Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Mee sanggul sedap yang femes di utara untuk dinner malam tadi,

Mee sanggul memang agak femes di negeri2 utara. Masa kecik dulu, emak Sue selalu masak. Sedap ! Tapi sejak merantau ni (bunyi macam jauh sangat merantaunya) dah jarang Sue makan. Baru2 ini, tertengok kawan fb yang memang pakar memasak, kak Mufidah buat mee sanggul, Sue pun terus buat juga.  Sue masak sama seperti menggoreng mee/kuetiaw juga. Alhamdulillah sedap dan menepati selera kami sekeluarga. Mee Sanggul Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 300g mee sanggul kering (2 bungkus) - direndam dalam air biasa 45 minit hingga 1 jam 3 ulas bawang merah dimayang 3 ulas bawang putih di mayang 1 senduk cili kisar (jika suka pedas, sila tambahkan) Sedikit daging dipotong kecil Sedikit udang dan sotong 1/4 cawan kicap lemak manis 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili Gula dan garam secukup rasa Sedikit air Sedikit minyak untuk menumis Sayur kesukaan (seperti sawi / kobis /taugeh  / kucai) Cara masak : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga layu. 2. ...

Spaghetti Carbonara mudah

Sue masak spaghetti carbonara (sos putih) ni masa tak sihat baru2 ini. Memang tak ada selera nak makan yang lain kecuali spaghetti...ala2 mat saleh pulak hihihi... seadanya yang mudah, ringkas dan sedap. Cepat je penyediaannya. Sekejap je dah siap. Spaghetti Carbonara Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Spaghetti (atau lain jenis pasta) -didihkan air bersama secubit garam dan 2 sb minyak zaiton. -masukkan spaghetti dalam air tadi dan rebus sampai lembut. -toskan dan lalukan air biasa sekejap. Sos Carbonara (Sos Putih) -1 labu bawang besar didadu -1 keping daging kisar (saya guna Ramly) -1 tin sos Prego Carbonara Mushroom (tin biru) -1/2 cawan susu segar -1 sb serbuk lada hitam -cendawan butang secukupnya (saya letak 7 biji) -1 sb mentega untuk menumis Garam secukup rasa Sedikit air Daun parsley kering Cara masak sos carbonara : 1. Cairkan mentega, tumis bawang besar hingga layu. 2. Masukkan daging kisar bersama sedikit air. Rebus sekejap...

Karipap rangup, tidak berminyak dan sudah pasti sedap untuk sarapan

Karipap memang salah satu makanan kegemaran ramai orang dari dulu lagi. Tapi kadang2 pernah terbeli karipap yang berminyak dan liat kulitnya. Apakata sesekali kita cuba buat sendiri, puas hati boleh letak inti yang banyak dan mengikut citarasa kita.  Jom kita buat karipap yang tidak berminyak, kekal rangup walaupun lama dan insyaAllah sedap rasanya. Karipap Rangup Oleh : Surianti Ramli (Intinya terpulang mengikut citarasa) Bahan A : 4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung ubi 2 sb mentega 1 sk garam 1 sk gula Bahan lain : 1/4 cawan minyak masak 1 cawan + 2sb air -  gunakan air sejuk dari peti ais (tambahkan air jika perlu) *semua bahan di atas disukat menggunakan cawan dan sudu metrik Cara penyediaan : 1. Bahan A disatukan dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. Buat lubang besar di tengahnya. 2. Panaskan 1/4 cawan minyak masak dan tuang di tengah bahagian bahan A tadi. Gaul rata dengan menggunakan sudu. 3. Masukkan...

