Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, November 30, 2016

Chicken Chop yang sedap, mudah dimasak dan menjadi kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim..
Jom makan malam dengan menu ala barat, antara menu yang mendapat rating tertinggi dalam blog Sue, menjadi kesukaan anak-anak dan mudah cara penyediaannya. Dulu Sue pernah post kan resepi ini dan mendapat maklumbalas yang baik dari kawan-kawan yang setia mengunjungi blog Sue.
Alhamdulillah.


Chicken Chop
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan
Ayam :
5 keping paha ayam (buang tulang)
5 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sb serbuk lada putih
2 biji telur dipukul dgn garfu
Bread crumb (serbuk roti, boleh dibeli dikedai peralatan bakeri)
Sedikit tepung gandum
-gaulkan ayam dgn bawang putih & lada putih, perap 1 - 2 jam.
-lumurkan ayam dgn tepung gandum.
-celupkan ayam dlm telur.
-golekkan dlm serbuk roti.
-goreng dlm minyak panas hingga masak.
*kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudian goreng hingga masak.
Sauce/Kuah Chicken Chop :
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 cawan Brown Sauce Demi Glace (saya guna jenama Knorr, boleh dibeli di kedai bakeri, Tesco dll)
3 cawan air
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil
2 sb lada hitam ditumbuk halus
1 sb mentega untuk menumis
-satukan kedua jenis bawang, kisar halus. Ketepikan.
-satukan air & Brown Sauce. Kacau sebati supaya tidak berketul.
-panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing & harum baunya.
-masukkan campuran brown sauce & air tadi. Masukkan cendawan butang & juga serbuk lada hitam. Masak dalam api perlahan, sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat & didih, tutupkan api.
*tak perlu masukkan garam atau gula kerana brown sauce telah cukup rasanya.
*jika kuah terlalu pekat, boleh tambah 1/2 cawan air panas, masak sekejap atas api.
Bahan Coleslaw :
1/4 biji kobis (saiz kecil)
1/2 batang karrot
1/4 biji capsicum
5 sb mayonis (anggaran sahaja, lebihkan jika suka)
1 - 2 sb air perahan limau
-semua bahan sayur dipotong kecil. Gaulkan bersama mayonis, gula & air perahan limau hingga sebati secukup rasa. Simpan dlm peti sejuk.
Bahan lain :
Kentang Goreng
Daun salad
Hirisan buah tomato
Brokoli -hanya brokoli dicelur dalam air panas sekejap, yang lain tak perlu celur.


Sunday, November 27, 2016

Potato Wedges resepi mudah, terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Sedap sungguh, kalau makan ni mesti ketagih nak makan lagi..anda mesti cuba ya..


Cheesy Potato Wedges
Oleh : Surianti Ramli
Bahan A :
7 biji kentang bersaiz besar (dicuci bersih, dipotong baji)
1/2 kiub pati ayam
Air secukupnya
-rebus bahan di atas hingga kentang separuh empuk. Tos airnya, ketepikan.
Bahan B (batter):
4 sb tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 st lada hitam
1/4 cawan air (boleh tambah jika perlu)
-satukan semua bahan (kecuali air).
-masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi bancuhan yang pekat.
Bahan C (cheesy sauce) :
1 cawan susu segar (atau susu cair)
1 sb tepung gandum
1/4 kiub pati ayam
1/2 sk lada putih
2 keping cheese
1 sb mentega
-cairkan mentega, masukkan susu bersama tepung gandum, kiub & lada putih. Sentiasa kacau dalam api perlahan. Bila sos mulai pekat sedikit, masukkan kepingan cheese. Kacau sebati hingga cheese larut. Matikan api.
Cara penyediaan :
Masukkan bahan A (kentang) ke dalam bahan B (batter). Gaul sebati. Panaskan minyak secukupnya & goreng hingga menjadi keemasan. Kentang sedia dimakan bersama cheesy sauce & mayonis.
Yummy !



Thursday, November 17, 2016

Kek Pisang terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Antara kek pisang yang wajib dicuba. Sedap & memang sedap.
Kek Pisang Gebu
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
225 g butter
200 g gula kastor
4 biji telur gred A
150 gm susu segar
150 gm pisang ranum yang dilecek (saya guna pisang emas)
300 g tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
50 g badam cincang
50 g coklat rice
(bahan bertanda * disatukan dan diayak)
Hiasan (tabur di atas) :
2 biji pisang ( dihiris bulat letak atas kek)
1/4 cawan hirisan badam

Cara penyediaan :
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu per satu sambil dipukul lagi.
Masukkan bahan ayak dan susu berselang seli hingga habis sambil dipukul perlahan.
Matikan mixer dan masukkan pisang lecek, coklat rice dan badam cincang. Gaul sebati dengan spatula.
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah digris dan dialas.
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya dan tabur hirisan badam.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 50 minit/hingga masak.
(Bergantung pada suhu & jenis oven masing-masing)


Wednesday, November 16, 2016

Kari Ikan in da house

Bismillahirrahmanirrahim..
Kari ikan in da house, mungkin dapat dijadikan idea utk kwn2 yang belum masak.



