Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Pulut Dakap yang popular di Utara Semenanjung

Bismillahirrahmanirrahim, Pulut dakap yang sedap. Agak lama Sue tak buat. Kebetulan baru-baru ini ada daun pisang yang diambil dari kampung, dapatlah buat 10 biji. Sedap alhamdulillah. Pulut Dakap Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan beras pulut (rendam 30 minit, toskan) 1 1/2 cawan santan sederhana pekat 1/2 sudu kecil garam 5 biji pisang emas (boleh juga gunakan pisang awak yang ranum) Daun pisang yang dilayur secukupnya  Tali untuk mengikat Cara penyediaan : 1. Satukan pulut, santan dan garam. Tanak sehingga masak. 2. Ambil pisang dan belah kepada dua bahagian. Ketepikan. 3. Bentangkan daun pisang, ambil 2 sudu besar pulut. Ratakan dengan sudu. Ambil 1 bahagian pisang dan letak di atasnya. 4. Lipat dan kemaskan supaya pulut menutupi keseluruhan pisang. Ulangi hingga habis. 5. Ambil 2 bungkus pulut dan cantumkan kedua-duanya. Ikat kedua-dua bungkusan dengan tali pada bahagian kiri dan kanan. 6. Rebus dalam air yang teng...

Nasi Goreng Cili Kering cara orang kampung yang sedap, menggamit nostalgia

Bismillahirrahmanirrahim... Setelah beberapa hari tidak bersiaran, hari ini Sue teringin sangat untuk makan nasi goreng cili kering. Dulu masa kecil, Sue berjiran dengan satu keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Setiap kali bermain dengan anak-anak mereka, Sue selalu juga dijamu makan nasi yang di masak oleh keluarga berkenaan. Sedap dan meriah walaupun ringkas sahaja. Waktu itu nasi goreng kosong tanpa sayur pun sedap sangat. Tapi kali ini Sue masukkan sedikit kacang buncis sebagai tambahan. Nasi Goreng Cili Kering Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan beras dimasak dan biarkan sejuk (lagi elok jika 4 - 5 jam sebelum kita menggoreng) 10 tangkai cili kering direndam dalam air panas sehingga lembut 2 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 1 cm belacan 50 gm ikan bilis 2 biji telur 10 tangkai kacang buncis dihiris 3 sudu besar minyak untuk menumis Garam secukup rasa Cara-cara : 1. Cili kering, bawang, belacan, garam dan ikan bilis ditumbuk kasar. Ketepikan...

Serimuka durian terlajak sedap, pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim.. Antara yang menjadi kegemaran keluarga Sue, serimuka durian. Bak kata anak-anak, terlajak sedap. Suami Sue pun sama juga, tak boleh berhenti makan katanya. Jadi ketagih..hihihi... jom kita lihat resepinya. Seri Muka Durian Oleh : Surianti Ramli (Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci) Bahan-bahan : Sukatan menggunakan cawan metrik Bahagian bawah (pulut) 2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan 1 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sudu kecil garam Cara penyediaan pulut : 1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut. 2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan. Bahagian atas/kepala 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1/2 cawan gula 1/2 cawan isi durian 1 sudu besar tepung gandum 1/3 cawan tepung kastad 2 biji telur 1 sudu kecil pewarna kuning Cara penyediaan bahagian kepala : 1. Satukan semua bahan dan dikisar (dengan pengisa...

Tart Telur untuk minum petang, nyaman dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim,. Musim cuti sekolah, semua anak-anak ada di rumah dan asyik ke dapur cari makanan. Petang ini Sue masak tart telur, alhamdulillah sedap. Yang penting semua pun suka. Jom kita lihat cara penyediaannya, Maaflah, Sue tiada gambar langkah demi langkah. InsyaAllah selepas ini jika ada kelapangan, Sue akan cuba upload resepi bersama gambar langkah-langkah demi memudahkan kawan-kawan semua ya.. Tart Telur Oleh : Surianti Ramli Bahan- bahan : Pastri (kulit tart) 250 gm mentega 90 gm gula caster 1 biji telur gred A 480 gm tepung gandum Cara penyediaan kulit tart : 1. Pukul mentega dan gula menggunakan senduk kayu hingga sebati.  2. Gaulkan telur dan tambahkan tepung. Uli menggunakan tangan hingga menjadi doh (tidak perlu lama). 3. Acuan tart tidak perlu digris. Saya menggunakan acuan bersaiz diameter 5cm. Bulatkan doh (mengikut saiz acuan tart) dan tekan mengikut bentuknya. Rapikan sekeliling acuan menggunakan pisau. Ulang proses ini sehingga habis. Pastik...