Moist Chocolate Cake mudah dan sedap utk anniversary

Kek ni Sue buat semalam 14 Februari sempena wedding anniversary. Alhamdulillah walaupun ringkas, tapi kek ni sedap sangat. Strawberry cicah sos coklat, ditambah dengan topping coklat dan cream cheese... sedap ! Moist Chocolate Cake Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 2 biji telur gred A 1 cawan minyakjagung 1 cawan gula castor 1 cawan susu segar 1 cawan air suam -satukan semua bahan A dan mix hingga sebati. (Anggaran 5 -7 minit) Kalau gunakan blender pun boleh juga. Ketepikan. Bahan B : 2 cawan tepung superfine (boleh juga guna tepung gandum) 1 cawan serbuk koko 1 sk baking powder 1 sk soda bikarbonat -satukan bahan B dan ayak. Cara penyediaan : 1. Bahan A + bahan B. Kacau guna whisk hingga sebati. 2. Griskan loyang dengan mentega, alas baking paper pada dasarnya dan gris lagi. Tuangkan adunan. Boleh dibakar atau pun dikukus. -bakar 175'C selama 45 minit hingga masak @ kukus selama 45 minit. Jika kukus, pastikan air telah dipanaska...

Mee Goreng Mamak sedap...yummy !

Banyak versi sebenarnya resepi mee goreng mamak. Apa yang Sue kongsikan disini adalah berdasarkan kegemaran kami sekeluarga. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Resepi ini juga Sue telah share dalam fb, alhamdulillah...ramai yang suka.   Mee Goreng Mamak Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 bungkus mee kuning 5 ulas bawang putih diketuk 1 senduk cili kisar 1 biji buah tomato didadu kecil 1 mangkuk daging lembu dihiris nipis Sedikit kicap 2 biji ubi kentang (rebus empuk dan potong nipis) Cucur udang dihiris secukupnya (jangan terlalu banyak) Sedikit sotong kering 2 sb gula 1 sk garam 3 biji telur 2 biji tauhu digoreng terlebih dahulu dan dihiris nipis Minyak untuk menumis Sedikit air Sayur sawi, kobis, taugeh Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum. 2. Masukkan cili kisar bersama daging dan sedikit air. Rebus hingga empuk. 3. Masukkan buah tomato, kicap dan sotong kering. (Tak perlu t...

Kek Hujan Panas yang sedap, resepi orang dulu-dulu

Wangi je satu rumah waktu membakar kek ni. Menggunakan campuran kelapa kering sebagai salah satu bahannya. Rasanya pun sedap. Salah satu kek nostalgia orang lama, kalau zaman emak2 kita dulu, pasti biasa dengan kek ni. KEK HUJAN PANAS Sumber 1 : Suhaini Abdul Wahab Sumber 2 : Kak Emma Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan: 250gm Planta / butter (Sue guna butter Anchor) 1cwn gula halus 2cwn tpg kek (Sue gunakan tepung Superfine) 5biji telur B 6sb kelapa kering 3sb susu cair/ segar 1st baking powder 1st vanilla Cara: Bahagi 2 kelapa & warnakn merah & hijau Pukul butter & gula- kembang Masukkan telur 1 persatu Masukkan tepung berselang seli dengan susu & vanilla Masukkan kelapa yang telah di warnakan tadi berselang seli sambil kaup balik sahaja ( jgn di pukul lagi- cukup sekadar kaup balik) Masukkan dalam loyang 7x7 yang telah digriskan dan dilapik baking paper Bakar 170'C-45 minit (mengikut oven masing-masing) Catatan : -Sue masukkan ...

Ikan Keli Goreng Sambal

Ikan Keli Goreng Sambal Oleh :Surianti Ramli Bahan2 : 4 ekor ikan keli dibersihkan Cara menghilangkan hanyir ikan keli : -perahkan beberapa biji limau (Sue gunakan 3 biji limau kasturi) dan gaulkan pada ikan bersama garam kasar. Biarkan anggaran 15 - 20minit. Bilas dengan air bersih. Petua mengelakkan ikan keli meletup sewaktu menggoreng : Perisakan ikan dengan garam dan kunyit, lumurkan sedikit tepung jagung dan terus goreng seperti biasa. InsyaAllah ikan keli tidak akan meletup dan sedap isinya. Bahan lain : 2 senduk cili kisar (boleh gantikan dengan beberapa biji lada merah yang ditumbuk) 5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar) Sedikit gula dan garam 2 keping asam gelugur Sedikit minyak masak Cara masak : 1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga harum. Masukkan cili kisar dan asam keping, masak hingga cili betul2 masak. 2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 3. Bila cili mulai kering, tutupkan api dan curahkan ke atas ikan keli. S...

