Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, October 3, 2020

Cottage Pie, memang sedap !

Bismillahirrahmanirrahim ,


Cottage Pie, menu ala mat saleh pula kali ni. Bukan Lasagna ya, kerana tidak menggunakan lasagna sheet sebagai lapisan. Resipi ini menggunakan daging lembu dan dinamakan Cottage Pie. Jika menggunakan daging kambing, akan dinamakan Sheperd's Pie.

Sedap tau !



Cottage Pie (loyang saiz 8 x 8 inci)


Video langkah demi langkah berserta penerangan yang lengkap, boleh  klik di sini

Jangan lupa subscribe ya !



Bahan A

🔵 800 g ubi kentang (6 - 7 biji)

🔵 1/2 cawan susu segar

🔵 2 sudu besar mentega

 

Cara penyediaan kentang :

1. Kupas kulit ubi kentang dan bersihkan. Rebus dalam air sehingga empuk dan toskan airnya.

2. Lecek ubi kentang dalam keadaan panas.

3. Masukkan susu segar bersama dengan mentega. Gaul sebati dan ketepikan.


Bahan B

🔵 400g daging lembu kisar (boleh digantikan dengan ayam)

🔵 1 biji bawang holland didadu (kalau tiada boleh letak bawang besar)

🔵 2 sudu besar serbuk lada hitam

🔵 1 cawan sos pasta bolognese (sos pasta asli sebarang jenama)

🔵 2 sudu besar mentega untuk menumis

🔵 1 sudu besar oregano (atau Italian herbs yang lain)

🔵 Sedikit garam dan gula

🔵 Keju mozarella parut untuk tabur di atas (optional)


Cara penyediaan inti daging :

1. Panaskan mentega dalam kuali sehingga cair.

2.Tumiskan bawang holland sehingga harum dan sedikit layu.

3. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging betul-betul masak.

4. Masukkan sos pasta bersama dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Akhir sekali taburkan oregano. Kacau rata dan matikan api.


Penyediaan Cottage Pie :

1. Griskan loyang dengan mentega.

2. Letakkan separuh kentang pada lapisan paling bawah, ratakan.

3. Letakkan inti daging dan ratakan juga.

4. Letakkan baki kentang dan taburkan denga keju mozarella yang diparut. Jika suka banyak bleh taburkan banyak.

5. Taburkan dengan oregano.

6. Panaskan ketuhar selama 10 minit, bakar cottage pie antara 20 - 30 minit pada suhu 160'C (atau sehingga bahagian atasnya keperangan dan keju cair)

7. Sedia dihidang.

























































 

4 comments:

  1. assalam su
    sedapppnya pie, penuh daging mengiurkan
    tqq share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam< alhamdulillah . Tq sudi ziarah di sini

      Delete
  2. Haii boleh tnye x ? Cottage pie boleh di frozen kan x ?

    ReplyDelete
  3. Cottage pie sama kah dengan lasagna?

    ReplyDelete