Chicken Chop yang sedap, mudah dimasak dan menjadi kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.. Jom makan malam dengan menu ala barat, antara menu yang mendapat rating tertinggi dalam blog Sue, menjadi kesukaan anak-anak dan mudah cara penyediaannya. Dulu Sue pernah post kan resepi ini dan mendapat maklumbalas yang baik dari kawan-kawan yang setia mengunjungi blog Sue. Alhamdulillah. Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulang) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dgn garfu Bread crumb (serbuk roti, boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dgn bawang putih & lada putih, perap 1 - 2 jam. -lumurkan ayam dgn tepung gandum. -celupkan ayam dlm telur. -golekkan dlm serbuk roti. -goreng dlm minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudian goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 ...

Potato Wedges resepi mudah, terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Sedap sungguh, kalau makan ni mesti ketagih nak makan lagi..anda mesti cuba ya.. Cheesy Potato Wedges Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 7 biji kentang bersaiz besar (dicuci bersih, dipotong baji) 1/2 kiub pati ayam Air secukupnya -rebus bahan di atas hingga kentang separuh empuk. Tos airnya, ketepikan. Bahan B (batter): 4 sb tepung gandum 4 sudu besar tepung jagung 1/2 sk serbuk kunyit 1/2 st lada hitam 1/4 cawan air (boleh tambah jika perlu) -satukan semua bahan (kecuali air). -masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi bancuhan yang pekat. Bahan C (cheesy sauce) : 1 cawan susu segar (atau susu cair) 1 sb tepung gandum 1/4 kiub pati ayam 1/2 sk lada putih 2 keping cheese 1 sb mentega -cairkan mentega, masukkan susu bersama tepung gandum, kiub & lada putih. Sentiasa kacau dalam api perlahan. Bila sos mulai pekat sedikit, masukkan kepingan cheese. Kacau sebati hingga cheese larut. Matikan api. Cara penyediaan : Masukkan bahan A (kentang) ...

Kek Pisang terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Antara kek pisang yang wajib dicuba. Sedap & memang sedap. Kek Pisang Gebu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 225 g butter 200 g gula kastor 4 biji telur gred A 150 gm susu segar 150 gm pisang ranum yang dilecek (saya guna pisang emas) 300 g tepung gandum* 1 sudu kecil baking powder* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* 50 g badam cincang 50 g coklat rice (bahan bertanda * disatukan dan diayak) Hiasan (tabur di atas) : 2 biji pisang ( dihiris bulat letak atas kek) 1/4 cawan hirisan badam Cara penyediaan : Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu per satu sambil dipukul lagi. Masukkan bahan ayak dan susu berselang seli hingga habis sambil dipukul perlahan. Matikan mixer dan masukkan pisang lecek, coklat rice dan badam cincang. Gaul sebati dengan spatula. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah digris dan dialas. Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya dan tabur hirisan badam. Bakar dal...

Kari Ikan in da house

Bismillahirrahmanirrahim.. Kari ikan in da house, mungkin dapat dijadikan idea utk kwn2 yang belum masak. Kari Ikan Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 ketul ikan ploktan/tenggiri atau apa2 jenis ikan 1 cawan santan pekat 2 sb rempah kari ikan 1 sb cili serbuk 5 ulas bawang merah (dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 2 ulas bawang merah (dihiris untuk tumis) 2 ulas bawang putih (dihiris untuk tumis) 1 sudu besar halba campur 2 batang daun kari Bendi Buah tomato dipotong empat Cili hijau Air secukupnya (anggaran 1 1/2 - 2 cawan) Minyak untuk menumis 2 - 3 sb air asam jawa Garam secukup rasa -Ikan dicuci bersih & perahkan 2 - 3 biji limau kasturi ke atasnya, biar sekejap dan bilas untuk menghilangkan bau hanyir. -rempah kari ikan dan serbuk cili dicampur dengan bawang kisar dan sedikit air hingga menjadi pes yang pekat. Cara masak : 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari hingga harum dan kekuningan. Masukkan halba campur. Kacau sekej...

