Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Kek Marjerin Fruity

Bismillahirrahmanirrahim.. Sedap kek ni, bila kita gigit terasa buahnya. Sue ambil resepi ni dari Fb Azlina Ina. Anak-anak dan hubby pun suka, sedap dan kurang manis. Selamat mencuba. Kek Marjerin Fruity Sumber : Azlina Ina Olahan semula : Surianti Ramli Bahan-bahan : 250 gm marjerin 1/2 cawan gula caster 4 biji telur A 2 sb oren sunquick 1 cawan buah2an kering (rendam 5 minit dalam air suam, tos dan buang airnya. Ketepikan) Bahan ayak : 3 cawan tepung gandum 1 sk soda bikarbonat 2 sk baking powder Bahan karamel : 1/2 cawan gula pasir 1/4 cawan air panas -masak gula atas api perlahan hingga gula cair dan menjadi perang. Tuang air panas perlahan-lahan, kacau sekejap. Matikan api dan biar sejuk. Cara penyediaan kek : 1. Pukul marjerin dan gula caster hingga kembang dan putih. 2. Masukkan telur 1 per 1 sambil dipukul lagi. 3. Bahan ayak (tepung, soda dan baking powder) digaulkan sebati bersama buah-buahan kering. Masukkan campuran bahan ini sedikit dem...

Mini Bun Sarang Lebah yang sedap dan popular di alam maya

Bismillahirrahmanirrahim.. Fenomena alam maya tidak lama dulu, menjadi kegemaran kami sekeluarga, rotinya lembut bak kapas..Sue ambil resepi dari Lydia Honey, hanya Sue uli menggunakan mixer dan Lydia menggunakan tangan. Tak kisahlah kan, anda boleh je gunakan tangan, mixer atau bread maker untuk menguli..asalkan menjadi rotinya. Untuk kali ini, Sue buat 1 1/2 adunan dari asal dan bulat-bulatkan sebesar buah langsat (tak timbang pun dohnya). Loyang pula Sue gunakan saiz 10 inci x 10 inci. Bee Hives Mini Bun/Roti Sarang Lebah Resepi Asal : Lydia Honey Dicuba oleh : Surianti Ramli (Sue uli menggunakan mixer) DOH✏️ 2 cawan tepung gandum 1/2 Sudu teh dry yeast 1/4 Sudu teh garam ½ sudu teh baking powder 1 sudu besar gula pasir ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik ¼ cawan minyak sun flower 1/2 cawan air Cara-cara : -jika menggunakan breadmaker, masukkan bahan cair dulu diikuti bahan kering. -jika menggunakan mixer, masukkan bahan kering dulu diikuti bahan basah. *Uli hingga ...

Kari Ayam Tanpa Santan

Bismillahirrahmanirrahim... Masak yang mudah, kegemaran keluarga. Alhamdulillah..kari tanpa santan, sedap juga disamping dapat menjaga kesihatan. Anda mesti cuba ya.. Kari Ayam Tanpa Santan Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 ekor ayam dipotong kecil 2 peket kecil rempah kari (Sue guna Babas) 1 sb kunyit serbuk Rempah 4 sekawan 1 labu bawang besar dimayang (untuk tumis) Daun kari Air secukupnya (anggaran 3 cawan) Minyak untuk menumis Garam secukup rasa Bahan kisar 1 labu bawang besar halia sebesar ibu jari 3 ulas bawang putih Bahan lain Ubi kentang Buah tomato Cili merah Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan. Masukkan bawang besar yang dimayang dan juga daun kari. Bila telah harum, masukkan cili merah dan cili padi. 2. Setelah bahan tumis telah layu dan naik baunya, masukkan bahan kisar dan rempah kari serta serbuk kunyit. Kacau sebentar. 3. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutupkan periuk dengan ...

