Bismillahirrahmanirrahim,
Menu yang mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap.
Ayam Panggng Mayonis
Menu yang mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap.
Ayam Panggng Mayonis
Oleh : Surianti Ramli
Bahan utama :
1 ekor ayam saiz sederhana
Air secukupnya (sekadar menenggelamkan ayam waktu merebus nanti)
Bahan tumbuk :
7 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan perapan :
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam halus
Cara penyediaan :
- Ayam dicuci bersih dan potong kepada 4 bahagian (kalau tak potong pun boleh), direbus separuh masak dalam air hingga didih. Toskan dan air rebusan disimpan.
- Satukan bahan tumbuk dan bahan perapan, gaul sebati. Lumur pada ayam, perap 2 jam. (Saya perap semalaman)
- Bakar menggunakan oven atau pemanggang hingga masak.
Nasi Planta
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi
6 cawan air rebusan ayam (kuantiti air bergantung pada jenis beras yang kita gunakan)
1 kiub pati ayam
Garam
Bahan tumis :
3 sudu besar planta (boleh gunakan jenis lain)
1 labu bawang besar - didadukan
5 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
2 helai daun pandan
Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga ( 1 bagi setiap jenis)
Cara penyediaan :
- Cairkan planta dalam periuk. Tumiskan bahan tumis hingga harum.
- Masukkan beras dan kacau sekejap. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub pati ayam.
- Masak seperti memasak nasi biasa.
Hidangkan bersama sayur bersesuaian seperti buah tomato, daun salad dan timun.
Boleh dimakan dengan sup dan sos kegemaran.
No comments:
Post a Comment