Sayur Buncis Goreng Kunyit

Hari Jumaat, sekolah masuk jam 1230 tgh (sekolah cina), biasanya Sue masak yang mudah dan cepat sahaja (biasa pun macam tu, memang kejar masa). Cukuplah sayur buncis dan 1 lagi jenis lauk. Mujur anak2 dan hubby tak cerewet bab makan. Semuanya sedap, alhamdulillah... Sayur Buncis Goreng Kunyit Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 1 ikat kacang buncis  2 ulas bawang putih didadu kecil 1 labu bawang besar (potong ikut suka) 1 biji lada merah dipotong 2 keping dada ayam di dadu Sedikit kunyit serbuk Garam  Sedikit air Minyak masak Cara penyediaan : 1. Dada ayam diperisa dengan garam dan kunyit.  2. Panaskan sedikit minyak masak, goreng isi ayam tadi hingga masak (minyak jangan banyak seperti menggoreng cucur/goreng lauk). Kalau banyak, buangkan sedikit. 3. Masukkan bawang putih, bawang besar, lada merah, buncis dan sedikit air. Gaul rata. Biarkan sekejap hingga sayur masak. Tutupkan api. Sedia dihidang. *kalau suka, boleh juga masukka...

Nasi Goreng Sardin yang sedap, ringkas dan mudah

Jom kita breakfast nasi goreng sardin yang sedap ini. Mesti cuba, memang sedap insyaAllah walaupun bahannya simple sahaja. Nasi Goreng Sardin Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 1 mangkuk besar nasi 1 labu bawang besar dimayang 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk) Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot) 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya  dan ambil isinya sahaja, dihancurkan) 2 biji telur Sedikit kicap lemak manis Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara masak : 1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. 2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali.  Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap. 3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap. Selamat mencuba.

Kek Coklat Tanpa Telur aka Super Moist Egless Chocolate Cake (SMECC)...fuh super sedap

Sebenarnya kek ni dah lama Sue buat...bulan Disember 2014. Tapi entah macamana rupanya tak upload dalam blog. Hanya letak dalam fb.. Namanya panjang, tapi sangatlah sedap rasanya. Wajib dicuba. Sesuai untuk orang yang tak suka makan telur. Anak2 pun suka sangat.  Terima kasih untuk Dayang Jack, tuan punya resepi asal  yang sudi berkongsi resepi ini. Sue hanya copy paste resepi dari blog Malina Lina Pg. SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC) By : DayangJack Sumber :  Malina Lina Pg Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : loyang 6-7 inci (versi asal) 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil soda bikarbonat 1/2 cawan serbuk koko 2 sudu besar susu tepung 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais) 1 cawan gula perang 1 sudu kecil esen vanilla 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco Secubit garam 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair 1 sudu kecil cuka atau jus lemon Cara-cara...

Lasagna Versi Melayu aka Roti Lapis Daging

Roti Lapis Daging aka Lasagna versi Melayu idea asalnya dari Fb Sarimah Md Nor, Sue ubahsuai mengikut citarasa sendiri menggunakan loyang 8in x 8in & bahan yang sedia ada di dapur. Sedap tau resepi ni. Sue dah upload dalam fb, ramai yang share resepi ini dan telah mencuba. Alhamdulillah mendapat feedback yang baik, sedap katanya... Roti Lapis Daging aka Lasagna versi Melayu Sumber : Sarimah Md Nor Dicuba dan ubahsuai oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 8 keping roti putih 2 biji telur 1 gelas susu segar Bahan inti : Semangkuk daging dipotong kecil 2 sb perencah daging blackpepper mix Sayur2an (seperti carrot, mix vege, batang selery dll yang sesuai) 1 labu bawang besar dipotong dadu Sedikit air Sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Bahan lain : 4 keping keju (cheese slices) Keju parut mozarella Cara penyediaan : 1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan daging serta air dan masak hingga daging empuk. 2. Masukkan perencah blackpepp...