untuk memudahkan proses membalut

Cara penyediaan :
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana.
2. Masukkan beras pulut dan sentiasa dikacau supaya permukaan periuk tidak hangit.
3. Kacau hingga kering. Tutup tudung periuk.
4. Perlahankan api dan biarkan anggaran 3 - 5 minit. Kacau lagi dan tutupkan api.
5. Beras pulut memang separuh masak kerana selepas balut nanti, kita akan merebus lagi.
6. Balut dengan daun palas hingga habis.
# Sue tak sempat snap gambar waktu proses membalut, maklumlah sebelah tangan membalut, nak pegang kamera pun tak boleh. Di bawah ini nanti, Sue sertakan gambar ehsan dari google cara untuk membalutnya.

Cara merebus ketupat palas :
Alas dasar periuk dengan daun palas dan beberapa helai daun pandan. Bertujuan untuk mengelakkan permukaan periuk menjadi hangit. Susun ketupat palas di atas daun tadi. Masukkan air hingga paras permukaan ketupat. Tutup tudung periuk dan rebus anggaran 30 - 40 minit. Angkat dan toskan. Sedia dihidang bersama kari daging atau rendang. 
*petua supaya ketupat ini tidak bertukar kekuningan, semasa proses merebus, jangan buka tudung periuk kerana asap dari api akan menukar warna asal pulut.

Cara membalut ketupat palas, gambar ehsan dari google.




Rendang Daging

Musim raya ini, daging dan ayam memang laris. Tradisinya begitu dari dulu lagi. Ok, tanpa berceloteh panjang, idea pun tak ada..jom kita semak resepinya.
Resepi Sue ni biasa2 je. Lain orang, mungkin lain cara penyediaannya.



Rendang Daging
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 kg daging dipotong kecil dan dibersihkan

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering dibuang bijinya dan rebus hingga mendidih
3 labu bawang besar
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai

Bahan lain :
1 mangkuk pati santan
2 mangkuk santan cair
1 senduk kerisik
3 helai daun kunyit diracik halus
Garam dan gula secukup rasa
1 senduk minyak masak
Sedikir air

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik baunya.
2. Masukkan daging, kacau sebati bersama bahan tumis tadi. Biarkan hingga daging mengecut sedikit. Tambahkan santan cair dan rebus hingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk, tambahkan air biasa dan teruskan merebus.
3. Bila daging telah empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan santan pekat serta kerisik. Didihkan. Biarkan sehingga kuahnya pekat/pecah minyak. Taburkan daun kunyit dan kacau sekejap hingga sebati. Tutupkan api.
4. Sedia dihidang.


Kuah Kacang untuk dimakan bersama Ketupat Nasi

Kuah kacang ni, sesuai juga dimakan dengan sate. Dulu sebelum ada blog masak, Sue biasanya menggunakan dua resepi untuk membuat kuah kacang. Satu darinya kuah kacang versi Kelantan yang menggunakan santan. Lagi satu adalah resepi kuah kacang versi Jawa tanpa menggunakan santan. Kali ini, kita masak style Jawa. Cewahhhh...macam confident je yer...jom kita lihat orang utara masak kuah kacang versi Jawa. Masak dengan ikhlas, penuh kasih sayang sambil berselawat. InshaaAllah... Sedap !


Kuah Kacang
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 kg kacang tanah digoreng bersama 3 sudu minyak masak
(Tumbuk kasar kacang tanah setelah sejuk, tak perlu dibuang kulitnya)

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus hingga mendidih
20 ulas bawang merah (kalau bawang agak besar, cukup hanya 15 ulas sahaja)
2 inci halia

Bahan lain :
3 batang serai dititik
1 mangkuk air asam jawa
1 senduk gula melaka
3 senduk minyak masak
Garam dan gula pasir secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak masak. Tumis serai yang telah dititik hingga harum baunya. 
2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga cili telah betul masak. 
3. Masukkan air asam jawa dan kacang yang telah ditumbuk. 
4. Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
5. Masak hingga mendidih dan pecah minyak.
6. Sedia dihidang.

* kuah kacang akan semakin menjadi pekat setelah dimasak kerana semakin lama, kacang akan mengembang. Jika setelah api di padamkan dan kuah kacang anda masih cair, ada petua dari seorang sahabat Sue, hancurkan beberapa keping biskut cream cracker dan masukkan ke dalam kuah. Masak sekejap lagi hingga kuahnya pekat. Anda boleh cuba cara ini.

Jemput makan...bismillahirrahmanirrahim.


Ketupat Nasi aka Nasi Impit

Ada yang menyebutnya sebagai nasi himpit. Tak kisahlah apa sebutannya, barangnya sama je. Ada cara tradisional untuk menyediakannya. Tapi Sue kurang arif cara tersebut. Cara yang mudah, beli je ketupat nasi segera. Ada jenama Adabi, Nona dan lain-lain. Ikut cara yang terdapat pada bungkusannya. Siap ! Mudah, kan...hehehe....

Kali ini, Sue menggunakan ketupat nasi Nona

Kalau mengikut arahan pada plastik bungkusan, rebus selama 60 - 90 minit. Tapi Sue rebus menggunakan periuk tekanan tinggi /high pressure cooker jenama Noxxa dari Amway hanya 25 minit sahaja. Hasilnya....



Sejukkan dulu ketupat nasi selama beberapa jam barulah dipotong dadu. Kalau potong waktu ketupat masih panas, tekturnya akan hancur. Sedap dimakan dengan kuah kacang. Yummy !