Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, March 28, 2016

American Hotcakes aka lempeng yang mudah dan sangat sedap



Bismillahirrahmanirrahim..
Cerita beberapa hari lepas, resepi mudah & sedap. Sue kongsikan mlm ini dlm blog, silakan share kalau ada yg nak buat utk bfast esok memang sesuai sangat. Anak2 Sue panggil lempeng omputeh.
American Hotcakes, resepinya sue dpt dari IG adik manis yg cute mute che ta @rozietahasan78 ..Sue copy paste di sini ya,

American Hotcakes
_______________________________
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 camca teh baking powder
2 camca teh castor sugar
Secubit garam
2 biji telur
1 cawan susu segar
60 g melted butter
_______________________________
1. Campurkan tepung, baking powder, gula dan garam.
2. Buat lubang di tengah dan masukkan bahan cecair.
3. Guna whisk dan kacau hingga tidak bergentel.
4. Perap 20 minit.
5. Masak seperti pancake biasa.
6. Hidangkan bersama madu atau apa2 saja yg suka.
*nota : anak2 Sue mkn dgn madu & butter.

Friday, March 18, 2016

Apam Kampung untuk sarapan


 Bismillahirrahmanirrahim..

Apam Kampung
Oleh : Surianti Ramli

Bahan A :
1/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
-masak bahan di atas, sejukkan.
**********************
Bahan B:
1/2 peket yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir
-satukan dan kacau larut bahan di atas, biar yis naik berbuih anggaran 10 minit.
**********************
Bahan C
2 cawan tepung gandum
secubit garam

Cara-cara :
Satukan bahan A, B dan C. Kacau sebati dan biarkan selama 45 minit hingga 1 jam (adunan naik) dalam besen tertutup.
Didihkan air dalam periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain untuk mengelakkan air menitis.
Sapu sedikit minyak dalam acuan, isikan 3/4 adunan ke dalamnya. Kukus selama 20 minit dalam api sederhana.
Terbalikkan acuan dan apam akan tanggal sendiri. Sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
*kelapa parut perlu dikukus sekejap supaya tidak mudah basi.


Wednesday, March 16, 2016

Donut Gebu Tanpa Uli

Bismillahirrahmanirrahim..
Mudahnya membuat donut resepi ini, gebu dan lembut je tanpa perlu kita uli lama.



DONUT GEBU TANPA ULI
Sumber : Fb Che Eda
Dicuba oleh : Surianti Ramli


Bahan
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan bahan ni dan biarkan kembang
**********************
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
-ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.

Monday, March 14, 2016

Puding Karamel Tanpa Telur

Bismillahirrahmanirrahim..
Sedapnya puding ni, makan time cuaca panas2..nyaman je rasa.. sesuai untuk yang tidak menggemari puding karamel yang biasanya diletak telur. Jom kita lihat resepinya, sebelum ini pun Sue dah pernah post dalam blog.


Puding Karamel Tanpa Telur
(Sumber : Noraslinda Bugal)

Bahan A (Karamel)
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar ai r
-Masukkan Bahan A ke dalam loyang, masak di atas dapur dengan api kecil hingga keperangan. Sejukkan.

Bahan B (Puding)
1 paket agar2 serbuk 10 gram
1 tin susu cair
4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
-Satukan semua Bahan B
-Masak di atas dapur, sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel
-Bila mendidih dan agak pekat, tutup api.
-Tapis adunan dan tuang dlm loyang karamel tadi. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.



Thursday, March 3, 2016

Ayam Varuval yang sangat sedap

 Bismillahirrahmanirrahim..
Sedapnya .. resepi asal dari Kalaivani Vj, Sue olah semula mengikut kesesuaian bahan dan selera.. alhamdulillah.

Ayam Varuval
Sumber : Kalaivani Vj
Olahan semula : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong kecil & dibersihkan)
1 sb kunyit serbuk
1 sb rempah kari Babas
1 sk garam
1 inci halia (ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
-gaul rata semua bahan di atas, perap 1 jam dan kemudian digoreng garing. Ketepikan.