Egg Muffins mudah

Bismillahirrahmanirrahim... Hasil berjalan2 ke blog Barat, terjumpa resepi ini. Egg Muffins ni ala2 quiche juga, hanya tiada crust (kulit) seperti quiche. Resepinya mudah saja dan kita boleh ubah suai mengikut citarasa sendiri. Cheesy Egg Muffins Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 5 biji telur gred A 1/4 cawan susu segar 1/2 kiub pati ayam 1/2 cawan isi ayam dipotong dadu 1/2 batang karot didadu kecil 1 batang daun sup/daun bawang dihiris halus 1 biji bawang besar didadu 1 sudu kecil lada hitam Secubit garam Cheese parut mozarella Sedikit mentega untuk disapu pada loyang muffin Cara penyediaan: 1. Satukan semua bahan (kecuali cheese mozarella). Pukul sebati dengan garfu. Ketepikan. 2. Panaskan oven terlebih dahulu, sapukan loyang muffin dengan sedikit mentega. 3. Masukkan adunan ke dalam loyang muffin hingga hampir separas loyang. Tabur cheese. Jika sukakan cheese, boleh letak banyak. 4. Bakar egg muffins hingga masak mengikut suhu oven masing-masing. (Oven saya suhun...

Makaroni Goreng simple

Bismillahirrahmanirrahim.. Lama tak bersiaran di fb, apa khabar kwn2 yang selalu datang ziarah dan semua followers.. jom kita lihat menu yang selalu diulang2 & menjadi kegemaran keluarga Sue. Makaroni Goreng Oleh :Surianti Ramli Bahan-bahan : -2 cawan makaroni -1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu -1 biji buah tomato dipotong dadu -1 mangkuk kecil daging dipotong kecil -1/2 tin sos prego tradisional (kali ini saya guna Kimball) -Sayur : Karrot, batang celery, capsicum -2 sb lada hitam -2 sb mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya) -Sedikit minyak untuk menumis (saya pakai minyak zaiton) -Garam dan gula secukup rasa -Sedikit air *jika suka, boleh tambahkan cendawan butang, crab stick (stick ketam), sosej dll. *masakan ini tak pedas, sesuai untuk anak2. Kalau suka pedas, sila tambahkan cili kisar. Cara masak : 1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1sb minyak. Celur makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan m...

Vanilla cupcake paling sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Asal dari resepi butter cake, cuma kali ini Sue letak dalam cup kecik. Senang anak2 makan. Gebu, mudah dan sedap. Vanilla Cuppies Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 125 gram mentega 100 gram gula kastor 2 biji telur gred A 1 st esen vanilla 125 gram tepung gandum * 1/2 st baking powder * 2 sb susu segar -bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : Putar mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila, telur satu persatu dan putar lagi hingga sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Kacau secara kaup balik. Sudukan adunan ke dalam cup kertas. Panaskan oven terlebih dulu. Bakar cuppies pada suhu 160'C hingga masak selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan di redai. Yummy !

Homemade Pizza yang mudah dan sudah tentu sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. A <3AA ntara yang selalu Sue masak untuk anak2. Menu ulangan yang kerap dimasak memandangkan anak bongsu Sue tidak makan nasi, hanya roti, pizza dan lain2 yang berasaskan tepung sahaja. Silakan sh are semoga bermanfaat. Homemade Pizza ( dpt 1 biji saiz 12 inci) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : (Sukatan metrik) 2 cawan tepung high-protein 1 st garam 1 sb minyak zaitun 3/4 cawan air suam 2 sb gula 1 st yis kering (saya guna jenama Saf Instant, boleh guna Mauripan juga) Cara penyediaan : (Ulian menggunakan mixer) 1. Satukan air suam, gula dan yis. Kacau sebati & biar 10 - 15 minit, yis yang hidup akan menjadikan campuran ini berbuih dan naik. Masukkan larutan ini ke dalam mixer. 2. Masukkan tepung, garam dan minyak zaitun ke dalamnya. 3. Uli hingga menjadi doh yang licin (saya uli selama 20 minit dengan speed 5) 4. Matikan mixer dan tutup doh tadi dengan plastik, jangan biar terdedah kepada udara untuk mengelakkan doh jadi keras. 5. Selepa...

