Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Bingka labu sedap untuk minum petang

Bismillahirrahmanirrahim, Bingka Labu (loyang 9 x 9 inci) Oleh : Surianti Ramli Bahan A 400 gm labu -buang kulit, timbang dan potong kecil -rebus hingga empuk, toskan airnya dan lecek halus Bahan B 2 biji telur (kocok sedikit dengan garfu) 230 ml santan pekat 200 ml air 160 gm susu pekat 100 ml susu cair 120 gm gula pasir 300 gm tepung gandum 2 sudu besar minyak 1/2 sudu kecil garam -satukan semua dalam mangkuk besar dan kacau sebati, tapis jika masih berketul Bahan C Bijan -untuk tabur di atas bingka,sukatan ikut citarasa sendiri. Jika suka banyak, boleh tabur lebih Cara penyediaan : 1. Sapu loyang dengan sedikit minyak. Panaskan oven pada suhu 160'C selama 10 minit. Masukkan loyang kosong tadi untuk dipanaskan bersama. 2. Satukan bahan A dan bahan B. Kacau sebati. Curahkan ke dalam loyang yang kita telah panaskan tadi. 3. Bakar bingka selama 50 minit - 1 jam mengikut oven masing-masing. Selepas 15 minit pembakaran, keluarkan dan tabur bijan pada permukaan bingka. Kemudian sa...

Mee Kari sedap

Bismillahirrahmanirrahim, T eringin nak makan mee kari, walaupun jenuh mencari kerang tak ada. Buat juga tanpa kerang, alhamdulillah menepati selera keluarga kami. Mee Kari  Oleh : Surianti Ramli Bahan utama (mee kuning & sayur-sayuran) : 1 bungkus mee kuning (dicelur) 2 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil Daun sup/daun bawang dihiris halus Limau kasturi dibelah dua Telur rebus 1 mangkuk tauge dicelur 1 pokok sawi dicelur Bawang goreng (tiada dalam gambar) Cili merah/cili hijau dihiris nipis Bahan Kuah : 1/2 ekor ayam dipotong kecil (saya gunakan 3 keping dada ayam) 2 sudu besar rempah kari ikan 2 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar serbuk cili 1 cawan santan pekat 5 cawan air 2 keping fishcake dihiris nipis (goreng sekejap) 1 bungkus fishball dibelah dua (goreng sekejap) 1 cawan isi kerang rebus 1 keping asam keping 1 kiub pati ayam Garam secukup rasa Bahan kisar : 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Sedikit air (anggaran 1/4 cawan) Bahan t...

Apam Gula Hangus yang simple dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Apam Gula Hangus Oleh : Surianti Ramli Bahan gula hangus : 1 cawan gula pasir 1 cawan air -panaskan gula dalam kuali hingga cair keperangan. -tuang air perlahan-lahan. Masak hingga didih dan gula sebati dengan air. Matikan api, sejukkan. Bahan ayak : 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder - satukan bahan di atas, ayak. Ketepikan. Bahan lain : 2 biji telur  1/2 cawan minyak jagung 2 sb mentega 2 sb susu pekat Secubit garam - satukan bahan ini dan whisk hingga sebati. Cara penyediaan : 1. Satukan bahan gula hangus, bahan ayak & bahan lain dalam mangkuk besar. 2. Gunakan whisker dan whisk sebati.  3. Panaskan periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis. 4. Gunakan berus kecil dan sapu acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 bahagian acuan. 5. Kukus selama 20 minit, api sederhana. Bila masak, terbalikkan acuan dan apam akan tanggal sendiri.