Kari Ikan
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
4 ketul ikan ploktan/tenggiri atau apa2 jenis ikan
1 cawan santan pekat
2 sb rempah kari ikan
1 sb cili serbuk
5 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bawang merah (dihiris untuk tumis)
2 ulas bawang putih (dihiris untuk tumis)
1 sudu besar halba campur
2 batang daun kari
Bendi
Buah tomato dipotong empat
Cili hijau
Air secukupnya (anggaran 1 1/2 - 2 cawan)
Minyak untuk menumis
2 - 3 sb air asam jawa
Garam secukup rasa
-Ikan dicuci bersih & perahkan 2 - 3 biji limau kasturi ke atasnya, biar sekejap dan bilas untuk menghilangkan bau hanyir.
-rempah kari ikan dan serbuk cili dicampur dengan bawang kisar dan sedikit air hingga menjadi pes yang pekat.
Cara masak :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari hingga harum dan kekuningan. Masukkan halba campur. Kacau sekejap.
2. Masukkan paste rempah kari dan cili serbuk. Masak dalam api perlahan hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
3. Masukkan ikan. Balik-balikkan ikan dalam rempah sekejap supaya rempahnya menyerap masuk. Angkat ikan tadi dan ketepikan.
4. Masukkan santan pekat bersama sedikit air, sedikit air asam jawa dan secubit garam. (Air asam jawa jangan terlalu banyak, nanti kuahnya masam)
5. Masak hingga mendidih, barulah dimasukkan kembali kepala ikan tadi. Biarkan dalam api perlahan hingga kepala ikan masak.
6. Masukkan bendi dan cili hijau. Didihkan sekejap. Akhir sekali masukkan buah tomato dan terus matikan api.
Sedia dihidang.

Tuesday, November 15, 2016

Egg Muffins mudah

Bismillahirrahmanirrahim...
Hasil berjalan2 ke blog Barat, terjumpa resepi ini. Egg Muffins ni ala2 quiche juga, hanya tiada crust (kulit) seperti quiche. Resepinya mudah saja dan kita boleh ubah suai mengikut citarasa sendiri.


Cheesy Egg Muffins
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
5 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar
1/2 kiub pati ayam
1/2 cawan isi ayam dipotong dadu
1/2 batang karot didadu kecil
1 batang daun sup/daun bawang dihiris halus
1 biji bawang besar didadu
1 sudu kecil lada hitam
Secubit garam
Cheese parut mozarella
Sedikit mentega untuk disapu pada loyang muffin
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan (kecuali cheese mozarella). Pukul sebati dengan garfu. Ketepikan.
2. Panaskan oven terlebih dahulu, sapukan loyang muffin dengan sedikit mentega.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang muffin hingga hampir separas loyang. Tabur cheese. Jika sukakan cheese, boleh letak banyak.
4. Bakar egg muffins hingga masak mengikut suhu oven masing-masing. (Oven saya suhunya 160'C selama 30 minit)
Yummy !
Sesuai untuk dinner, breakfast & boleh juga dimakan dengan nasi.

Tuesday, November 8, 2016

Makaroni Goreng simple

Bismillahirrahmanirrahim..
Lama tak bersiaran di fb, apa khabar kwn2 yang selalu datang ziarah dan semua followers.. jom kita lihat menu yang selalu diulang2 & menjadi kegemaran keluarga Sue.

Makaroni Goreng
Oleh :Surianti Ramli

Bahan-bahan :
-2 cawan makaroni
-1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu
-1 biji buah tomato dipotong dadu
-1 mangkuk kecil daging dipotong kecil
-1/2 tin sos prego tradisional (kali ini saya guna Kimball)
-Sayur : Karrot, batang celery, capsicum
-2 sb lada hitam
-2 sb mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya)
-Sedikit minyak untuk menumis (saya pakai minyak zaiton)
-Garam dan gula secukup rasa
-Sedikit air *jika suka, boleh tambahkan cendawan butang, crab stick (stick ketam), sosej dll.
*masakan ini tak pedas, sesuai untuk anak2. Kalau suka pedas, sila tambahkan cili kisar.
Cara masak :
1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1sb minyak. Celur makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang bersama buah tomato hingga layu.
3. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sos prego (atau Kimball) bersama garam dan gula, kacau hingga didih.
5. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata. Akhir sekali masukkan sayur. Biar sebentar.
Siap