Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Roti Sarang Lebah yang terkenal di alam maya

Sebenarnya Sue kerap buat roti ni. Family Sue memang sangat suka akan rasanya yang lembut bak kapas. Sosnya pulak aduhaiiii. Butterscotch sauce namanya. Memang sedap sungguh. Selain dari masak untuk family, Sue bawa juga ke tempat kerja untuk dimakan bersama kawan-kawan. Memang mendapat feedback yang baik. Kawan-kawan Sue pun sangat sukakannya. Alhamdulillah.... Ini resepi asalnya, dari Lydia Honey yang tinggal di Kuwait. Lydia uli menggunakan tangan sahaja. Tapi hasilnya sangat baik. Ini pula cara Sue. Memang Sue ikut sepenuhnya bahan yang Lydia gunakan. Hanya, Sue uli menggunakan mixer kerana tangan Sue tak kuat dan cepat lenguh. Bee Hives Mini Bun/Roti Sarang Lebah Resepi Asal : Lydia Honey Dicuba oleh : Surianti Ramli DOH✏️ 2 cawan tepung gandum 1/2 Sudu teh dry yeast 1/4 Sudu teh garam ½ sudu teh baking powder 1 sudu besar gula pasir ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik ¼ cawan minyak sun flower 1/2 cawan air Cara-cara : -jika menggunakan breadmaker, mas...

Potato Bun yang lembut dan sedap

Biasanya Sue beli potato bun ni di Tesco. Dah lama juga menyimpan keinginan untuk cuba buat sendiri. Google cari, terjumpa 2 resepi potato bun yang menarik perhatian Sue. Kedua-duanya Sue dah cuba masa cuti sekolah yang lepas dan mendapat hasil yang baik. Memang berpuas hati dengan kelembutan dan kesedapannya. Lepas ni tak payahlah lagi nak beli, kan...Di sini Sue letakkan kedua-dua resepi yang telah Sue cuba. InsyaAllah, anda mesti berpuas hati dengan hasilnya. Bun Kentang/Potato Bun Sumber :  CMG Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan Doh :-) 135 ml air sejuk dari peti ais 3/4 camca teh garam 1/2 biji telur (kurang lebih 30g) 60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu) 300 g tepung roti (hi protein flour) 3/4 camca besar susu tepung 50 g gula halus 2 camca teh yis 1/2 camca teh bread improver 1/2 camca teh bread softerner Bahan Kastard - Resipi CMG sendiri :-) 3/4 cawan susu segar 2 camca besar tepung kastard 2 camca besar gula halu...

Potato Fritters yang nipis dan rangup

Fenomena alam maya sekarang. Ramai kawan-kawan yang buat. Sedap rupanya. Anda mesti cuba ya...mudah je cara membuatnya. *Resepi ni Sue copy paste dari Fb. Potato Fritters (cucur kentang) Sumber : Noraida Durani Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 3 biji kentang (sagat halus) 4 sdm tpung jagung 3 sdm tpung gandum 1 biji telur Daun bawang Serbuk Lada sulah Garam Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu) Minyak masak (utk mgoreng) Cara2nya : ~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati ~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap Sedap dimakan bersama sos # resepi asal noraida durani ( tq )

Mango Float dessert untuk hari ini. Sedap !

Aduh...sedapnya mango float ni. Setelah beberapa hari teringin nak makan, baru hari ni berkesempatan untuk buat. Senang je caranya. Jom kita nikmati mango float yang sangatlah sedap ni. Mango Float Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 biji buah mangga Biskut cream cracker secukupnya (Sue guna 20 keping) 1 cawan cream cheese (Sue guna Tatura) 1/2 cawan susu pekat manis 1/2 cawan susu segar 1/2 cawan whipping cream (Sue guna Anchor UHT) Untuk tabur pada bahagian atas : Biskut cream craker yang telah diramas halus (Sue guna 4 keping) Cara penyediaan : 1. Putar whipping cream dengan mixer hingga kental (anggaran 3 - 5 minit). Ketepikan. 2. Putar cream cheese hingga menjadi sedikit kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan putar bersama. Satukan whipping cream bersama adunan ini dan kacau sebati. 3. Ambil bekas yang sesuai dan ratakan adunan cream tadi secara nipis pada dasar bekas. Celupkan kepingan biskut cream cracker ke dalam susu segar dan lapiskan di atasnya...

