Skip to main content

Serimuka Gula Merah yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam Ramadhan, jom kita tengok resepi serimuka yang sangat sedap ini.




Serimuka Gula Merah (loyang 7x7 inci)
Oleh : Surianti Ramli
.
Lapisan Bawah :
1 cawan pulut (rendam 1 jam, toskan)
1 1/4 cawan santan cair
Secubit garam
-kukus semua bahan selama 30 minit.
-sapu loyang dengan sedikit minyak, alas loyang dengan plastik (saya pakai plastik saiz 12x12 inci), letakkan pulut yang telah dikukus tadi, tekan hingga padat.
.
Lapisan atas :
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
(satukan daun pandan, gula merah dan air, masak hingga gula larut. Ketepikan biar sejuk)
2 biji telur (saya pakai saiz A)
1 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
Secubit garam
-satukan air gula yang telah sejuk dengan semua bahan untuk lapisan atas, kacau sebati. Tapis. Masak sekejap atas api perlahan sekadar panas dan naik wap saja, jangan sampai mendidih.
.
Cara penyediaan serimuka :
Panaskan periuk kukusan, balut tudungnya. Curah perlahan lapisan atas kepada pulut. Kukus selama 30 minit. Selepas itu, buka tudung periuk dan kukus lagi 10 minit tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaan. Matikan api. Tunggu sejuk selepas 3 atau 4 jam baru boleh dipotong.
*bahagian kepala tu lembut & lemak (tak keras tau)





Comments

  1. Assalammualaikum sis..nk tnye..Bolh x gantikan santan dgn susu cair ?

    ReplyDelete
  2. 3-4 jam baru potong
    Saya buat 1 jam jer dah boleh potong

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis. Utk sukatan cawan tu, sis guna cawan standard utk baking ye? 1 cawan =250ml. Trima ksih sis.

    ReplyDelete
  4. tadi saya ada buat,tapi mau satu jam saya masak sbb d tghnya lembik,sekali saya cucuk berair maknanya belum masak bahagian bawah.adakah saya dak masak sebelum tuang atau pun mcm mana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan : 1 paket spaghetti 1 tin sos prego tradisional 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato) 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin) Garam Gula Air secukupnya 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) Minyak zaitun Cara masak : Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Kuah spaghetti 1. Panaskan sedikit minyak zaitu...

Sagu Gula Melaka mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini masak sup ayam untuk orang yang baru baik demam, dessert nya pula yang mudah saja. Biasanya Sue buat banyak dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk, sedap ! Sagu Gula Melaka Oleh : Surianti Ramli Bahan sagu : 1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Bahan Gula Melaka : 1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm) 1 cawan air 1 helai daun pandan disimpul -masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan. Bahan lain : 1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam Cara penyediaan : 1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa...

Chicken Chop yang mudah dan sedap

Dinner chicken chop resepi sauce nya dari sahabat baik saya, Zulaifha. Cikgu KH-Ert ni, memang terror masak. Sahabat saya grill kan ayam, tapi saya goreng disebabkan kurang kerajinan hihihi... Chicken Chop Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya) 5 ulas bawang putih dipotong dadu 2 sb serbuk lada putih 2 biji telur dipukul dengan garfu Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) Sedikit tepung gandum -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur. -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya. -goreng dalam minyak panas hingga masak. *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak. Sauce/Kuah Chicken Chop : 5 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 3 cawan air 5 - 7 biji cendawan butan...