Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Jom sarapan red velvet cake yang sedap, yummy...

Akhirnya, setelah lama teringin nak makan red velvet cake...hari ini tercapailah impian...ini versi Sue, versi amatur...tak pandai mendeko. Hehehe...ikut tangan je apa yang jadi...comot je pun letak topping. maklumlah, ini first time mencuba. InsyaAllah akan diperbaiki lagi selepas ini...jom, tak boleh berceloteh panjang sebab nak menikmati kek idaman. Bismillah... Red Velvet Cake  Bahan-bahan Kek : 2 cawan tepung blue key (self raising flour) * 2 sudu besar serbuk koko* 1 sudu teh baking powder* 1 sudu teh soda bicarbonat* (Satukan dan ayak semua bahan * di atas) 1 cawan buttermilk (hasil campuran 3/4 cawan yogurt plain/original + 1/4 cawan susu segar) 3/4 cawan gula kastor 1 sudu besar pewarna merah 1 cawan butter   1/2 cawan air panas  2 biji telur  1 sudu teh esen vanila Cara penyediaan kek : 1. Pukul gula dan butter hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi. 3. Masukkan pewarna mera...

Jom masak paprik yang sedap dan cepat penyediaannya...

Hari yang sibuk + kurang rajin, maka terhasillah paprik campur untuk lunch. All in one, sayur dan lauk. Penyediaannya cepat dan mudah, tak sampai setengah jam dah pun siap. Apa yang paling penting, dimasak dengan penuh kasih sayang, anak-anak dengan hubby pun suka. Alhamdulillah... Gambar pun snap dari kuali je. Paprik Campur Bahan-bahan : 1 keping dada ayam dipotong kecil  Sedikit daging lembu yang dipotong kecil 4 ekor sotong 10 ekor udang Bunga kobis Anak jagung Karrot 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar sos cili thai 4 sudu besar sos tomato 4 sudu besar sos cili 2 batang serai diketuk 1 inci halia diracik 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar Cili merah dipotong 1 biji buah tomato dipotong lapan 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air Sedikit air kosong Garam/gula secukup rasa 4 sudu besar minyak masak Daun limau Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, serai serta halia, masukkan daging dan sedikit air...

Vanilla Cuppies untuk minum petang, sedap...berebut anak-anak makan...

Selamat petang semua, minum petang apa hari ini. Sue buat cupcakes atas permintaan anak-anak. Berebut diorang makan, siap je bakar dah habis. Sedap la tu ya...hehehe...memang sedap pun, texture yang ringan, gebu dan lembut walau pun selepas dah sejuk. Itu hubby yang cakap. Wahhh....semangat nak membaking lagi lepas ni. Vanilla Cuppies (basic cupcake) Bahan-bahan : 2 1/2 cawan tepung blue-key (self raising flour) * 1 sudu teh baking powder * 3 biji telur 1 cawan gula castor 3/4 buku butter 1 1/4 cawan susu cair 3 sudu teh esen vanilla Cara Penyediaan : 1. Satukan dan ayak bahan bertanda *. Ketepikan. 2. Pukul butter bersama gula hingga putih dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi. 3. Masukkan esen vanilla, tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga habis. Putar sebati. 4. Panaskan oven pada suhu 170'C.  5. Sudukan adunan ke dalam cup kertas sehingga memenuhi 2/3 cup. Bakar selama 15 - 20 mini...

Pengat Ubi permintaan hubby untuk minum petang atau pun disebut sebagai serawa kalau di utara....

Waktu cuti sekolah macam sekarang, bolehla masak untuk minum petang. Bila hari bekerja, memang kelam kabut. Sempat masak lauk pauk je. Tunggu weekend kalau nak masak lebih. Ermm...Sedap juga dah lama tak makan pengat. Kalau di utara disebut serawa. Sama je bendanya.  Jom kita masak dan makan.... Pengat Ubi Bahan-bahan : 3 ketul ubi keledek dibuang kulit dan dicuci bersih 1/3 cawan sagu putih dibersihkan 1 1/2 cawan santan pekat 4 cawan air kosong 4  sudu besar gula merah (boleh juga gunakan gula melaka) 2 sudu besar gula putih (boleh ditambah mengikut manis yang anda suka) Secubit garam kasar 3 helai daun pandan 5 ulas durian Cara penyediaan : 1. Rebus ubi dan daun pandan bersama air kosong hingga hampir empuk. Jangan biar kering hingga tiada langsung air. Jika air kering, tambahkan. 2. Masukkan sagu dan rebus bersama ubi hingga sagu telah cukup kembang (sekejap saja). 3. Masukkan durian, gula merah, gula pasir, garam dan santa...