Bahan A (goreng sekejap)
4 sb jintan manis
10 tangkai cili kering (di potong 3)
5 tangkai daun kari
1 labu bawang putih dihiris
Minyak secukupnya
-panaskan minyak, goreng jintan manis sekejap, angkat.
-dengan minyak yang sama, goreng pula cili kering, bawang putih hiris dan daun kari hingga wangi. Angkat dan ketepikan.

Bahan B (untuk tumis)
2 - 3 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dipotong 8 (kalau besar guna 1 biji)
1/2 inci halia ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sb serbuk cili Babas
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih yang tumbuk halus dan buah tomato hingga layu.
2. Masukkan cili serbuk (pesan dari tuan punya resepi asal supaya jangan letak air kerana ada air dari bawang). Tambahkan garam serta gula secukup rasa. Masak hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan A iaitu bahan yang kita goreng sekejap tadi. Masukkan ayam dan kacau rata hingga sebati. Boleh ditabur daun pudina atau daun ketumbar.
Ayam varuval rasanya seimbang pedas, manis dan masam.

Kobis Goreng Ala Mamak


Sayur Kobis Goreng Ala Mamak yang sedap, sesuai untuk yang berdiet atau pun vegetarian. Mudah cara membuatnya, jangan lupa cuba ya..

Kobis Goreng Ala Mamak
Oleh : Surianti Ramli


Bahan-bahan :
1/2 biji kobis dicuci bersih dan dihiris
1/2 batang karot dipotong mancis
3 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 - 2 tangkai daun kari dilurut
1 sk kunyit serbuk
1 sk serbuk cili
1 sk biji sawi
3 biji cili kering (potong 3 tiap satu)
1 biji cili hijau dihiris
Garam secukup rasa
Air (jika perlu sedikit saja kerana sayur ini digoreng kering, tapi Sue tak letak pun air)
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sk jintan putih

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak , tumis biji sawi hingga garing. Masukkan bawang putih & bawang merah yang dihiris bersama cili kering dan daun kari. Tumis hingga harum.
2. Masukkan bahan tumbuk, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau dengan cepat.
3. Masukkan sayur bersama garam. Kacau rata dan tutup kuali dengan tudung periuk anggaran 3 - 5 minit. Waktu ini air wap akan keluar dan sayur masak sekata.
4. Buka tudung periuk dan masukkan cili hijau. Goreng sekejap. Matikan api.

Puding Roti Sos Kastad yang sedap


Bismillahirrahmanirrahim..
Dessert Puding Roti Sos Kastad, utk menghabiskan roti yang hampir sampai tarikh luput..dessert yang mudah, selalu diulang2 & menjadi kesukaan keluarga, alhamdulillah... resepi yang sama pernah Sue post sebelum ini..


Puding Roti & Sos Kastad
Oleh : Surianti Ramli


Bahan-bahan :
8 keping Roti
* segelas susu segar * 2 sb gula
* 2 sb mentega- cairkan
* 2 biji telur
* 1 st esen vanilla
* 1 sb tepung jagung
Segenggam kismis hitam/ceri
Almond flake/kepingan badam
Sos Kastad :
1 tin susu cair (boleh juga gunakan 1 gelas susu segar)
2 sb tepung kastad
2 sb gula
1 st esen vanilla

Cara-cara:
1. Griskan loyang dengan mentega, potong empat atau pun carik-carikkan roti. Susunkan dlm loyang.
2. Blend bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan roti terendam 30minit.
3. Taburkan kismis atau ceri diatas roti. (Saya tambah almond flakes juga)
Bakar selama 30 minit dengan suhu 160' C.
4. Untuk membuat sos kastad , campurkan semua bahan sos ke dalam periuk dan kacau hingga masak (agak pekat) dlm api perlahan.
5. Makan puding roti bersama sos kastard.