Bismillahirrahmanirrahim.. Sedap kek ni, bila kita gigit terasa buahnya. Sue ambil resepi ni dari Fb Azlina Ina. Anak-anak dan hubby pun suka, sedap dan kurang manis. Selamat mencuba. Kek Marjerin Fruity Sumber : Azlina Ina Olahan semula : Surianti Ramli Bahan-bahan : 250 gm marjerin 1/2 cawan gula caster 4 biji telur A 2 sb oren sunquick 1 cawan buah2an kering (rendam 5 minit dalam air suam, tos dan buang airnya. Ketepikan) Bahan ayak : 3 cawan tepung gandum 1 sk soda bikarbonat 2 sk baking powder Bahan karamel : 1/2 cawan gula pasir 1/4 cawan air panas -masak gula atas api perlahan hingga gula cair dan menjadi perang. Tuang air panas perlahan-lahan, kacau sekejap. Matikan api dan biar sejuk. Cara penyediaan kek : 1. Pukul marjerin dan gula caster hingga kembang dan putih. 2. Masukkan telur 1 per 1 sambil dipukul lagi. 3. Bahan ayak (tepung, soda dan baking powder) digaulkan sebati bersama buah-buahan kering. Masukkan campuran bahan ini sedikit dem...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...