Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, August 23, 2016

Karipap Sardin terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Karipap Sardin terlajak sedap, original resepi dari kakak kembar Sue nun di Shah Alam kak Jalilah Jj. Sedap sungguh, kakak Sue memang buat jualan kuih frozen. Resepi wajib cuba.
Sue buat sekilo tepung utk dibuat frozen juga. Sedapnya la,makan sebiji dua memang tak cukup. 



Karipap Sardin
Sumber : Kak Jj
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Inti karipap :
2 tin sadin Cap Ayam makerel (jenama apa pun boleh asalkan makerel sbb isinya besar)
5-7 biji bawang besar di potong dadu
3-5 sudu lada blender (cili kering)
3-4 biji bawang putih dipotong dadu
2 biji telur (kalau tak letak pun boleh)
5-6 batang daun sup di mayang
1/4 cawan air asam jawa pekat
1 sudu teh perisa maggie cukup rasa
Garam gula ikut keperluan.
Minyak masak untuk menumis
Kaedah penyediaan :
Panaskan minyak tumis bawang hingga naik bau. Masukkan lada tumis(cili kering kisar) hingga garing. Masukan gula sedikit bagi proses lada cepat garing. Ikan sardin di buang tulang asingkan dulu kuahnya. Hancurkan sekali dengan kuahnya dan masukan dalam lada yang sudah garing bersama air asam jawa & msk sampai kering.
Pecahkan telur kacau cpt & masukkan daun sup. Kacau sebati & angkat. Sejukkan inti dahulu baru di gunakan.
Kulit karipap :
1 kg tpg gandum baker choice (boleh guna jenama lain)
3/4 cawan minyak masak
3 sudu butter blend @ majerin
2 sudu teh garam halus
1 1/2 cawan air (tak perlu habiskan semua jika doh telah cantik)

Bahan lain :
Minyak masak untuk mengoreng
2 sudu besar shortening untuk goreng

Kaedah penyediaan :
Ayak tepung gandum dan buat lubang di tengah ketepikan .
Panaskan minyak masak biar panas betul baru letak butter. Biarkan butter cair dan tuang pada tepung yang telah di ayak. Kacau dengan senduk kayu biarkan seketika baru gaul dengan tangan jadi serbuk roti. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh dan perap 1/2 jam baru di terap.
Goreng dalam minyak yang banyak dan campurkan dengan shortening untuk menggebuskan karipap.
Buat sendiri boleh letak inti banyak-banyak. Yummy !

Ayam Ungkep yang sedap pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim...
Walaupun Sue bukan orang Jawa, (hanya nama je ala2 Jawa) tapi Sue sangat sukakan masakan Jawa. Resepi ini Sue dapat hasil berjalan2 dalam blog Amie's Little Kitchen. Sedap alhamdulillah..

Ayam Ungkep
Sumber : Amie's Little Kitchen
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
sedikit asam jawa (pilihan)
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Choc Chips Muffin yang mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Terima kasih kak ummi utk resepi yg sedap ini. Mudahnya membuat muffin, tak perlu pakai mixer. Hanya gunakan whisker atau senduk kayu sahaja.

Choc Chips Muffin
Sumber : kak Ummi Zaihadi
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Bahan:-
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)
Nota : Sue bakar selama 20minit, suhu 200'C

Pulut Durian sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Rezeki selepas hujan, durian kampung yang sangat sedap. Pemberian dari seorang kawan hubby semalam. Alhamdulillah.


Pulut Durian
Oleh : Surianti Ramli
Bahan2 :
Bahan utama -durian
Kaedah memasak pulut :
Kaedah 1 (cara rice cooker)
4 cawan beras pulut
4 cawan air
2 sb minyak masak
-masukkan beras pulut, air dan minyak dalam rice cooker, on plug dan masak seperti kita memasak nasi biasa.
Kaedah 2 (cara periuk biasa)
-didihkan air dalam periuk, anggaran setengah periuk. Lebih pun tidak mengapa. Masukkan pulut. Kacau rata dan biar hingga mendidih anggaran 5 - 7 minit. Tuangkan airnya hingga air jadi separas pulut. Perlahankan api. Tunggu hingga masak dan gembur dengan senduk kayu.
Kuah Santan
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air biasa
2 sb tepung beras
2 sudu besar gula
Secubit garam
-satukan air biasa dan tepung beras, kacau sebati. -campurkan semua bahan dan sentiasa dikacau dalam api perlahan hingga pekat. Tutupkan api.
Cara hidang : Sendukkan pulut dan durian secukupnya. Curah sedikit kuah santan. Sedia dimakan. Yummy !
*kalau ada yang tak makan durian, boleh gantikan dengan mangga.
*kebetulan jadi rajin sikit ambil banyak gambar hihi..





