Dah lama Sue tak sarapan dengan sandwich sardin. Dulu, kalau buat sendiri, rasanya biasa-biasa je. Tapi selepas makan sandwich ikut cara sahabat Sue, sedap sangat ! Mungkin ada yang tertanya, eh...sandwich pun nak kena letak resepi ke ? Lain orang, lain caranya. Jom kita lihat. Sandwich Sardin Sumber : Zulaifha Hassan Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : Roti gardenia 1 tin sardin (asingkan ikan dan kuahnya & isi ikan dihancurkan) 1 ulas bawang besar (dipotong dadu) 1 ulas bawang putih (dipotong dadu) 1 biji cili merah (dipotong dadu) 1 biji limau kasturi Mayonais Mentega Sedikit garam Daun salad Buah tomato (potong nipis) Timun (potong nipis) Sedikit minyak untuk menumis Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili hingga layu. 2. Masukkan isi ikan sedikit garam. Jika terlalu kering, masukkan 1 sudu b...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...