Karipap Sardin untuk sarapan...tips untuk pastri yang sedap dan tidak liat serta kulit tidak menggerutu

Salam Khamis semua, hari ini kebetulan terbangun awal, dapatlah masak nasi goreng dengan karipap sardin. Selalunya satu menu je, kalau hari bukan cuti sekolah, berkejar masa...kadang-kadang sarapan beli kat gerai. Sekarang kebetulan cuti sekolah, sebelum mula menjahit (klik di sini) , bolehlah masak dulu... Dulu-dulu, memang Sue tak tahu buat karipap. Asyik liat je kulitnya...frust sebab tak jadi, maklumlah kahwin waktu belajar di kolej, tak sempat sangat nak berguru dengan mak..tapi, kan ada kemudahan handphone, video call, macam-macam kecanggihan sekarang ni. Telefon mak, tanya cara untuk buat kulit karipap yang sedap dan tidak liat. Inilah hasilnya. Jom kita lihat resepi... Karipap Sardin Bahan kulit karipap : 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan mentega (dicairkan) 1/2 cawan air dari peti sejuk Secubit garam *penggunaan mentega yang dicairkan dan air dari peti sejuk akan membuatkan kulit karipap lebih sedap dan tidak liat. Cara penyediaan kulit karipap : 1. Masukkan t...

Minum petang dengan donut gebu yang sedap....kekal gebu walau pun selepas dah sejuk.

Wah sedapnya tengok donut hasil tangan sahabat fb yang memang terer memasak,  Rozilah Abdullah ...semangat nak buat ni, kebetulan semua bahan dah ada..terus ke dapur dan mula mendonut. Memang betul kata Rozi, ini resepi terbaik. Sedap sungguh ! Lembut, gebu....memang best makan, setakat 2, 3 biji, rasa nak makan lagi dan lagi. Jom kita semak resepinya yang di copy paste dari sumber asal, Isma Maisarah. DONUT GEBUS Sumber : Isma Maisarah Bahan2 250gm tepung gandum 1 1/2 sudu kecil yis segera 2 biji kuning telur 50gm gula 2 sudu besar water roux 50-60ml air dari peti sejuk 50ml minyak masak Sedikit garam Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata. Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk. Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik...

Salam rindu, setelah 3 minggu tidak berblogging...jom marble kek sukatan cawan, lembut, sedap dan pasti jadi !

Dah lama tidak mengupdate blog, sebenarnya Sue terlibat dengan pengawasan SPM. Dari pagi sampai petang, memang agak memenatkan. Cuti sekolah pun belum lagi nama bercuti, selagi exam belum habis 5 December ini... Masak pun ala kadar, cuma tak sempat nak letak di blog. Aduhaiii....busy sungguh. Hari ni, Sue masak marble cake. Cadangnya nak buat red velvet, tapi bahan tak cukup. Nak pergi beli pun belum berkesempatan, jadinya...masaklah cake yang mudah ni. Cake asas, tapi lembut dan sedap tau. Hehehe...angkat bakul. Anda mesti cuba ya... Marble Cake Bahan-bahan : 1 cawan butter 1/2 cawan gula halus 4 biji telur 1 sudu kecil ovellete 4 sudu besar susu pekat 1 sudu kecil esen vanila 2 cawan tepung blue key (self raising flour) 2 sudu besar serbuk coklat (Sue gunakan van-houten) Cara penyediaan : 1. Pukul gula dan butter hingga kembang. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi. 3. Masukkan ovellete, susu pekat dan esen vanila. 4. Masu...

