Bismillahirrahmanirrahim.. Bingka Pandan atau pun kalau di utara disebut bengkang pandan..memang sedap..lemak-lemak manis. Dengan harum pandan, dengan bawang tumis tu..alahai.. Sebenarnya dah lama Sue nak masak bingka ni, tapi tertangguh disebabkan tidak berkesempatan. Kebetulan sekarang cuti sekolah, masa banyak dihabiskan dirumah dapatlah masak dan buat entry. Bingka Pandan Tumis Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : Bahan kisar 2 cawan tepung gandum 1 cawan jus pandan (saya kisar 4 helai daun pandan bersama air dan tapis) 3 cawan santan (campuran dari 2 cawan santan pekat + 1 cawan air) 1 cawan gula pasir 3 biji telur 2 sb mentega Secubit garam 1 - 2 titik pewarna hijau jika perlu - satukan semua bahan di atas dan kisar hingga sebati. Ketepikan. Bahan tumis 3 - 5 ulas bawang merah 2 sb mentega -panaskan mentega hingga cair dan tumis bawang sehingga kekuningan dan garing. Cara penyediaan : Griskan loyang segiempat bersaiz 8inci x 8 inci...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...