Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, April 20, 2016

Pulut Seri Muka sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Cerita beberapa hari lepas,
Pulut Seri Muka untuk anak2 minum petang & hubby berbuka, alhamdulillah.. 




Seri Muka (loyang 8in x 8in)
Oleh : Surianti Ramli

Lapisan bawah
2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan
1 cawan santan
1 cawan air
Secubit garam
-panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang.

Lapisan atas
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama air, tapiskan)
1 1/4 cawan santan
Beberapa titis pewarna hijau
-satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. -masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin.

Cara :
Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis. Kukus selama 40 minit. Matikan api.

*penting : tunggu serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4 - 5 jam baru dipotong. Kalau potong semasa panas, akan jadi lembek bahagian atasnya.

Saturday, April 9, 2016

Mini Quiche Roti yang sedap dan ringkas, step by step

Bismillahirrahmanirrahim..
Sarapan pagi yang sedap, mudah & mengenyangkan.

Mini Quiche Roti
Oleh : Surianti Ramli
Bahan A
8 keping roti
-gelekkan dengan rolling pin supaya rata, tekap bentuk bulat dan ketepikan.

Bahan B (inti)
2 batang sosej dipotong kecil atau boleh juga gunakan daging kisar
1/2 labu bawang besar didadu kecil
1 sb mentega
-cairkan mentega, masukkan bawang dan kacau hingga harum. Masukkan sosej (atau daging kisar). Kacau anggaran 3 minit, matikan api.
Bahan C (sos telur)
2 biji telur ayam
1/3 cawan susu segar
1 sb lada hitam serbuk
Secubit garam
-satukan semua bahan, kocok sebati menggunakan garfu
Bahan D (tabur)
Sedikit daun sup dihiris halus
Cheese mozarella parut
Cara penyediaan :
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang muffin dengan mentega. Letakkan roti yang telah digelek tadi. Tekan perlahan supaya roti memenuhi loyang muffin.
2. Sudukan bahan B (inti) ke dalam roti. Penuhkan bahan C (sos telur) ke dalamnya. Tabur bahan D. Jika sukakan cheese, boleh letak banyak.

3. Segera masukkan quiche roti ini ke dalam oven untuk mengelakkan telur meresap ke dalam roti.
4. Bakar hingga masak pada suhu 160'C selama 30 minit. (Bergantung pada suhu & masa oven masing-masing).


Yummy !


Monday, April 4, 2016

Kek Buah Bakar yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Cerita beberapa minggu lepas juga,
Kek Buah versi bakar, kalau nak tengok versi kukus, boleh view dlm menu atau taip dalam search album atau scroll ke bawah dulu Sue dah pernah share.

Kek Buah Bakar (loyang 8 x 8 inci)
Oleh : Surianti Ramli
Bahan A:
250 gm butter (saya guna Anchor)
150 gm gula castor
4 biji telur gred B
1 st esen vanila
250 gm tepung gandum*
1 st baking powder*
50 ml susu segar
-bahan bertanda * disatukan dan diayak.
Bahan B :
300 gm buah-buahan campuran (mix fruits)
50 gm tepung gandum
-kedua-dua jenis bahan ini digaul rata. Tujuannya supaya bila kita bakar kek, buah2an tidak tenggelam ke bawah. Ketepikan.
Cara penyediaan :
1. Pukul butter dan gula menggunakan mixer hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan susu hingga habis. (Peringkat ini, mix perlahan sahaja)
4. Matikan mixer dan masukkan Bahan B, kacau perlahan menggunakan spatula sahaja hingga sebati.
5. Panaskan oven, gris loyang dengan butter. Alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Masukkan adunan kek, ratakan.
6. Bakar hingga masak mengikut suhu oven masing-masing (suhu oven saya 160'C selama 45 minit). Bila kek telah masak, sejukkan diredai.