Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, April 22, 2018

Nasi Beriani dan Daging Beriani sedap ala kenduri



Nasi Beriani
Oleh : Surianti Ramli
.
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30 minit & toskan)
2 sudu besar rempah beriani(dijadikan pes iaitu ditambah sedikit air, saya biasa pakai rempah Faiza & Maggi)
1 kiub pati ayam
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
Garam
Pewarna kuning & oren
.
Bahan tumis :
2 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 inci halia dimayang
2 helai daun pandan
.
Cara masak : 
1. Cairkan minyak sapi.
2. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum. 
3. Masukkan pes rempah beriani dan kiub pati ayam. 
4. Masukkan beras. Kacau perlahan anggaran 2 minit. 
5. Masukkan air bersama susu cair. Kacau rata, masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi telah mulai masak, lubangkan nasi dan titiskan pewarna oren & kuning berselang seli. Biar 10 minit & gembur perlahan.
Jika suka, boleh ditaburkan gajus, kismis, daun sup/daun bawang, daun pudina serta bawang goreng di atas nasi.



Daging Beriani
Oleh : Surianti Ramli
.
Bahan-bahan :
1/2 kg daging - dipotong kiub , rebus separuh empuk
.
Bahan perapan (dikisar halus):
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
.
Bahan tumis:
2 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)
1 labu bawang besar
.
Bahan lain :
2 sudu besar rempah beriani dibancuh dengan sedikit air (saya biasa pakai rempah beriani Faiza & Maggi)
1 biji buah tomato didadu
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu besar badam serbuk
1/2 cawan susu cair
 Air secukupnya 
3 helai daun pudina atau daun ketumbar
Garam/gula secukup rasa
.
Cara penyediaan :
1. Perap daging yang telah direbus separuh empuk dengan bahan perapan selama 1 jam.
2. Cairkan (panaskan) minyak sapi, tumis bahan tumis hingga harum.
3. Masukkan rempah beriani dan buah tomato, masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan perapan daging dan sedikit air. Masak hingga daging empuk.
5. Masukkan bawang goreng, daun pudina, gula serta garam secukup rasa. Kacau sebati. 
6. Akhir sekali, masukkan serbuk badam dan susu cair. Masak hingga kuah pekat, matikan api.


Set nasi beriani hari ini saya makan dengan papadom goreng dan sayur salad/tomato ceri. Kalau rajin, boleh juga buat jelatah dan lauk sampingan lain.



Selamat mencuba !