Puding Milo Oreo untuk dessert

Bismillahirrahmanirrahi Dessert of the day, abaikan milo yang tak berapa larut tu sebab nak cepat  😁 PUDING MILO LAPIS OREO Sumber : Noraslinda Bugal & Blog Citarasawan Dicuba oleh : Surianti Ramli. BAHAN-BAHAN 1 paket serbuk agar-agar(10 gram) 750 ml air 160 gram gula pasir (saya letak 130 gm) 1 tin susu cair 400 ml 3/4 cawan serbuk milo (saya letak 100 gm) 1 bungkus biskut oreo 137 gram (patahkan 2) CARA MEMBUATNYA 1. Masak serbuk agar2,air dan gula pasir sehingga larut,masukkan susu cair,kacau sebati hingga mendidih. 2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain,campurkan serbuk milo dan kacau sehingga rata dan tidak berketul. 3. Ambil 1 cawan puding milo tadi dan tuang ke dalam acuan/loyang,bakinya dibiarkan di atas dapur dengan api kecil supaya tidak beku. 4. Bila lapisan puding milo hampir membeku,tuangkan kesemua puding putih/plain tadi.Tabur dengan kepingan biskut oreo.Biarkan mengeras sedikit. 5. Kemudian tuang baki puding milo ke atas lapisan puding putih/plain.Biar m...

Ketupat Sotong Versi Utara

Bismillahirrahmanirrahim, Lauk yang menambahkan selera, alhamdulillah sedap dan menepati selera keluarga kami. Ketupat Sotong Versi Utara Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 kg sotong (saiz besar) dicuci bersih 1 cawan beras pulut (rendam 30 minit, toskan) Lidi secukupnya Bahan kuah : 15 tangkai cili kering- rebus hingga lembut dan toskan 2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 cawan pati santan 1/2 cawan air Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya Cara penyediaan : 1. Isikan sotong dengan pulut hingga memenuhi 3/4 bahagian badan sotong. Masukkan kepala sotong dan sematkan lidi dengan kemas supaya pulut tidak terkeluar. Ketepikan. 2. Cili kering dan bawang dikisar halus. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan pecah minyak. Masukkan sotong bersama pati santan dan air. Rebus dalam api sederhana anggaran 15 - 20 minit. Perisakan garam dan gula secukup rasa. 4. Matikan api, sedia dihidang.

Rich Banana Bread untuk minum petang, rasanya seakan kek pisang yang gebu

Bismillahirrahmanirrahim, Rich Banana Bread untuk minum petang , resepi saya pernah share dua tahun lepas. Mudah & sedap, walaupun nama 'bread', tapi rasanya sedap, gebu dan lembab seakan kek pisang . Resepi ini saya dapat hasil berjalan ke website,  allrecipes.com  dan saya ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Mudah disediakan tanpa penggunaan mixer. Nak tahu sedap & gebu yang bagaimana, anda mesti cuba ya  ✌️ Rich Banana Bread (loyang 9in x 5in) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : (Sukatan cawan metrik) 1/2 cawan minyak jagung (atau butter dicairkan) 1 cawan gula castor 2 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 1/2 cawan tepung gandum 1 st baking powder 1/2 st soda bikarbonat 1/2 st garam 1/2 cawan yogurt plain 1/2 cawan walnut cincang 4 biji pisang emas dilecek Cara penyediaan :  1. Dalam mangkuk besar, satukan butter cair dan gula.  2. Tambahkan telur, esen vanila dan kacau gunakan whisker hingga sebati.  3. Satukan tepung, baking powder dan...

Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yang simple dan sedap, kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim, Menu yang mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap. Ayam Panggng Mayonis Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam saiz sederhana  Air secukupnya (sekadar menenggelamkan ayam waktu merebus nanti) Bahan tumbuk : 7 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan perapan : 4 sudu besar mayonis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar cili serbuk 1 sudu besar madu 1 sudu kecil garam halus Cara penyediaan : Ayam dicuci bersih dan potong kepada 4 bahagian (kalau tak potong pun boleh), direbus separuh masak dalam air hingga didih. Toskan dan air rebusan disimpan. Satukan bahan tumbuk dan bahan perapan, gaul sebati. Lumur pada ayam, perap 2 jam. (Saya perap semalaman) Bakar menggunakan oven atau pemanggang hingga masak. Nasi Planta Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi 6 cawan air rebusan ayam (kuantiti air bergantung pada jenis beras yang kita gunakan) 1 kiu...

