Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, October 21, 2015

Kek Marble Susu sedap sukatan cawan

Kek Marble Susu ni sebenarnya Sue buat minggu lepas. Tapi belum sempat nak update dalam blog waktu itu disebabkan sibuk dengan penyediaan kertas peperiksaan akhir tahun..hari ini baru berkesempatan..kebetulah sekolah dicutikan kerana masalah jerebu..sambil duduk2 je dalam rumah, sambil update blog..
Sedap tau kek ni..rasa lembab2 susu pekat dan mudah pula membuatnya, sukatan pun menggunakan sukatan cawan je....tak sempat nak ambil gambar banyak..sekali hadap makan..kalau anda baru nak cuba, boleh buat setengah adunan dari resepi di bawah ya..


Kek Marble Susu
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 ketul butter (Sue guna pure butter Anchor)
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur (Sue guna saiz A)
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 sk baking powder *
2 sb serbuk koko

Bahan bertanda * disatukan dan diayak

Cara penyediaan :
-pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
-masukkan susu pekat.
-masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi.
-masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dengan kaedah kacau secara kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu pada warna asal dan satu lagi dicampur serbuk koko.
-panaskan oven terlebih dahulu, Gris keseluruhan loyang bulat bersaiz 8inci, alas loyang dengan baking paper dan gris sekali lagi. 
-masukkan adunan ke bahagian tengah loyang berselang seli hingga habis. Tak perlu ratakan kerana adunan akan sendiri merebak ke bahagian tepi memenuhi loyang. Hentakkan loyang 2 atau 3 kali dan boleh dibakar hingga masak mengikut oven masing-masing. (Oven Sue suhunya 160' C selama 50 minit)

Nota : 
-waktu pembakaran dan suhu adalah berbeza bagi setiap jenis oven.
-sukatan di atas adalah sepenuhnya menggunakan cawan dan sudu metrik.



Selamat mencuba !

Saturday, October 17, 2015

Cucur jagung rangup di luar lembut di dalam

Bismillahirrahmanirrahim..
Cucur jagung rangup di luàr lembut di dalam utk minum petang..sepinggan sekejap je licin.
Sebelum ini Sue pernah share resepi cucur udang yang kekal lembut walau pun seharian, kali ini cucur jagung pula..lain sikit caranya. Tapi hasilnya, sedap !
Kalau nak buat cucur udang guna resepi ini pun boleh, hanya gantikan jagung dengan udang je..




Cucur Jagung
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 cawan air biasa
1 biji telur
1 sb gula
1 sb cuka
1 sk serbuk kunyit
Kucai, bawang besar yang dipotong dadu, setongkol jagung diambil isinya.
Secubit garam

Cara penyediaan :
-satukan tepung dan air panas, gaul rata.
-masukkan bahan lain & gaul sebati.
-biar sekejap dan boleh digoreng dengan minyak panas.



Wednesday, October 14, 2015

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol


Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol (ini cara saya)
Oleh : Surianti Ramli
2 ekor ikan tongkol
Sedikit garam dan kunyit
-ikan diperisakan dengan garam dan kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan.

15 tangkai cili padi
1 ruas kunyit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
-semua bahan diatas dikisar halus

1 batang serai diketuk
Asam keping (saya guna 3 keping je)
2 cawan santan
(Sedikit air jika perlu)
Garam secukup rasa
Timun dipotong serong -jika suka

Cara penyediaan :
-masukkan bahan kisar bersama serai, asam keping dan santan ke dalam periuk. Didihkan dalam api perlahan.
-masukkan garam, timun serta ikan. Masak hingga sebati. Siap.

Saturday, October 10, 2015

Chocolate Brownies aka Brownies Kedut

Antara fenomena FB tidak berapa lama dulu, Brownies Coklat Kedut..sedap rupanya, tak hairanlah ramai kawan2 yang telah pun mencuba dan anda juga harus cuba. Rasai sendiri, bukan rasa seperti kek coklat tau..pendek kata memang sedaplah hihi..



Resepi ini Sue copy paste dari shabat FB

Chocolate Brownies
Sumber : Mariana Zainal
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Resipinya (loyang saiz 10x10'inci)
Bahan A
400g coklat masakan ( potong kasar)
150g mentega(sy guna butter)
(Cairkan bahan di atas secara double boiler.. . ketepikan)

Bahan B
100g gula perang (sy guna 80g jer)
100g gula kastor ( sy guna 80g jer)
4 bj telur
1 sdt esen vanilla
(Satukan bahan B dan kacau sebati guna senduk atau whisk.. .tidak perlu pukul yer)

Bahan C
100g tepung naik sendiri
30g serbuk koko
(Ayak bersama bahan C)

Caranya
Masukkan bahan B ke dalam bahan A.. kacau hingga sebati guna senduk@ whisk...
Masukkan bahan C.. . kacau lagi bagi sebati.. .
Sapukan mentega dlm loyang ( loyang 10'x10') kemudian lapik dengan kertas minyak hingga lebih paras loyang(supaya mudah nak keluarkan brownies tu nanti)
Tuangkan adunan dan taburkan almond flakes atau almond nibs.. . bakar selama 30- 35mnt suhu 160'-170'.. api atas dan bawah...dah siap masak.. tutup suis oven dan biarkan brownies dlm oven dengan pintu terbuka selama 15mnt.




Yummy !

Selamat mencuba