Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Bingka labu sedap untuk minum petang

Bismillahirrahmanirrahim, Bingka Labu (loyang 9 x 9 inci) Oleh : Surianti Ramli Bahan A 400 gm labu -buang kulit, timbang dan potong kecil -rebus hingga empuk, toskan airnya dan lecek halus Bahan B 2 biji telur (kocok sedikit dengan garfu) 230 ml santan pekat 200 ml air 160 gm susu pekat 100 ml susu cair 120 gm gula pasir 300 gm tepung gandum 2 sudu besar minyak 1/2 sudu kecil garam -satukan semua dalam mangkuk besar dan kacau sebati, tapis jika masih berketul Bahan C Bijan -untuk tabur di atas bingka,sukatan ikut citarasa sendiri. Jika suka banyak, boleh tabur lebih Cara penyediaan : 1. Sapu loyang dengan sedikit minyak. Panaskan oven pada suhu 160'C selama 10 minit. Masukkan loyang kosong tadi untuk dipanaskan bersama. 2. Satukan bahan A dan bahan B. Kacau sebati. Curahkan ke dalam loyang yang kita telah panaskan tadi. 3. Bakar bingka selama 50 minit - 1 jam mengikut oven masing-masing. Selepas 15 minit pembakaran, keluarkan dan tabur bijan pada permukaan bingka. Kemudian sa...

Mee Kari sedap

Bismillahirrahmanirrahim, T eringin nak makan mee kari, walaupun jenuh mencari kerang tak ada. Buat juga tanpa kerang, alhamdulillah menepati selera keluarga kami. Mee Kari  Oleh : Surianti Ramli Bahan utama (mee kuning & sayur-sayuran) : 1 bungkus mee kuning (dicelur) 2 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil Daun sup/daun bawang dihiris halus Limau kasturi dibelah dua Telur rebus 1 mangkuk tauge dicelur 1 pokok sawi dicelur Bawang goreng (tiada dalam gambar) Cili merah/cili hijau dihiris nipis Bahan Kuah : 1/2 ekor ayam dipotong kecil (saya gunakan 3 keping dada ayam) 2 sudu besar rempah kari ikan 2 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar serbuk cili 1 cawan santan pekat 5 cawan air 2 keping fishcake dihiris nipis (goreng sekejap) 1 bungkus fishball dibelah dua (goreng sekejap) 1 cawan isi kerang rebus 1 keping asam keping 1 kiub pati ayam Garam secukup rasa Bahan kisar : 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Sedikit air (anggaran 1/4 cawan) Bahan t...

Apam Gula Hangus yang simple dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Apam Gula Hangus Oleh : Surianti Ramli Bahan gula hangus : 1 cawan gula pasir 1 cawan air -panaskan gula dalam kuali hingga cair keperangan. -tuang air perlahan-lahan. Masak hingga didih dan gula sebati dengan air. Matikan api, sejukkan. Bahan ayak : 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder - satukan bahan di atas, ayak. Ketepikan. Bahan lain : 2 biji telur  1/2 cawan minyak jagung 2 sb mentega 2 sb susu pekat Secubit garam - satukan bahan ini dan whisk hingga sebati. Cara penyediaan : 1. Satukan bahan gula hangus, bahan ayak & bahan lain dalam mangkuk besar. 2. Gunakan whisker dan whisk sebati.  3. Panaskan periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis. 4. Gunakan berus kecil dan sapu acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 bahagian acuan. 5. Kukus selama 20 minit, api sederhana. Bila masak, terbalikkan acuan dan apam akan tanggal sendiri.

