Paling senang, paling cepat. Sesuai untuk hari yang sibuk. Makan time berbuka pun sedap. Sagu Gula Melaka Bahan-bahan : Bahan A 1 cawan sagu dicuci bersih 3 cawan air Pewarna kesukaan 1 helai daun pandan *Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan sagu. Kacau hingga sagu menjadi kembang dan berwarna jernih. Masukkan beberapa titik pewarna. Kacau rata. Angkat, sejukkan dalam loyang atau acuan. Bahan B 1 buku gula melaka 2 sb gula pasir 1 cawan air 1 helai daun pandan *Didihkan semua bahan di atas hingga gula larut. Angkat, sejukkan. Bahan C 1 tin susu cair Cara hidang : Sendukkan sagu. Curahkan gula melaka dan susu cair. Letak ais batu untuk rasa yang sejuk dan nyaman.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...