Sheperd's Pie mudah untuk dinner

Bismillahirrahmanirrahim..  Entry tertangguh sebenarnya, Dinner kami sekeluargabaru-baru ini, western food pulak. Alhamdulillah sedap. Resepi Sue pernah share dlm blog/fb dulu. Sheperd's Pie Oleh : Surianti Ramli Bahan A 6 - 7 biji ubi kentang dibuang kulit, cuci bersih dan rebus empuk 1/2 cawan susu segar 2 sb butter -lecek kentang yang telah di rebus sehingga hancur. Campurkan butter dan susu segar. Gaul sebati. Ketepikan. Bahan B 400g daging kisar (saya guna 1 peket daging Ramly) 1 biji bawang holland didadu (kalau tiada boleh letak bawang besar) 2 sb serbuk lada hitam 1 cawan sos spaghetti tradisional Kimball (boleh pakai jenama lain juga) 2 sb butter untuk menumis 1 sb mixed herbs 1 sb oregano Sedikit garam dan gula Cheese parut mozarella (untuk tabur) -cairkan butter, tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kisar. Kacau hingga masak. Masukkan sos, lada hitam, garam dan gula secukupnya. Masukkan juga mixed herbs dan oregano. Kacau rata. Tutupkan...

Roasted Chicken aka Ayam Panggang sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Makanan sihat  sesuai utk yang berdiet , inspired by chef Mala Yusof, sangat sedap. Boleh makan dengan nasi atau pun ratah begitu saja. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan roasted chicken yang sangat mudah dan sedap ini. Roasted Chicken Oleh : Surianti Ramli Bahan Perapan Ayam : 1 ekor ayam boleh dibuat terus seekor (whole chicken) atau dipotong 1 labu bawang putih 1 inci halia 3 sb serbuk paprika * 3 sb chili flakes * 3 sb mixed herbs * 3 sb parsley * 3 - 5 helai daun bay * 3 sb sos lada hitam (saya guna jenama life) 3 sb kicap 3 sb sos tiram Garam (sedikit saja) -bahan segala herbs bertanda * di atas boleh dibeli di bahagian rempah2 di tesco, giant, pasaraya & kedai peralatan bakery. Cara perapan : Bawang putih dan halia dikisar halus. Satukan bersama bahan lain. Gaul sebati bersama ayam. lagi lama diperap lagi sedap, tapi Sue sempat perap 4 jam sahaja. Bahan lain : 3 biji ubi kentang -direbus separuh empuk 3 bi...

Nasi Daging Utara menu popular di utara

Bismillahirrahmanirrahim, Menu popular di negeri utara Semenanjung. Kebiasaannya dihidangkan sebagai nasi kenduri dan juadah makan tengahari di rumah. Resepinya pula mempunyai banyak versi, masing-masing ada cara tersendiri untuk memasak dan keluarga Sue terutama anak-anak memang sangat sukakannya. Dulu Sue pernah kongsi resepinya dan boleh lihat di  sini (sila klik)  . Nasi Daging Utara Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan/cup beras (kali ini Sue gunakan basmathi) -dicuci bersih, rendamkan 30 minit dan ditoskan. 1 kg daging -dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi. Bahan tumis : 2 sb mentega @ 2 sb minyak masak Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga) 5 ulas bawang merah dihiris nipis 2 ulas bawang putih dihiris nipis 2 inci halia diracik halus 2 helai daun pandan disimpul Bahan kisar : 1 batang kayu manis 1 kuntum bu...

Talam Suji kuih kegemaran

Bismillahirrahmanirrahim.. Talam suji yang mudah dan sedap. Talam Suji Resepi Chef Zubaidah Sumber : Citarasawan Dicuba oleh : Surianti Ramli Loyang 10 x 10 Bahan Lapisan Bawah 140gm tepung suji 20gm tepung gandum (3Tbsp) 2 biji telur pewarna lemon yellow 120gm gula pasir 750ml santan cair (3 1/4 cawan) 1/2 tsp garam Bahan Lapisan Atas 2 biji telur 700ml santan pekat 1 tsp esen vanila 1 1/2 tsp garam 150gm tepung gandum (1 1/4 cawan) 80gm gula pasir (1/4 cawan) 200gm gula melaka (Sue letak gula merah) 1 tsp coklat emulco Cara-cara : 1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit. 2. Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. 3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.

Donut yang kekal gebu

Bismillahirrahmanirrahim, Resepi ini Sue pernah kongsikan dulu, kali ini hanya ulang tayang. Sue letakkan semula resepinya. Antara resepi wajib cuba, mudah dan sedap. Kekal lembut walaupun seharian dan hingga keesokannya. Donut Gebu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum (sebaiknya guna tepung high protein, donut kekal lembut wpun telah sejuk) 1 sb marjerin 2 sb susu pekat manis  1 sudu teh yis  1/2 sudu teh double action baking powder 1 biji ubi kentang direbus empuk dan dilenyek 1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais) secubit garam  Cara-cara : Kaedah uli menggunakan tangan , 1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 - 10 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis. 2. Satukan tepung, double action baking powder, marjerin, susu pekat manis, kentang dan garam. 3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga doh (ti...

