Bismillahirrahmanirrahim, Ada lebihan strawberri, sedap juga bila dibuat crumble bars. Rasanya seakan biskut. Ada rasa masam dari strawberri dan manis dari bahan crumble. Resepi yang sedap dan wajib cuba, susah nak berhenti bila makan. Strawberry Crumble Bars Oleh : Surianti Ramli Loyang 8 x 8 inci Bahan A 2 1/4 cawan tepung gandum * 1 sudu kecil baking powder * 1/2 sudu kecil garam * 1 cawan gula kaster (Sue letak 1/2 cawan sahaja) 1 biji telur gred A (pukul sedikit dengan garfu) 1 sudu kecil esen vanilla 1/2 buku mentega sejuk dari peti ais didadu kecil -bahan bertanda * disatukan dan diayak Bahan B (satukan dan gaul rata) 10 - 12 biji strawberi didadu kecil 2 sudu besar gula kaster 2 sudu besar tepung jagung Cara penyediaan : 1. Satukan bahan A dalam besen dan ramas dengan hujung jari hingga membentuk seperti serbuk roti (crumb). Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 2. Panaskan ketuhar, lenserkan loyang dengan mentega. Alas baking paper ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...