Gulai kerang pembuka selera

Salam 1 Muharram 1435H untuk semua, semoga sempena tahun baru ini kita dilimpahi rahmat dariNya dan menjadi lebih baik dari sebelumnya insyaAlaah... Nak masak apa hari ni, apa kata kita masak gulai kerang. Kena awal sikit pergi pasar, nanti nak merebus dan mengopek kerang lagi. Jom kita semak resepinya. Gulai Kerang Bahan-bahan : 2 kg kerang - direndam dalam air biasa dan diletakkan cili kering 5 atau 6 tangkai, biarkan dalam masa anggaran 1/2 jam. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan pasir. Kemudian kerang dibilas dengan air beberapa kali sebelum direbus dengan air bersih dan 1 sudu besar garam kasar. Rebus hingga mendidih dan kulit kerang mula terbuka. Tutup api dan toskan air panasnya. Kopek dan ambil isi kerang. Ketepikan. 5 ulas bawang merah ( dikisar halus) 3 ulas bawang putih ( dikisar halus) 2 sudu besar rempah kari ikan Nanas dipotong nipis 1 sudu besar kerisik 1 cawan santan pekat 2 cawan santan cair Garam secukup rasa Bahan tumis : 3 ...

Sambal sotong yang pekat kuahnya...

Dulu-dulu waktu baru belajar memasak, kalau masak sambal sotong mesti kuahnya jadi cair. Maklumlah air sotong akan keluar bila di masak. Betapa tak sedapnya, tapi bila dah tahu caranya...wah...dapat memasak sambal sotong yang pekat kuahnya...adik-adik di luar sana yang baru belajar memasak, bolehlah mencuba cara ini. Sambal sotong Bahan-bahan : 1 kg sotong  2 senduk cili kisar (jika suka lebih pedas, sila tambahkan) 1 senduk bawang besar kisar 3 ulas bawang merah (untuk ditumis) 3 ulas bawang putih (untuk ditumis) 2 sudu air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Cara masak : 1. Sotong dicuci bersih dan dimasukkan dalam kuali (tanpa minyak atau air) dan dibiarkan sekejap atas api untuk mengeluarkan airnya. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga harum baunya.  3. Masukkan cili kisar dan bawang kisar. Masak sehingga pecah minyak. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup r...

Sayur bunga kobis goreng

Sayur bunga kobis goreng Bahan-bahan : Bunga kobis Capsicum Cili merah Bawang besar dipotong mengikut kesukaan Bawang putih untuk menumis Udang basah (Sue gunakan jenis yang kecil) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Sedikit air Cara masak : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, capsicum dan cili merah. Kacau sekejap. 2. Masukkan udang dan digoreng hingga udang masak. 3. Masukkan bunga kobis, sedikit air dan garam. 4. Kacau sekejap dan sedia dihidang.

Fruit cocktail in the house, wallla...best makan time cuaca panas...

Cuaca tak menentu sekarang, jom apa kata kita buat fruit cocktail..rasanya semua orang pun biasa buat, kan...hehehe... Fruit cocktail  Bahan-bahan: 1 tin susu cair* 1/2 tin susu pekat dicampurkan dengan 1/2 tin air kosong* *kedua-dua bahan diatas dimasak sekejap dalam api perlahan sambil dikacau sentiasa untuk mengelakkan susu jadi bergentel. Tujuan susu di masak adalah untuk mengelakkan perut jadi tidak selesa (kembung) 1 tin fruit cocktail 1 tin buah laici Ais batu Buah ceri (optional) Cara penyediaan : Satukan semua bahan di atas termasuk air buahnya. Sedia dihidang.

Snow Cheese Cake yang sangat sedap

Assalam semua, Sebenarnya dah banyak hari Sue teringin nak makan snow cheese cake, cuma tak berkesempatan nak buat. Barang dah beli, tapi disebabkan kekangan waktu, hujung tahun ni banyak perkara yang perlu diselesaikan. Urusan sekolah, students sedang exam, nak key in PBS lagi (Penilaian Berasaskan Sekolah - sebagai ganti kepada PMR yang akan dimansuhkan) menyebabkan hasrat untuk membuat kek tertangguh. Akhirnya, dalam mengadap lappy sambil buat kerja sekolah, curi-curi masa juga... Resepi ini asalnya dari seorang kawan yang berasal dari Brunei. Menurut beliau, kek ini dah lama popular di sana. Resepinya dalam sukatan cawan, senang pulak nak membuatnya. Orang yang tak pakar masak mcm Sue pun boleh buat, insyaAllah... Kek ini sedang popular sekarang. Tambahan lagi tersangatlah SEDAPPP....rugi kalau tak mencuba.. Jom kita lihat resepinya. Snow Cheese Cake (sangat sedap) Oleh : Surianti Ramli resepi terbaru updated step by step cara membuat boleh tengok di  sini (si...

