Bismillahirrahmanirrahim, Roti Sardin Telur Viral Bismillahirrahmanirrahim, . #rotisardintelursurianti Roti Sardin Telur (Sardines French Toast) 🎬 https://www.instagram.com/p/BtxLjzkjWiE/?igshid=1qfgyl4m0ddso Bahan-bahan : 🔵Roti Putih 🔵1 tin kecil sardin 🔵3 biji telur 🔵2 biji bawang merah 🔵1 biji cili merah 🔵1 sudu kecil lada putih 🔵Daun sup 🔵Minyak masak Cara penyediaan : 1. Lecekkan sardin bersama dengan kuahnya. Ketepikan. 2. Satukan telur, bawang merah, cili merah, lada putih dan daun sup. Kacau sebati. Masukkan sardin yang telah dilecekkan tadi. Gaul rata. 3. Roti putih dipotong kepada dua bahagian, celupkan roti ke dalam bancuhan tadi. 4. Sapu kuali dengan sedikit minyak (anggaran 1-2 sudu besar minyak masak) dan panaskan kuali. Gorengkan roti, balikkan dan biarkan kedua-dua bahagian masak sempurna (sekejap saja) 5. Angkat dan sedia dihidang.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...