Sebenarnya dah lama Sue berkenan dengan apam polkadot hasiltangan seorang sahabat Fb, Habibah Mohd Zaini. Kreatif sungguh cara beliau menghasilkan pelbagai corak dan gambar atas apam polkadotnya. Ada kartun minion, bentuk strawberry, ladybug dll. Sue pun cuba-cuba buat. Tapi memandangkan tangan ni keras lagi dan pewarna di rumah pun tak lengkap, Sue hanya buat bentuk strawberry sahaja. Hasilnya tak secantik Habibah. Segan jugak nak buat tayangan. Kena berlatih buat lagi ni...jom kita lihat :)
Apam Polkadot
Sumber : Habibah Mohd Zaini
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
3 biji telur dari peti ais
1 cawan gula icing
2 cawan tepung gandum *ayak
1 sb baking powder *ayak
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1 st esen vanila
Filling mengikut citarasa (Sue letak filling strawberry)
Pewarna hijau, merah dll (ikut citarasa sendiri)
Cara penyediaan :
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan gula dan pukul sebati, kemudian masukkan ovalette sambil dipukul lagi hingga adunan jadi kaku dan bertanduk (maksudnya, kalau diterbalikkan mixer pun, adunan tidak akan tumpah).
3. Masukkan esen, kemudian masukkan susu berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit secara kaup balik.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Masukkan adunan berwarna tadi ke dalam piping beg secara berasingan. Gunting hujung piping beg (hingga membentuk lubang kecil sahaja)
5. Letakkan papercup ke dalam acuan lompang. Paipkan adunan hingga memenuhi separuh papercup. Letakkan filling. Paipkan lagi adunan hingga memenuhi papercup. Corakkan mengikut kesukaan.

No comments:
Post a Comment