Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, March 23, 2015

Tepung Bungkus sedap, menggamit memori







Dulu masa kecik, selalu tengok arwah Tok Yah buat tepung bungkus. Dah lebih 22 tahun pun arwah meninggalkan kami. Hari ni cuba buat sendiri wpun balutan kurang kemas berbanding Tok. Buat pun sikit je, 10 biji. Alhamdulillah...

Tepung Bungkus
(Versi asal nenek saya -Tok Yah)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
Daun pisang secukupnya (layur terlebih dahulu)

Inti kelapa :
½ biji kelapa parut
½ cawan gula merah

½ cawan air

1 sb gula (optional)

1 helai daun pandan
*1 sb tepung gandum
- satukan  gula merah, gula pasir, air dan daun pandan. 
- masak hingga gula larut.
-masukkan kelapa parut. 
- kacau atas api hingga hampir kering. 
- masukkan tepung gandum dan kacau sekata. 
- tutup api.
- biarkan sekejap, bulatkan sebesar syiling 10 sen. 

Pembalut inti :
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
-satukan kedua bahan ini dan gaul hingga tidak lekat ditangan.
-ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan tadi. Tutup inti kelapa dan gentel bulat. Buat hingga habis.
-didihkan air dan masukkan bebola inti. Biar hingga terapung pada permukaan. Angkat dan toskan. (sama kaedahnya seperti membuat buah melaka)

Badan tepung bungkus :
1 cawan tepung beras
4 cawan santan (1 santan pekat campur 3 cawan air)
Secubit garam
-satukan semua bahan dan masak atas api perlahan hingga naik wap dan mulai pekat. Tutup api.

Cara membalut tepung bungkus :
1. Ambil daun pisang. Letakkan 2 sb adunan badan. Leperkan sedikit. Letakkan 2 biji inti di atasnya kiri dan kanan. Ambil lagi 2 sb adunan badan dan tutup bebola inti tadi. Balut dengan kemas dan badan mesti menutupi inti. Ulang hingga selesai.
2. Panaskan periuk kukusan berisi air. Kukus selama 15 minit.

Siap

No comments:

Post a Comment