Sunday, August 21, 2016

Bismillahirrahmanirrahim...
Misi menghabiskan ceri, maka terjadilah kek ini. Hasil berjalan2 ke blog omputeh. Tapi Sue ubahsuai sedikit dari resepi asalnya mengikut kesesuaian bahan.

Cherry Butter Cake
Oleh : Surianti Ramli
(Loyang 8 x 4 inci)
Bahan2 :
125 gram mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 sb sunkist
1 1/2 cawan tepung gandum *
1 st baking powder *
1/2 cawan susu segar
Hirisan ceri merah dan hijau secukupnya (Sue letak 1/2 cawan)
Badam cincang utk tabur di atas kek
-bahan bertanda * disatukan dan diayak
Cara penyediaan :
Ambil 1 sb tepung gandum dan gaul sebati dengan buah ceri. (Ini bertujuan supaya ceri tidak mendap ke bawah kek). Ketepikan dulu.
Putar mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi. Masukkan sunkist. Putar sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Kacau secara kaup balik.
Masukkan ceri merah dan hijau yang telah digaul 1 sb tepung gandum tadi. Kacau sebati . Tinggalkan sedikit untuk tabur di atas. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digriskan. Tabur lebihan ceri dan badam cincang. Panaskan oven terlebih dulu. Bakar kek pada suhu 160'C hingga masak selama 40 - 45 minit bergantung pada oven masing-masing.
Sejukkan di redai.

Ikan Rebus Goreng aka Ikan Lengat

Bismillahirrahmanirrahim..


Kawan2 suka tak lauk ikan rebus goreng ? Kalu di utara dipanggil ikan lengat.
Sebelum ini Sue tak pernah buat sendiri, tapi sahabat Sue Pn Jamkhuriyati Hussain J/u Bahasa Negeri Perak yang ajar buat.. sedap rupanya. Makan dgn nasi panas, bertambah2 pulak makan.
Mudah je caranya :
Bahan-bahan :
1 kg Ikan kembung/ikan temenung bahasa utara/ikan sardin segar.
7-8 keping asam keping
1 sb garam kasar
Air secukupnya (agak tenggelam ikan)

Cara penyediaan :
Siang ikan & cuci bersih. Rebus bersama asam keping, garam kasar dan air. Asam keping kalau nak letak banyak pun boleh. Bila mendidih, matikan api. Biar semalaman terendam dan esoknya  toskan air. Goreng garing dalam minyak panas. Kalau suka letak bawang & lada potong.

*lebihan ikan rebus boleh disimpan dlm peti ais, hanya toskan airnya dan bila nak makan boleh keluarkan dan goreng.
Sedap !

Masak Lemak Cili api Rebung dan Udang

Bismillahirrahmanirrahim..
Teringin sangat nak makan rebung masak lemak cili padi. Masak tengahari tadi sebenarnya.
Kwn2 semua suka tak masakan begini ?
Tapi ini bukanlah resepi org nismilan..ni versi utara. Versi‪#‎jendeladapursurianti‬ 


Masak Lemak Cili Padi Rebung
Oleh : Surianti Ramli
Bahan2 :
1 mangkuk rebung
-hiris sederhana nipis, rebus hingga didih dan toskan.
1 mangkuk udang
2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 batang serai diketuk
2 - 3 keping asam keping
Garam secukup rasa
Bahan kisar :
10 - 15 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ruas kunyit hidup
Cara penyediaan :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali santan pekat). Masak dalam api perlahan hingga sedikit didih. Masukkan santan pekat, kacau rata sampai betul mendidih dan matikan api.