Bismillahirrahmanirrahim.. antara menu kegemaran kami sekeluarga..kalau buat ni mesti cepat je habis..alhamdulillah..mudah pula caranya..sesuai untuk sarapan, minum petang ataupun hidangan berbuka puasa. Bismillahirrahmanirrahim.. Kuih Cara Berlauk Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : Bahan A (inti) 100g daging kisar Ramly (atau daging biasa) 1 labu bawang besar -didadu 1 ulas bawang putih - didadu 1 sb rempah kurma 1 sb rempah kari daging 1/2 cawan air 1 - 2 sb minyak untuk menumis Sedikit garam dan gula -Panaskan minyak dan tumis bawang hingga harum baunya. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang telah dicampur 1/2 cawan air. Masukkan juga daging. Masak hingga daging empuk dan airnya kering. Perisakan dengan garam dan gula. Ketepikan. Bahan B (batter) : 1 1/4 cawan tepung gandum 2 cawan air 1 sb minyak sapi 1 biji telur gred B Secubit garam Sedikit pewarna kuning -Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati. Bahan C (untuk tabur di atas) Daun sup Daun ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...