Skip to main content

Biskut Peanut Butter sedap resepi orang lama

Bismillahirrahmanirrahim..
Selepas siapkan tempahan biskut kwn2, ini lah biskut raya Sue yang pertama, dibuat 3 hari sebelum hari raya.
Sue sukakan biskut dulu2. Biskut org lama, menggamit nostalgia. Dulu biasa org gunakan marjerin planta tapi Sue gunakan daisy kali ini.

Biskut Peanut Butter
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
3/4 cawan mentega kacang halus
1/2 cawan mentega (saya guna marjerin daisy)
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum (ayak)
*beberapa sudu tepung jika doh masih lembik
Bahan hiasan :
Kismis hitam
Cara penyediaan :
1. Satukan mentega kacang, mentega dan gula. Pukul sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika adunan tidak melekat ditangan, tak perlu habiskan tepung. Tapi jika adunan masih lembek, boleh tambah beberapa sudu tepung gandum hingga mendapat doh yang cantik.
3. Sapu sedikit mentega pada acuan untuk mengelakkan biskut melekat. Letakkan kismis hitam pada dasarnya dan masukkan doh. Tekan hingga padat. Ulang proses yang sama hingga selesai.
4. Bakar biskut pada suhu 150'C - 180'C selama 25-30 minit mengikut jenis oven masing-masing.
5. Biar hingga biskut sejuk dan keluarkan dari acuan dengan berhati-hati.


Comments

  1. Kenapa x buat vd biskut peanut butter ni ...kat utube x de lagi

    ReplyDelete
  2. Aaahh aahh btul2.. Saya tercari2 resepi pinat bata ne..

    ReplyDelete
  3. 1 adunan blh dapat berapa biji anggaran dia ye

    ReplyDelete
  4. Asyik melekat pada acuan. Rasa give up nak buat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acuan kena letak oles butter atau majerin. Lps tu letak kismis di tengah.baru letak adunan. Nk lagi sedap campur tepung jagubg sikit utk rapuh.

      Delete
  5. Assalamualaikum..nk tanya rangup x ?

    ReplyDelete
  6. Mcm mna nk bg sng kuih tu kluar dari acuan bila ketuk x nk hancur

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...