Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, February 16, 2014

Snow Cheese Cake untuk wedding anniversary yang ke 17 tahun...

Assalam dan selamat sejahtera semua. Snow Cheese Cake ni Sue buat sempena sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 17  tahun pada 14 Februari yang lalu. Sebenarnya, tarikh berkenaan jatuh pada hari Jumaat. Hari bekerja dan ditambah pula semua orang dalam rumah ni kurang sihat, terpaksa tangguhkan dulu. Badan rasa lemah lagi, tapi dah boleh bangun buat kek. Alhamdulillah...
Dulu Sue pernah sekali buat kek ni. Boleh tengok resepinya di sini dalam sukatan cawan. Kali ini Sue  buat dalam timbangan metrik. Anda cubalah ya... Senang dan sedap sangat ! 




Snow Cheese Cake (sangat sedap)

100 g tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek)
60 g tepung jagung
75 g  gula kastor
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalette
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji  dibuang putihnya)
50 ml  air dari peti sejuk 
75 g mentega (dicairkan)

Cara:
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga  gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit. 
2.  Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit.
3. Alaskan loyang bulat yang berukuran diameternya 8 inci dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi. 
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar  pada suhu 150'C selama 50-60 minit bergantung pada jenis ketuhar anda.
5. Sejukkan kek.

Bahan Cream:
250g Cream Cheese (Sue gunakan jenamaTatura)
1 cawan susu pekat manis
Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental.
Sekiranya anda ingin membuat lava cheese cake/cheese leleh, sila tambahkan 1/4 cawan susu segar dalam bahan cream ini dan putarkan bersama-sama hingga sebati.

Bahan Hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus.

Cara penyediaan:
1. Sejukkan kek terlebih dahulu selepas dibakar, potong kek menjadi dua lapisan.
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.  
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek.
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek.
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment