Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, November 24, 2018

Bubur Pulut Hitam kegemaran keluarga , resepi mudah

Bismillahirrahmanirrahim,
.


Bubur Pulut Hitam
.
Bahan-bahan :
• 2 cawan beras pulut hitam - rendam 4 jam atau semalaman. Bilas bersih dan toskan
• 10 cawan air biasa - tak perlu dihabiskan jika pulut telah kembang, boleh tambah jika perlu
• 1 helai daun pandan
• 1 cawan santan pekat
• Gula secukup rasa
• Secubit garam
.
Cara penyediaan :
1. Masukkan beras pulut hitam ke dalam periuk bersama air. (Air dimasukkan sedikit demi sedikit)
2. Rebus hingga beras pulut menjadi kembang dan sedikit pecah. Jika belum kembang boleh tambah air lagi.
3. Masukkan daun pandan, santan pekat, gula dan garam.
4. Masak atas api perlahan hingga didih. Siap, matikan api.
.
Nota :
Bubur ini akan semakin pekat setelah sejuk.


Nasi lemak mudah dan sedap untuk sarapan

Bismillahirrahmanirrahim,
.
Nasi lemak (beras biasa)
.
Bahan-bahan :
• 4 cawan beras - basuh dan toskan 
• 2 helai daun pandan
• 1 batang serai - ketuk
• 4 cm halia - hiris nipis
• 4 1/2 cawan santan (hasil dari campuran 3 1/2 cawan air + 1 cawan santan pekat, saya tak suka terlalu pekat sangat. Tapi kalau anda suka lemak, boleh ubahsuai)
• Garam
.
Cara penyediaan :
• Masukkan semua dalam periuk dan masak seperti nasi biasa.
• Bila air kering, gembur perlahan. Saya biarkan dalam mode “keep warm” selama 10 minit baru off kan plug.




Sambal Sotong Kering (ada yang panggil cumi-cumi)
.
Bahan kisar :
.
• 2 genggam cili kering (rebus hingga didih supaya lembut & toskan)
• 3-4 biji bawang besar (guna bawang merah pun boleh)
• 5 ulas bawang putih
.
Bahan lain :
.
• 1 mangkuk sotong kering - rendam 4 jam atau semalaman, kemudian bilas/ramas sedikit & toskan
• Air asam jawa - asam jawa sebesar ibu jari diperah bersama 1/2 cawan air
• Garam/gula secukup rasa
• Minyak untuk menumis
• Air secukupnya (anggaran 1 cawan untuk kuah)
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar.
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Sentiasa dikacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sotong kering dan air.
6. Masak sehingga didih (tidak perlu terlalu lama) dan boleh matikan api.


Puding marble sedap dan nyaman, penyejuk tekak

Bismillahirrahmanirrahim,
.


Puding Marble
.
Bahan-bahan :
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
•didihkan bahan diatas.
.
Bahan kisar (guna blender)
2 biji telur
4 keping roti - carikkan
3/4 cawan susu cair
5 sb susu pekat
1/2 cawan air
•satukan semua bahan dan kisar sebati.
.
Bahan lain :
2 sb serbuk koko + 2 sb air panas dibancuh menjadi pes
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
(*typo dlm video letak caption serbuk coklat)
.
Cara penyediaan :
1. Masukkan bahan kisar ke dalam agar-agar didih tadi. Kacau sebati dalam api perlahan. Masukkan esen vanila dan mentega. Matikan api.
2. Bahagi dua adunan, satu warna asal dan satu lagi dicampur pes koko.
3. Basahkan acuan dan sendukkan adunan berselang seli warna asal dan koko. Buat hingga habis. Tidak perlu diratakan kerana adunan akan merebak sendiri ke tepi.
4. Biar beku dan boleh dimasukkan dalam peti sejuk. Potong, sedia dihidang.