Pizza Hawaian Chicken untuk anak-anak

Pizza Hawaian Chicken  Bahan-bahan: Uli  basic dough (click di sini untuk resepi doh)  seperti entry Sue sebelum ini. Untuk topping - bahagian atas pizza : 1 bahagian dada ayam dipotong kecil. 1/2 labu bawang holland dipotong dadu. 1 biji buah tomato dipotong dadu. 1/3 tin sos prego tradisional. Garam Gula Daun oregano Sedikit minyak zaitun untuk menumis Sedikit air Cara memasak topping : 1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang holland serta buah tomato hingga layu. 2. Masukkan sos prego, sedikit air serta ayam. Air jangan terlalu banyak, nanti jadi hanyut. Biarkan jadi pekat. 3. Masak hingga ayam telah masak. Masukkan garam, gula dan daun oregano. Ketepikan. Hiasan atas pizza : Sedikit nanas dipotong kecil Capsicum dipotong dadu Cheese parut Cara memasak : -ambil sedikit doh dan canai dalam bentuk bulat. Jangan terlalu tebal. (Sue gunakan pan pizza bersaiz 11 inci) -griskan pan pizza dengan sedik...

Jom meroti yang lembut dan sedap

Weekend baru ni, Sue buat roti dengan anak2. Ye lah...weekdays dah busy dengan kerja, anak2 pun bersekolah dan ada exam. Time weekend bolehlah bersantai sambil meroti. Anak2 memang peminat pizza, hubby pulak suka roti kosong je. Jadi buat lah kedua2nya. Sukatan basic dough dibawah ini boleh membuat roti kosong dan 2 biji pizza bersaiz 11 inci. Sue gunakan sukatan cawan atas permintaan kawan-kawan dan juga bagi memudahkan anda yang tiada penimbang. Anda cubalah ya...sedap dapat makan roti buatan sendiri dan dimakan sewaktu masih panas. Basic Dough : *1 cawan air kosong *1 biji telur *4 sudu besar susu tepung (satukan ketiga-tiga bahan di atas hingga larut) -4 cawan tepung high protein -4 sudu besar gula -1 sudu besar yeast mauripan -3 sudu besar marjerin -1 sudu kecil garam halus -1 sudu besar shortening Cara mengadun doh : 1. Masukkan bahan cecair bertanda * pada dasar bekas. 2. Masukkan bahan-bahan kering yang lain. 3. Kaedah breadmaker : tekan butang bread, am...

Sarapan pizza roti gardenia yang simple

Assalam dan selamat sejahtera semua, Hampir 2 minggu Sue tak update blog, sibuk dengan urusan di sekolah dan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan...masak, tapi tak sempat upload gambar. Pagi ini, Sue nak kongsikan resepi sarapan yang mudah. Untuk minum petang pun boleh. Biasanya anak-anak suka hidangan begini. Bagi kita pula ibu-ibu, kalau kesuntukan masa pun masih sempat lagi menyediakannya. Gambar pizza roti sebelum dibakar Gambar pizza roti selepas dibakar Bahan-bahan : 4 keping roti gardenia 2 batang sosej dicelur dalam air panas dan dihiris nipis Mix vege 1/2 labu bawang holland dicincang kecil Sos prego tradisional Sedikit mentega Daun oregano (boleh dibeli dalam botol di pasaraya) Cheese yang diparut halus Cara penyediaan : 1. Sapu (secara nipis) sedikit mentega pada roti. 2. Sapu sos prego di atas lapisan mentega tadi. 3. Taburkan bawang holland dan mix vege. 4. Letakkan hirisan sosej di atasnya. 5. Taburkan sedikit daun or...

Nasi Ayam versi saya....

