Sebenarnya dah banyak hari Sue teringin nak makan apam ni. Tapi hasrat tu tertangguh-tangguh disebabkan kekangan masa. Maklumlah, kalau hari bekerja, masak pun ala kadar disebabkan berkejar dengan masa. Alhamdulillah, baru-baru ini, dapat juga Sue masak apam ni hasil berjalan-jalan ke dapur Yatie Memories. Sedap sangat ! Jom kita lihat resepinya.
Apam Mentega Gula Hangus
Resepi asal : Yatie Memories
Bahan (A)
Bahan2 utk gula hangus :
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air (guna air panas dan tuang sikit2)
250 gm mentega
Cara membuat gula hangus :
Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Bahan (B)
3/4 cawan gula castor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
Cara menyediakan adunan apam mentega :
1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung. Gaul semua hingga sebati.
3. Perap selama 1/2 jam.
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun tidak mengapa sebab semasa masak dia tidak akan melimpah.
5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
6. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment