Bismillahirrahmanirrahim.. Cerita beberapa hari lepas, resepi mudah & sedap. Sue kongsikan mlm ini dlm blog, silakan share kalau ada yg nak buat utk bfast esok memang sesuai sangat. Anak2 Sue panggil lempeng omputeh. American Hotcakes, resepinya sue dpt dari IG adik manis yg cute mute che ta @rozietahasan78 ..Sue copy paste di sini ya, American Hotcakes _______________________________ 1 1/2 cawan tepung naik sendiri 1 camca teh baking powder 2 camca teh castor sugar Secubit garam 2 biji telur 1 cawan susu segar 60 g melted butter _______________________________ 1. Campurkan tepung, baking powder, gula dan garam. 2. Buat lubang di tengah dan masukkan bahan cecair. 3. Guna whisk dan kacau hingga tidak bergentel. 4. Perap 20 minit. 5. Masak seperti pancake biasa. 6. Hidangkan bersama madu atau apa2 saja yg suka. *nota : anak2 Sue mkn dgn madu & butter.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...