Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Friday, August 21, 2015

Kuih Cara Manis

Entry tertangguh sebenarnya..dari sebelum bulan puasa lagi Sue masak kuih cara ni.bulan puasa pun ada juga Sue masak..tapi tak berkesempatan untuk update blog disebabkan kerja sekolah yang banyak waktu itu.






Sedap, dengan aroma pandan dan gula yang cair dalam mulut. Alhamdulillah..

Kuih Cara Manis
Sumber : CMG
Dicuba oleh : Surianti Ramli

BAHAN-BAHANNYA smile emoticon
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.

Congo Bar kesukaan ramai, resepi terbaik

Mudah saja cara membuat Congo Bar ni sebenarnya.. Kalau guna mixer, hanya mix sedikit saja tidak seperti kek. Kalau sekadar guna whisk pun boleh. Rasanya sedap, tidak terlalu manis kerana penggunaan gula perang ditambah dengan choc chip, kekacang almond di bahagian dalamnya dan bahagian atas.
Banyak kali juga Sue buat atas permintaan kawan-kawan tempat kerja..alhamdulillah, semua cakap sedap. Rasanya diantara kek dan biskut..mesti cuba..Memang yummy !

Selepas bakar, biarkan sekejap hingga suam dalam loyang.

Setelah agak suam, bolehlah dipotong.


Masukkan dalam papercup untuk cantik. Kalau tak masuk dalam papercup pun boleh juga.



Congo Bars
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
315g tepung superfine* 
2 st baking powder*
(satukan * dan ayak)
Secubit garam
150g butter
220g gula perang
3 biji telur gred A
1 st esen vanilla
1 cawan choc chip
1/2 cawan walnut
1/2 cawan almond nib

Hiasan (tabur di atas)
-Choc chip
-Almond slice

Cara penyediaan :
1. Pukul gula dan butter hingga kembang.
2. Masukkan telur 1 per 1 sambil dipukul bersama esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik.
4. Masukkan almond nib, walnut dan choc chip sambil dikacau lagi.
5. Griskan loyang, alas dengan baking paper dan gris lagi. (Saya guna loyang 10in x 10in)
6. Ratakan adunan. Tabur bahan hiasan.
7. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar pada suhu 160'C selama 30 minit (sila ikut suhu oven masing) sehingga masak.

Nota :
-congo bars ini nipis je setebal 1 inci (tak setebal kek)
-rasa congo bars ini diantara kek dan biskut.
-potong setelah suam/sejuk.


Versi banyak kekacang dan choc chip



Monday, August 17, 2015

Butter Cheese Cake sedap






Sedapnya kek resepi dari sahabat Fb Sue, pakar membuat kek ini. Masa bakar kek ni, terbayang2 Lyn tengah nyanyi lagu Hindustan. Tq Lyn untuk resepinya. Sebelum Lyn postkan resepi ini di fb, seorang lagi sahabat fb sue yang juga pakar memasak iaitu Noor Abd Rahim telah berkongsi resepi ini..Memang sedap.


Kek Butter Berkeju/Butter Cheese Cake
Sumber : Noor Abd Rahim, Lynn Allianz
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
250g butter
3/4 cawan gula caster
5 biji telur gred A
1 sk esen vanila
2 cawan tepung gandum (saya guna superfine)
1 1/2 sk baking powder
200g keju cheddar parut

Cara penyediaan :
1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila dan telur 1/1 sambil dipukul lagi.
4. Masukkan keju parut dan tepung. Gaul sebati.
5. Panaskan oven. Griskan loyang, (saya guna loyang 8in x 8in) alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar hingga masak mengikut oven masing2. Cucuk bahagian tengahnya dengan lidi. Jika tidak melekat, bermakna telah masak. (Oven saya suhu 160'C selama 50 minit)