Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Bee Hives Mini Bun aka Roti Sarang Lebah yang terkenal sedapnya...

Fenomena roti sarang lebah di mana-mana. Sana sini kawan-kawan buat roti ni. Memang sedap sungguh rasanya. Mula-mula Sue rasa pelik bila roti ni dimakan dengan sauce. Bila dah masak sendiri dan makan, baru tahu sedapnya. Berebut dengan hubby dan anak-anak makan panas-panas. Hihihi...sedap ! Sebenarnya dah banyak kali juga Sue masak roti ni. Baru kali ini update dalam blog. Dalam fb dah pernah letak sebelum ini. Terima kasih Lydia Honey (kenalan fb) dari Kuwait kerana sudi berkongsi resepi ini. Sue copy paste resepi Lydia ya. *lebihkan curahan sauce jika suka Bee hives mini buns with butterscotch sauce, pumpkin seeds & almond flakes.󾇡󾇡 (Dough resepi dari chef Manal) DOH✏️ 2 cawan tepung gandum 1/2 Sudu teh dry yeast 1/4 Sudu teh garam ½ sudu teh baking powder 1 sudu besar gula pasir ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik ¼ cawan minyak sun flower 1/2 cawan air suam +- **Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka Larutkan yeast d...

Jom dinner dengan home made pizza yang mudah dan sedap

Entry tertangguh sebenarnya ni...dalam fb dah letak, dalam blog terlambat sikit. Agak-agak dah jemu makan nasi, teringin nak makan pizza untuk dinner. Sedap juga dan kenyang. Anda mesti cuba. Percayalah. Resepi ini memang menghasilkan doh yang cantik & sos pizza yang sedap. Sue suka gunakan resepi ini untuk membuat pizza. Sebelum dibakar Selepas dibakar Home Made Pizza Sumber : Myresepi (Sue olahkan semula) #Terima kasih Tulip77, tuan punya resepi asal# Untuk doh pizza : 2 cawan tepung gandum (Sue gunakan tepung high protein) 2 st yis segera 1/2 st garam 1 st gula 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun 1/2 cwn air Untuk sos pizza : 1 labu bawang holland - dipotong dadu 2 ulas bawang putih - dipotong dady 2 biji tomato - cincang halus 2 sb minyak masak 3 sb tomato puri 2 sb sos tomato 3/4 st gula 1 st oregano garam & gula Untuk Topping : Udang, sosej, daging ayam, daging lembu Lada benggala hijau atau merah, tomato Cendawan butang, bawang b...

Minum petang dengan Apam Mentega Gula Hangus yang sedap sangat

Sebenarnya dah banyak hari Sue teringin nak makan apam ni. Tapi hasrat tu tertangguh-tangguh disebabkan kekangan masa. Maklumlah, kalau hari bekerja, masak pun ala kadar disebabkan berkejar dengan masa. Alhamdulillah, baru-baru ini, dapat juga Sue masak apam ni hasil berjalan-jalan ke dapur  Yatie Memories . Sedap sangat ! Jom kita lihat resepinya. Apam Mentega Gula Hangus Resepi asal :  Yatie Memories Bahan (A)  Bahan2 utk gula hangus : 11/2 cawan gula pasir 1 cawan air (guna air panas dan tuang sikit2) 250 gm mentega Cara membuat gula hangus : Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan. Bahan (B) 3/4 cawan gula castor 4 biji telur 3 cawan tepung gandum ayak bersama 2 sudu teh soda bikarbonate 1 tin su...

Pulut Seri Muka yang sedap resepi ibu mertua...

Apa khabar semua... Sempena 1 Rejab baru -baru ini yang bersamaan 1 Mei 2014, Sue buat pulut seri muka untuk berbuka puasa. Sebenarnya Sue masih tidak sihat, tapi mengenangkan hubby yang berpuasa, gagahkan juga masak. Sekejap je sebaik lepas berbuka, habis pulut seri muka ni. Sedap la tu ya...hihihi...ok jom kita lihat resepinya. Pulut Seri Muka Bahan A Bahagian bawah : -2 cawan beras pulut (dicuci bersih dan rendam selama 3 jam) -1 cawan santan -Secubit garam Bahagian B Bahagian atas : -1 cawan jus pandan (7 helai daun pandan di kisar bersama air dan ditapis) -1 cawan santan pekat -1/2 cawan gula -1 sudu makan tepung jagung -1/3 cawan tepung gandum -3 biji telur -2 biji bunga cengkih ditumbuk halus Cara penyediaan : 1. Panaskan periuk kukus. Tutup tudung periuk dengan kain untuk mengelakkan air menitik. 2. Masukkan bahan A ke dalam loyang berukuran diameter 8 inci dan kukus selama 20 minit. 3. Angkat bahan A dari periuk kukus dan t...