Nasi ayam ni kira kategori makanan popular di Malaysia. Ada pelbagai versi resepinya. Lain orang, lain caranya. Ini resepi versi Sue. Jom kita semak resepi. Bahan-bahan: 4 cawan beras dicuci bersih 4 1/2 cawan air rebusan ayam Garam Gula 1 sudu teh serbuk kunyit 1 ketul kiub pati ayam Bahan A (rebus hingga ayam masak dan mendidih) : 1 ekor ayam dicuci bersih 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 1 inci halia Sup bunjut Adabi Sedikit garam Air secukupnya (saya gunakan lebih kurang 3 liter air, iaitu sebanyak 4 1/2 cawan untuk memasak nasi dan selebihnya sebagai sup untuk dimakan dengan nasi) Bahan B (perapan) : 1 cawan kicap lemak manis 3 sudu besar sos tiram 5 sudu besar madu *sila tambah/kurangkan mengikut citarasa anda. Bahan tumis : 1 labu bawang besar dipotong dadu 5 ulas bawang putih dipotong dadu 1 inci halia diracik halus Rempah empat sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) 3 sudu butter ...

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Jom masak mee bandung

Mee bandung antara menu kesukaan family Sue. Mungkin cara masak mee bandung ni ada pelbagai versi. Terpulang pada citarasa masing-masing, ini cara Sue. Cepat dan ringkas penyediaannya. Kalau suri rumah yang berkejar masa, sesuai sangatlah mencuba. Ok jom kita lihat resepinya... Mee Bandung Bahan-bahan : 1 bungkus mee kuning 1 mangkuk kecil daging dipotong dadu (kalau tak letak daging pun sedap juga) 10 ekor udang basah 5 ekor sotong Kobis Sawi Telur (terpulang berapa biji kesukaan anda) 2 liter air kosong 1 kiub pati ayam Garam Gula 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air Bahan kisar : 10 tangkai cili kering direbus terlebih dahulu (jika suka pedas, sila tambahkan) 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 biji buah tomato yang masak 1 genggam udang kering Bahan hiasan atas mee : Tauhu digoreng dan dibiarkan sejuk sebelum dipotong Daun sup Daun bawang Bawang goreng Cili merah Cili hijau Limau kasturi Cara masak : 1. Panaskan minyak d...

Nasi Goreng Cina untuk sarapan

Salam semua, selamat berhujung minggu. Lega rasanya minggu ini cuti sampai Isnin sempena hari Malaysia 16 September. Cuti-cuti macam ni, boleh la memasak. Kalau hari bekerja, kelam kabut berkejar masa. Sarapan apa pagi ini ? Jom kita masak nasi goreng. Senang dan mudah disediakan. *Tips untuk memasak nasi goreng, pastikan nasi yang hendak digoreng itu dimasak 5 jam sebelum anda menggorengnya supaya nanti jadi peroi dan cantik (tidak lembek atau hancur). Biasanya Sue masak pada waktu malam sebelum tidur sebagai persediaan untuk digoreng pada waktu pagi. Nasi Goreng Cina (versi saya) Bahan-bahan : 2 cawan beras dimasak menjadi nasi 5 ulas bawang putih dipotong dadu 1 labu bawang besar dipotong baji 2 keping dada ayam dipotong dadu *jika suka boleh juga masukkan udang atau sotong 3 biji telur dijadikan telur hancur (scrambled egg) 2 sudu besar sos tiram 4 sudu besar kicap manis Garam halus secukup rasa 1 sudu besar serbuk lada sulah Hiasan : daun sup, ...

Sardin Masak Lemak Pucuk Ubi yang simple dan sedap

Simple tapi sedap ! Itu yang dapat dikata pada masakan ini. Sekali rasa, pasti nak cuba lagi. Sardin Masak Lemak Pucuk Ubi Bahan-bahan : 1 tin sardin yang besar (diambil kuahnya juga) 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat Sedikit garam Seikat pucuk ubi dibuang batangnya dan dibersihkan Bahan kisar : 10 tangkai cili padi (jika suka pedas, boleh ditambahkan lagi) 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 1/2 inci halia Cara masak : 1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan cair dan pucuk ubi. Masak sehingga pucuk ubi empuk dalam api perlahan. 2. Masukkan ikan sardin betsama kuahnya, garam dan santan pekat. 3. Kacau hingga mendidih dan tutup api. *masak lemak hendaklah dimasak dalam api perlahan dan selalu dikacau untuk mengelakkannya pecah minyak.

