Skip to main content

Bee Hives Mini Bun aka Roti Sarang Lebah yang terkenal sedapnya...

Fenomena roti sarang lebah di mana-mana. Sana sini kawan-kawan buat roti ni. Memang sedap sungguh rasanya. Mula-mula Sue rasa pelik bila roti ni dimakan dengan sauce. Bila dah masak sendiri dan makan, baru tahu sedapnya. Berebut dengan hubby dan anak-anak makan panas-panas. Hihihi...sedap ! Sebenarnya dah banyak kali juga Sue masak roti ni. Baru kali ini update dalam blog. Dalam fb dah pernah letak sebelum ini.
Terima kasih Lydia Honey (kenalan fb) dari Kuwait kerana sudi berkongsi resepi ini. Sue copy paste resepi Lydia ya.




*lebihkan curahan sauce jika suka

Bee hives mini buns with butterscotch sauce, pumpkin seeds & almond flakes.󾇡󾇡
(Dough resepi dari chef Manal)

DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati. 
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.😎
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 󾭞󾭞INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.❤️

#Sue uli menggunakan bread maker (BM) iaitu memasukkan bahan cair pada dasarnya diikuti dengan bahan kering. Tunggu sehingga BM selesai bekerja iaitu 30 minit yang pertama menguli dan kemudiannya 1 jam untuk tempoh rehat. Kaedah dan bahan lain semuanya Sue ikut cara Lydia#

Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..󾍓
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya󾮖󾮖󾮖󾮖󾮖󾭝󾭝
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 󾍓
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.󾓶󾓶
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:- 
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau.



Sue letak sikit je saucenya. Kalau suka, sila lebihkan.


~SELAMAT MENCUBA~


Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...