Kek Pisang sedap dan gebu

Bismillahirrahmanirrahim..petang terpesona tengok kek pisang kak Ummi Zaihadi ..terus pegi beli bahan & buat..serius, terlajak sedap kek pisang ni..lembut dan gebu..lain sangat dari kek pisang yang Sue pernah makan. Wajib cuba, percayalah..makan tak jemu dan tak muak. Memang tak sama dengan resepi yang pernah Sue buat sebelum ni. Banana Chocolate Rice Cake Sumber : kak Ummi Zaihadi Dicuba oleh :  Surianti Ramli Bahan A:- 150 gm marjerin (Sue guna butter Anchor) 150 gm gula kastor (Sue letak 120gm) 3 biji telor 100 gm susu segar 100 gm pisang ranum yang dilecek (Sue guna pisang berangan) Bahan B:- 200 gm tepung berprotein rendah (Sue ikut kak ummi guna tepung naik sendiri) 30 gm chocolate rice 1/4 sudu teh soda bikarbonat Hiasan:- 2 biji pisang ( dihiris bulat letak atas kek, tapi Sue tak letak) 1/4 cawan hirisan badam (Sue ikut kak ummi ) Cara-Cara:- Pukul marjerin (mentega) dan gula hingga nampak keputihan. Masukkan telor satu per satu (*pukul telor hingg...

Snow Cheese Cake yang sangat sedap step by step cara membuatnya

Alhamdulillah..kek ini antara yang mendapat rating tertinggi dalam jendeladapursurianti..antara kek terawal yang Sue post kan resepinya. Kali ini, Sue nak kongsikan resepi yang sama tapi dengan step by step cara membuatnya. Post yang lama boleh juga lihat di  sini (sila click) Bahan yang digunakan : Nota : *butter yang dicairkan boleh diganti dengan minyak jagung. *tepung hongkong boleh digantikan dengan tepung gandum. Cawan yang digunakan untuk menyukat, boleh dibeli dikedai bakery dengan harga tak sampai RM5. Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan kecuali butter cair.  2. Pukul dengan mixer anggaran 5 - 7 minit. 3. Adunan telah mula kembang dan menjadi putih pucat. 4. Masukkan butter cair dan pukul lagi anggaran 3 minit. 5. Sediakan loyang bulat 8 inci, yang digris dengan mentega dan dialas dengan baking paper serta digris sekali lagi. Boleh gunakan 1 loyang sahaja, tapi nanti kek yang telah masak mesti dipotong menjadi 2 lapisan yang s...

Bihun goreng resepi mudah, all time favourite

Bila-bila pun memang kami sekeluarga suka makan bihun goreng..tak kira pagi, tengahari, petang atau malam..jom kita tengok resepi mudah ni..semua orang pun dah tahu masak, kan..tak mengapa, kita share untuk anak-anak yang baru belajar memasak. Bihun Goreng Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan :  1/2 bungkus bihun direndam dalam air biasa hingga separuh lembut dan toskan 3 ulas bawang merah dimayang  3 ulas bawang putih di mayang  2 sudu besar cili kisar (jika suka pedas, sila tambahkan)  Sedikit daging dipotong kecil (atau isi ayam) Sedikit udang dan sotong  1/4 cawan kicap lemak manis 2 sudu besar Sos tomato  3 sudu besar Sos cili  1 sudu besar gula  1 sudu teh garam  1 cawan air  Sedikit fishball/fishcake jika suka \ Sedikit minyak untuk menumis  Sayur kesukaan (seperti sawi / kobis /taugeh  / kucai)  *sukatan bahan di atas adalah cara Sue masak, terpulang citarasa anda sen...

Blondies yang mudah

Bismillahirrahmanirrahim... Kali pertama buat blondies, rupanya blondies ni kategori brownies juga...adik beradik dengan congo bars..rasanya juga hampir sama dengan congo bars..sedap. Sue dapat resepi ni dari Martha Stewart. Tapi Sue ubahsuai dan masak ikut cara Sue sendiri. Di bawah ni juga nanti Sue copy paste resepi Martha (English Version) dan resepi Sue dalam Bahasa Malaysia. Tak sempat nak snap gambar masa baru angkat dari oven, sebab anak-anak dah nak makan sangat. Blondies Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 8 sb butter dicairkan (Sue guna 90g butter dicairkan) 1/2 cawan brown sugar 1/3 cawan gula castor 1 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) Secubit garam 1 cawan choc chips 1 cawan walnut cincang Cara penyediaan : 1. Panaskan oven, gris dengan butter loyang bersaiz 8in x 8in. alas dengan baking paper dan gris lagi di atasnya. Baking paper perlu dilebihkan sebanyak 2 inci di kiri dan kanan untuk memud...

Nasi Beriani resepi mudah dan sedap ala-ala nasi kenduri

Bismillahirrahmanirrahim.. Agak lama sebenarnya Sue tak masak nasi beriani, tapi musim cuti sekolah ni ada banyak masa di rumah, terlaksana juga hajat untuk memasak nasi beriani. Seperti biasa, resepi Sue yang mudah saja. Tapi rasanya alhamdulillah sedap. Anak2 dan hubby cakap dah macam rasa nasi kenduri hihihi... Gambar dari dalam periuk Nasi Beriani Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi (cuci bersih dan rendam 30 minit) 1 labu bawang besar (dipotong dadu) 2 inci halia dimayang 2 helai daun pandan disimpul 1/2 peket perencah nasi beriani Faiza (dijadikan pes iaitu ditambah 1/4 cawan air) 1 kiub pati ayam 4 cawan air 1/2 cawan susu cair 2 sb minyak sapi  + 1 sb minyak masak (untuk menumis) Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih) Garam dan gula secukup rasa Cara Memasak  (dengan periuk biasa) : Cairkan minyak sapi. Masukkan minyak masak. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekaw...

Agar-agar Santan Pandan

Dulu masa kecil, emak Sue selalu masak agar-agar ni. Tapi dulu dipanggil agar-agar lumut dan emak Sue menggunakan agar-agar tali. Tak kisah lah apa pun namanya. Kira evergreen agar-agar ni, kan..Dari dulu pun Sue memang suka dan sekarang anak-anak pun sama. Alhamdulillah... Agar-agar Santan Pandan Oleh : Surianti Ramli  Bahan2 :  10g agar-agar serbuk (1 peket)  3/4 cawan gula pasir 1 cawan santan pekat  1 cawan jus pandan (4 helai daun pandan dikisar bersama air) 3 cawan air  1 biji telur gred A  Secubit garam   Cara masak :  -satukan santan dan telur, pukul guna garfu. Ketepikan.  -didihkan air, jus pandan, garam, gula pasir dan agar-agar serbuk hingga larut. Kacau sekejap.  -masukkan campuran santan dan telur tadi sambil dikacau lagi hingga didih. Perlu betul-betul mendidih (membuak) untuk dapatkan dua lapisan seperti gambar. Matikan api.  -tuang dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih ...

Ubi kayu rebus cicah kelapa dan sambal tumis cili padi

Bismillahirrahmanirrahim..dah lama tak makan begini, sedap pulak. penyediaannya pun mudah saja, Minum kopi o panas-panas..sedapnya. Ubi Kayu Rebus Oleh : Surianti Ramli Ubi kayu dikupas kulitnya dan dicuci bersih Secubitr garam kasar Air secukupnya hingga dapat tenggelamkan ubi -satukan semua dan rebus hingga ubi empuk. Angkat dan toskan. Kelapa parut yang putih Sedikit gula pasir (saya letak 1 sb) Secubit garam halus -satukan semua dan gaul sebati secukup rasa. Sambal Cili Padi Ikan Bilis Semangkuk kecil ikan bilis 1 labu bawang besar dihiris nipis 7 - 10 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing) * 5 ulas bawang merah * 2 ulas bawang putih * sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa 2 keping asam keping - bahan bertanda * dikisar halus. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis bersama bahan kisar. Kacau sekejap, masukkan asam keping, garam dan gula. Bila sambal mulai pekat, masukkan bawang besar dan kacau rata. Sedia dihidang. ...