Cucur Udang yang kekal lembut walaupun seharian....

Masih lagi suasana Syawal, open house sana sini. Sambil-sambil tu, buat cucur udang untuk minum petang. Cuaca petang pulak hujan, sedap makan cucur udang panas-panas dengan air teh o. Kalau anda suka cucur ikan bilis, tumbuk-tumbuk sepatuh hancur dan gantikan saja udang tu dengan ikan bilis. Kaedah bancuhan tepungnya sama saja. Cucur Udang Bahan-bahan : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air biasa 1/4 cawan air panas yang baru mendidih 1 biji telur 1 sudu kecil garam halus 1 sudu besar gula 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 ikat kucai dibersihkan dan dipotong 1 mangkuk kecil taugeh 1 mangkuk kecil udang basah 2 keping roti gardenia dicarik halus Cara masak : 1. Ambil 4 sudu besar penuh tepung gandum (dari sukatan 3 cawan tepung tadi) dan campurkan dengan air yang baru mendidih sehingga menjadi pekat dan sedikit bergentel. 2. Ambil baki tepung gandum dan campurkan bersama bancuhan tadi. Masukkan air  biasa dan semua bahan-bahan. Gaul sebati dan biarkan selama set...

Salam Jumaat Penghulu segala hari....

Hari ini dah 23 Syawal 1434 H...alhamdulillah masih diberikan nafas lagi..maaf kawan-kawan semua, pengunjung blog, hampir dua minggu Sue tak update blog masakan. Baru-baru ini, bz siapkan  Wedding doorgift   disamping tugas hakiki di sekolah yang banyak. Hari ini barulah berpeluang update blog...ini pun banyak kali berhenti. Sambung balik taip hehehe... Dah lama teringin nak makan kari telur ni sebenarnya, teringat-ingat. Ok jom tengok resepinya. Kari Telur Rebus Berkerisik Bahan-bahan: 6 biji telur direbus 1 cawan santan pekat 1 cawan santan cair 1 sudu besar kerisik 2 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar rempah kurma 2 biji ubi kentang dipotong 4 setiap satu Lada merah Lada hijau 2 keping asam gelugur Air secukupnya Garam Bahan kisar : 1 labu bawang besar 1/2 inci halia 1 sudu ketumbar Bahan tumis : 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Rempah 4 sekawan Daun kari Cara masak: 1. Bahan kisa...

Sayur yang ringkas dan mudah disediakan

Sayur Buncis Goreng Bahan-bahan : Seikat kacang buncis 1 mangkuk kecil udang 1 sudu teh kunyit serbuk Bawang besar dipotong baji (terpulang kepada bentuk yang anda suka) Lada merah dipotong 3 ulas bawang putih diketuk Garam Sedikit air Cara masak : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga layu. 2. Masukkan udang dan digoreng sekejap. 3. Masukkan kacang buncis, bawang besar, lada merah, kunyit serbuk, garam serta sedikit air. Jangan terlalu banyak air, nanti jadi hanyut. Kacau rata hingga masak. Sedia dihidang.

Mee rebus air tangan mak...

Salam 8 Syawal semua... Sue masih berada dikampung lagi. Suasana meriah aidilfitri masih terasa. Sanak saudara yang jauh dan dekat masih lagi kunjung mengunjungi. Biasanya kalau di kampung, tiada istilah "open house". Tetamu boleh datang bila-bila masa je. Berbanding dengan bandar atau pun rumah di kawasan perumahan taman, penduduknya kebanyakan (boleh dikatakan keseluruhan) bekerja seharian. Sebab itu adanya "open house" untuk meraikan tetamu yang biasanya diadakan pada hujung minggu. Agaknya apa menu cadangan anda. Jom masak mee rebus resepi mak Sue. kami sekeluarga memasak mee rebus ni untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain petang semalam. Maklumlah, bukan selalu dapat berkumpul bersama. Suasana memang meriah. Dari dulu pun memang mak menggunakan resepi ini dan Sue juga. InsyaAllah sedap. Jom cuba. Mee Rebus Bahan-bahan : Kuah : 1 kg daging cincang/daging direbus hingga empuk (air rebusannya jangan dibuang) 2 biji ubi keledek dicuci b...