Nasi berlauk mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Nasi Berlauk Gulai Darat Ayam menu utk brunch (breakfast + lunch). menu sarapan popular di Kelantan. Mudahnya memasak gulai darat sbb tak perlu tumis, ringkas dan sedap. Alhamdulillah. Nasi Berlauk Gulai Darat Ayam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1/2ekor ayam dipotong kecil dan dicuci bersih 2 sb rempah gulai cap rose (jika tiada, boleh gunakan rempah kari jenama lain) 1 sb cili kisar *5 ulas bwg merah *1 ulas bwg putih *1/2 inci lengkuas *1/2 inci halia 2sdb ketumbar -disangai dan ditumbuk halus 2 sd kerisik 1- 2 keping asam jawa 3 cwn air 1 cawan santan pekat 1/4 keping nise (gula melaka) Garam Ubi kentang Kacang panjang Terung Cili merah/hijau Cara penyediaan : 1. Bahan bertanda * dikisar halus. 2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan kisar, kerisik,ketumbar, asam keping, nise dan rempah gulai. Kacau sebati. 3. Masukkan air ke dalamnya dan biar hingga mendidih (ayam empuk). Kemudian masukkan kentang. Biar sekejap hingga kentang ...

Puding Sedut mudah

Bismillahirrahmanirrahim, Berkenan tgk botol kiut miut sahabat di Instagram, Che siti @siti.norhasiah .. tak sempat2 terus pergi Mr Diy beli. Cari jugak botol yang tinggi tapi tak ada pulak sbb teringin nak sedut dgn straw hihi.. Boleh la botol kecik ni mkn pakai sudu. Comel je. Sedap puding ni, ralit makan. Anak2 Sue pun suka alhamdulillah. PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK Resepi oleh : Resepi Ringkas Rujukan : Citarasawan Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 1 sudu teh serbuk agar-agar (saya pakai sudu metrik) 1000 ml air 1/2 cawan gula halus 1 cawan susu cair (atau susu segar) 1 cawan creamer (atau coffemate atau susu tepung pun boleh) 1 sudu teh esen vanilla pewarna makanan esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa Cara penyediaan : Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk. Kacau rata. Masak atas dapur hingga mendidih. Matikan api. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di...

Karipap Sardin terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Karipap Sardin terlajak sedap, original resepi dari kakak kembar Sue nun di Shah Alam kak Jalilah Jj. Sedap sungguh, kakak Sue memang buat jualan kuih frozen. Resepi wajib cuba. Sue buat sekilo tepung utk dibuat frozen juga. Sedapnya la,makan sebiji dua memang tak cukup.  Karipap Sardin Sumber : Kak Jj Dicuba oleh : Surianti Ramli Inti karipap : 2 tin sadin Cap Ayam makerel (jenama apa pun boleh asalkan makerel sbb isinya besar) 5-7 biji bawang besar di potong dadu 3-5 sudu lada blender (cili kering) 3-4 biji bawang putih dipotong dadu 2 biji telur (kalau tak letak pun boleh) 5-6 batang daun sup di mayang 1/4 cawan air asam jawa pekat 1 sudu teh perisa maggie cukup rasa Garam gula ikut keperluan. Minyak masak untuk menumis Kaedah penyediaan : Panaskan minyak tumis bawang hingga naik bau. Masukkan lada tumis(cili kering kisar) hingga garing. Masukan gula sedikit bagi proses lada cepat garing. Ikan sardin di buang tulang...

Ayam Ungkep yang sedap pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim... Walaupun Sue bukan orang Jawa, (hanya nama je ala2 Jawa) tapi Sue sangat sukakan masakan Jawa. Resepi ini Sue dapat hasil berjalan2 dalam blog Amie's Little Kitchen. Sedap alhamdulillah.. Ayam Ungkep Sumber : Amie's Little Kitchen Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan: 1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika 2 batang serai - dititik 3 cawan air minyak sedikit asam jawa (pilihan) garam / gula / perasa pilihan Bahan tumbuk / kisar: 5 ulas bawang putih 10 biji bawang merah 2 sudu makan ketumbar biji 1 sudu makan jintan manis 1 sudu teh jintan putih 3 cm kunyit hidup 3cm halia 15 biji cili padi Cara: 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. 2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna. 3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. 4. Tutup kuali rapat-rapat. 5. Kacau sekali-sek...