Mee Hailam ringkas untuk makan petang

Tadi brunch (breakfast + lunch) nasi goreng. Bila petang macam ni, dah lapar balik. Apa kata jom kita masak Mee Hailam. Mee Hailam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 bungkus mee kuning 1 mangkuk kecil isi ayam 3 sb kicap manis 3 sb sos tomato 3 sb sos cili 2 sb cili kisar 5 ulas bawang putih diketuk 5 - 6 cawan air (anggaran) 2 sb tepung jagung Sotong Udang Fishball/fishcake Sawi Bunga Kubis Anak jagung Buah tomato (Sayur-sayuran terpulang ikut kesukaan) Sedikit minyak untuk menumis Garam secukup rasa Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik baunya. 2. Masukkan cili kisar, kacau sekejap. Masukkan isi ayam bersama air, sos serta kicap. Rebus hingga isi ayam masak. 3. Masukkan sotong, udang, fishball/fishcake dan garam. Kacau sekejap dan masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air (bertujuan untuk memekatkan kuah). *Jika segera dimakan, boleh terus masukkan sayur dan mee anggaran 2 - 3 minit, tutupkan api. Sedi...

Kerabu taugeh campur dengan perut....resepi emak saya, sedap

Sedap makan nasi hari ni...dah lama tak buat kerabu ni. Makan nasi pun berpinggan-pinggan. Kerabu Taugeh Dengan Perut Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 mangkuk taugeh 1 mangkuk perut yang telah siap direbus empuk dan dihiris nipis 2 biji cili merah ditumbuk dengan secubit belacan 3 ulas bawang merah dihiris nipis 1/2 inci halia dimayang halus 1 cawan santan (campurkan santan pekat dengan santan cair) 1 sudu besar penuh kerisik 3 sudu beras yang disangai tanpa minyak dan dikisar halus Garam secukup rasa Sedikit air asam jawa Cara penyediaan : 1. Masukkan taugeh dalam mangkuk dan rendam dengan air panas yang baru didih, anggaran 2 - 3 minit. Jangan rendam lama, nanti taugeh jadi lembek. Toskan. 2. Campurkan semua bahan lain dengan taugeh celur tadi. Rasa garam dan asamnya. Siap ! Catatan : -boleh gantikan perut dengan kerang rebus. -tumbuk sedikit cili padi dan gaulkan bersama jika suka pedas.

Donut Gebu, lembut dan sudah pastinya sedap

Sedap betul donut hari ni. Memang donut antara makanan kegemaran family Sue terutamanya si bongsu, Amirul. Sekejap je dah habis. Seronok rasanya bila tiap kali masak, bila family kita menikmati dengan sepenuh hati...alhamdulillah. Bertambah semangat untuk memasak. Donut Gebu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung high protein 1 sb mentega  2 sb susu pekat manis ( atau 1sb susu tepung + 1 sb gula) 2 sudu teh yis  1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais) secubit garam  Gula kaster untuk ditabur atas donut Cara-cara : Kaedah uli menggunakan tangan , 1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis. 2. Satukan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam. 3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga doh (tidak melekat di tangan) jadi licin dan kenyal. 3. B...

Cucur Jagung sedap dan rangup

Terliur tengok sahabat fb Ct Zalieda Zaliedana buat cucur jagung, petang ini Sue pun buat juga. Bahan untuk membuat cucur Sue gunakan cara Sue sendiri seperti biasa, tapi Sue ikut petua dari Ct, untuk menyedap dan merangupkan cucur, bancuh tepung menggunakan air sejuk dari peti ais dan tambahkan 1sb cuka. Memang sedap sungguh. Terima kasih kasih Ct. Izinkan kakSue kongsikan di sini ya... Cucur Jagung Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan air sejuk dari peti ais 1 sb cuka 1 sb gula 1/2 sk garam 1 tongkol jagung mentah diambil isinya 1/2 st kunyit serbuk *sayur kucai atau lain2 kalau suka Cara penyediaan : Satukan semua bahan di atas, kacau sebati. Biarkan sekejap dalam peti ais. Goreng dalam minyak panas. Selamat mencuba.

Kek Butter Pandan Cappucino....walla sedap !

