Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, October 11, 2016

Homemade Pizza yang mudah dan sudah tentu sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
A<3AAntara yang selalu Sue masak untuk anak2. Menu ulangan yang kerap dimasak memandangkan anak bongsu Sue tidak makan nasi, hanya roti, pizza dan lain2 yang berasaskan tepung sahaja. Silakan share semoga bermanfaat.

Homemade Pizza ( dpt 1 biji saiz 12 inci)
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
(Sukatan metrik)
2 cawan tepung high-protein
1 st garam
1 sb minyak zaitun
3/4 cawan air suam
2 sb gula
1 st yis kering (saya guna jenama Saf Instant, boleh guna Mauripan juga)
Cara penyediaan :
(Ulian menggunakan mixer)
1. Satukan air suam, gula dan yis. Kacau sebati & biar 10 - 15 minit, yis yang hidup akan menjadikan campuran ini berbuih dan naik. Masukkan larutan ini ke dalam mixer.
2. Masukkan tepung, garam dan minyak zaitun ke dalamnya.
3. Uli hingga menjadi doh yang licin (saya uli selama 20 minit dengan speed 5)
4. Matikan mixer dan tutup doh tadi dengan plastik, jangan biar terdedah kepada udara untuk mengelakkan doh jadi keras.
5. Selepas 30 minit - 1 jam (bergantung pada keadaan cuaca), doh akan naik sekali ganda. Tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
6. Jika tangan melekat dengan tepung, sapu seluruh tangan dengan sedikit tepung jagung.
7. Tabur pan pizza dengan sedikit tepung jagung @ gris dengan mentega. Ambil doh tadi dan letak bahagian tengah pan. Tekan dengan jari ke bahagian luar sekeliling hingga seluruh pan dipenuhi dengan doh tadi.
8. Panaskan oven terlebih dulu dan bakar kulit pizza (oven saya suhunya 200'C selama 10 minit)
9. Keluarkan kulit pizza dan sapu sos serta letak topping kesukaan. Sambung lagi bakar selama 10 minit.
Siap.
************************************
Cara buat sos pizza ada di bawah ya,boleh sediakan lebih awal.
Sos Pizza :
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
3 ulas bawang putih dadu kecil
1/2 inci halia dadu kecil
1 st daun basil
1 st oregano
1/2 st garam
1 - 2 sb gula
1 sb cheese parmesan parut
1/2 cawan air
5 biji buah tomato ranum dicelur dalam air didih, buang kulitnya dan kisar halus menjadi puree. Kalau tak mahu gunakan tomato segar, boleh gunakan tomato puree dalam tin @ sos prego tradisional sebagai ganti.
Cara penyediaan sos piza :
Satukan semua bahan di atas kecuali parmesan cheese, masukkan dalam kuali dan masak hingga mendidih. Masukkan parmesan dan kacau rata. Matikan api. Sejukkan dan sedia disapu pada pizza crust/kulit pizza.
Kemudian boleh letak topping sesuka hati. Kalau sukakan rasa cheese, tabur mozarella cheese banyak2.
*mesti tahu suhu oven sendiri utk membakar, kerana setiap oven. tidak sama masa dan suhunya.
*boleh uli menggunakan tangan juga.


No comments:

Post a Comment