Puding Milo Oreo untuk dessert

Bismillahirrahmanirrahi Dessert of the day, abaikan milo yang tak berapa larut tu sebab nak cepat  😁 PUDING MILO LAPIS OREO Sumber : Noraslinda Bugal & Blog Citarasawan Dicuba oleh : Surianti Ramli. BAHAN-BAHAN 1 paket serbuk agar-agar(10 gram) 750 ml air 160 gram gula pasir (saya letak 130 gm) 1 tin susu cair 400 ml 3/4 cawan serbuk milo (saya letak 100 gm) 1 bungkus biskut oreo 137 gram (patahkan 2) CARA MEMBUATNYA 1. Masak serbuk agar2,air dan gula pasir sehingga larut,masukkan susu cair,kacau sebati hingga mendidih. 2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain,campurkan serbuk milo dan kacau sehingga rata dan tidak berketul. 3. Ambil 1 cawan puding milo tadi dan tuang ke dalam acuan/loyang,bakinya dibiarkan di atas dapur dengan api kecil supaya tidak beku. 4. Bila lapisan puding milo hampir membeku,tuangkan kesemua puding putih/plain tadi.Tabur dengan kepingan biskut oreo.Biarkan mengeras sedikit. 5. Kemudian tuang baki puding milo ke atas lapisan puding putih/plain.Biar m...

Ketupat Sotong Versi Utara

Bismillahirrahmanirrahim, Lauk yang menambahkan selera, alhamdulillah sedap dan menepati selera keluarga kami. Ketupat Sotong Versi Utara Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 kg sotong (saiz besar) dicuci bersih 1 cawan beras pulut (rendam 30 minit, toskan) Lidi secukupnya Bahan kuah : 15 tangkai cili kering- rebus hingga lembut dan toskan 2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 cawan pati santan 1/2 cawan air Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya Cara penyediaan : 1. Isikan sotong dengan pulut hingga memenuhi 3/4 bahagian badan sotong. Masukkan kepala sotong dan sematkan lidi dengan kemas supaya pulut tidak terkeluar. Ketepikan. 2. Cili kering dan bawang dikisar halus. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan pecah minyak. Masukkan sotong bersama pati santan dan air. Rebus dalam api sederhana anggaran 15 - 20 minit. Perisakan garam dan gula secukup rasa. 4. Matikan api, sedia dihidang.

Rich Banana Bread untuk minum petang, rasanya seakan kek pisang yang gebu

Bismillahirrahmanirrahim, Rich Banana Bread untuk minum petang , resepi saya pernah share dua tahun lepas. Mudah & sedap, walaupun nama 'bread', tapi rasanya sedap, gebu dan lembab seakan kek pisang . Resepi ini saya dapat hasil berjalan ke website,  allrecipes.com  dan saya ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Mudah disediakan tanpa penggunaan mixer. Nak tahu sedap & gebu yang bagaimana, anda mesti cuba ya  ✌️ Rich Banana Bread (loyang 9in x 5in) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : (Sukatan cawan metrik) 1/2 cawan minyak jagung (atau butter dicairkan) 1 cawan gula castor 2 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 1/2 cawan tepung gandum 1 st baking powder 1/2 st soda bikarbonat 1/2 st garam 1/2 cawan yogurt plain 1/2 cawan walnut cincang 4 biji pisang emas dilecek Cara penyediaan :  1. Dalam mangkuk besar, satukan butter cair dan gula.  2. Tambahkan telur, esen vanila dan kacau gunakan whisker hingga sebati.  3. Satukan tepung, baking powder dan...

Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yang simple dan sedap, kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim, Menu yang mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap. Ayam Panggng Mayonis Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam saiz sederhana  Air secukupnya (sekadar menenggelamkan ayam waktu merebus nanti) Bahan tumbuk : 7 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan perapan : 4 sudu besar mayonis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar cili serbuk 1 sudu besar madu 1 sudu kecil garam halus Cara penyediaan : Ayam dicuci bersih dan potong kepada 4 bahagian (kalau tak potong pun boleh), direbus separuh masak dalam air hingga didih. Toskan dan air rebusan disimpan. Satukan bahan tumbuk dan bahan perapan, gaul sebati. Lumur pada ayam, perap 2 jam. (Saya perap semalaman) Bakar menggunakan oven atau pemanggang hingga masak. Nasi Planta Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi 6 cawan air rebusan ayam (kuantiti air bergantung pada jenis beras yang kita gunakan) 1 kiu...