Buat kek lagi hari ni...kali ni resepi dari kawan fb, Rozilah Abdullah. Memang pakar masak pun. Tak rugi mencuba resepi-resepi dari Rozilah. Sedap betul keknya. Masa tengah bakar tu, harum mewangi satu rumah dengan wangian pandan dan cappucino. Tak sabar-sabar nak merasa, asyik2 ulang tengok oven. Bila nak siap bakar ni...hihihi...teruja.  Ok jom kita semak resepinya. Kek Butter Pandan Cappucino Sumber : Rozilah Abdullah Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan2 225 gram butter 225 gram gula ( Sue letak 150g) 225 gram tepung superfine (saya tambah 1/2 sudu teh baking soda + 1/2 sudu teh baking powder). Ayak. 4 biji telur saiz A 3 sudu makan susu cair 2 sudu makan pandan paste (+ pewarna hijau) 2 sudu makan cappucino emulco sedikit esen vanila Cara2 : Pukul butter dan gula hingga berubah warnanya menjadi pucat. Tambah telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung berselangseli dgn susu cair. Bahagikan kpd 2 bahagian iaitu pandan dan cappu...

Nasi Daging Utara, menu orang utara

Menu ni antara yang popular di utara. Dulu waktu Sue kecil, kalau pergi rumah kenduri, memang inilah menu nya. Makan dalam talam besar, cicah pula air asam. Aduhhh...sedapnya. Sekarang ni, kalau kenduri hari raya korban pun kebanyakannya akan menghidangkan menu ini juga. Ada banyak resepi untuk memasak nasi daging ni sebenarnya. Resepi yang Sue letak di sini, cara Sue sendiri mengikut citarasa family. Lain orang, lain caranya. Kita tidak boleh mengatakan resepi orang lain salah. Kita yang masak, terpulang citarasa masing-masing. Betul tak ? Ok. Dah tak tahu nak berceloteh lagi. Jom kita masak. Nasi Daging Utara Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 pot beras biasa -dicuci bersih dan ditoskan. 1 kg daging -dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi. Bahan tumis : 2 sb mentega @ 2 sb minyak masak Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga) 5 ulas ba...

Air asam untuk dimakan dengan nasi daging

Selain dari dimakan dengan nasi daging, air asam ni sebenarnya kalau anda nak makan dengan ikan bakar, daging bakar atau ayam bakar pun boleh. Air Asam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 biji buah tomato dipotong dadu 1 biji bawang besar yang sederhana saiznya atau 5 ulas bawang merah di hiris nipis Sedikit air perahan asam jawa Sos tomato Sos cili (Sos terpulang kepada citarasa anda, Sue masukkan lebih kurang 3sb sos cili dan 3sb sos tomato) Bahan tumbuk : 3 biji cili merah (kalau suka pedas, campurkan cili padi) Sedikit belacan Sedikit garam Cara penyediaan : Satukan semua bahan di atas. Gaul rata hingga sebati. Perasakan garam dan masamnya. Sedia dihidang.

Kek Marble yang memang sedap dan moist...yummy !

Dah lama Sue tak buat kek. Kali ini, Sue cuba resepi dari CMG. Wallah...memang sedap betul keknya. Lembut, moist dan memang patut dicuba. Antara resepi kek marble terbaik yang pernah Sue cuba. Jom kita lihat resepinya. Kek Marble Trio Sumber :  Adnan Ibrahim @ CMG Di cuba oleh : Surianti Ramli BAHAN-BAHANNYA :-) 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap) 280 g tepung gandum* 1 camca besar susu tepung* 1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak) 5 biji telur gred A 1 camca besar ovallate 250 g gula halus (Sue gunakan 200g gula) 30 g gliserin* 20 ml air*(*disatukan) 1 1/2 camca teh coklat emulco 1 camca teh strawberry emulco 1 /2 camca teh rose essence CARA MEMBUATNYA :-) Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar r...

Sheperd Pie in da house

Apa kata minum petang hari ni, kita masak sheperd pie. Dulu-dulu Sue tak tahu masak, tapi memandangkan anak-anak memang suka sangat makanan western ni, terpaksalah emaknya belajar masak. Senang je cara membuatnya, sesiapa pun boleh buat. Sue masak cara yang simple je. Sebelum dibakar Selepas dibakar Sheperd Pie Oleh : Surianti Ramli Bahan A 1kg kentang dibuang kulit, cuci bersih dan rebus empuk 1/2 cawan susu segar 2 sb butter -lenyekkan kentang rebus hingga hancur. Campurkan butter dan susu segar. Gaul sebati. Ketepikan. Bahan B 400g daging kisar 1 biji bawang holland didadu 2 sb serbuk lada hitam 1/2 botol besar sos Prego (Italian Pasta Sauce - Mushroom) 2 sb butter untuk menumis 1 sb mixed herbs 1 sb oregano Sedikit garam dan gula Cheese parut mozarella (untuk tabur) -cairkan butter, tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kisar. Kacau hingga masak. Masukkan sos prego, lada hitam, garam dan gula secukupnya. Masukkan juga mixed herbs dan oregan...