Kuah Lompang Pandan yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Kuih Lompang yang pernah Sue kongsikan dalam blog, fb dan IG ini juga pernah dicuba ramai kawan2 dan mendapat maklumbalas yang baik ,  alhamdulillah sedap dan harum wangi pandan satu rumah. Lompang Pandan Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu kecil air kapur (kalau tak letak pun boleh) 3/4 cawan gula pasir 2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dengan air dan ditapis) 1 sudu besar pandan paste /beberapa titis pewarna untuk memberikan warna hijau Hiasan di atas lompang : Kelapa parut yang putih Secubit garam halus 1 helai daun pandan #gaul  rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap Cara masak : 1. Satukan gula pasir serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi) 2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur , pandan paste dan jus pandan yang ...

Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan ringkas dan menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim, Resepi nasi lemak tumis (tanpa santan) ini pernah saya share dulu dalam IG dan blog. Nasi ini popular di negeri Kedah tempat kelahiran saya, memang menggamit nostalgia tiap kali memasaknya. Nasi Lemak Tumis (tanpa santan) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan beras 4 - 4 1/2 cawan air (ikut jenis beras masing-masing) 1 sk kunyit serbuk (jika suka nasi kuning, tapi saya tak letak kali ini) Garam -masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi. Bahan tumis : 1/2 senduk minyak masak (Saya guna minyak jagung) 1 inci halia 1 helai daun pandan disimpul 1 batang serai diketuk 5 ulas bawang merah dimayang 3 ulas bawang putih dimayang Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, binga lawang, buah pelaga) -panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis di atas hingga harum. Tuangkan ke dalam periuk nasi. Kacau rata dan on plug, masak seperti memasak nasi biasa. Sambal Bilis Oleh : Surianti Ramli Bahan kisar : 2 ...

Kek Marble Lembut yang gebu dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Entry tertangguh, sebenarnya Sue dah post dalam fb dan IG. Kek marble yang lembut & gebu tanpa serbuk penaik. . Kek Marble Lembut (loyang 8 x 8 inci) Oleh : Surianti Ramli . Bahan A : 150 gm butter dicairkan (timbang dulu baru cairkan) . Bahan B : 5 biji telur gred A 230 gm tepung gandum 170 gm gula caster 1 sudu besar ovalete (sudu metrik) 50 ml susu cair 1 sudu teh esen vanila . Bahan lain : Pewarna/perisa kesukaan (saya gunakan strawberry emulco dan serbuk koko) Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang Kertas minyak . Cara penyediaan : 1. Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya. 2. Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu (anggaran 7 minit) 3. Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik hingga sebati. 4. Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berse...

Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah

Bismillahirrahmanirrahim, Masih lagi dalam bulan Syawal, merendang masih menjadi pilihan. Mari kita lihat resepi rendang yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sungguh menjimatkan masa dan rasanya sama seperti kita menggunakan kuali atau periuk biasa.Bahan-bahan pun sama, hanya kaedah memasak dapat disingkatkan. Rendang Ayam (periuk Noxxa) Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam - potong kecil dan cuci bersih Bahan kisar : 30 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurangkan cili, rebus cili dengan air hingga didih, toskan) 3 labu bawang besar 1/2 labu bawang putih 2 batang serai 1 inci halia 1 inci lengkuas 2 ruas kunyit Air secukupnya untuk mengisar Bahan lain : 1 helai daun kunyit diracik 3 batang serai diketuk 2 keping asam gelugur 2 sudu besar kerisik 500 ml santan pekat Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaan : 1. Masukkan bahan kisar, ayam dan ser...

Salam Aidilfitri 2017

Assalamualaikum semua, Rasanya belum terlewat untuk Sue mengucapkan selamat hari raya buat semua pengunjung setia blog Jendela Dapur Surianti. Terima kasih atas sokongan semua kawan-kawan yang selalu datang berkunjung. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Ayam Peri Peri ala Nando's yang menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim, Disebabkan kesuntukan masa, kali ini Sue menyediakan ayam panggang peri peri menggunakan sos Nando's yang dibeli di Tesco. InsyaAllah ada kesempatan masa, post yang akan datang, Sue akan kongsikan resepi sos ala Nando's yang boleh dibuat sendiri di rumah. Ayam Peri Peri Ala Nando's Oleh : Surianti Ramli Bahan utama : 1 ekor ayam sederhana besar Bahan perapan : 4 sudu besar sos Nando's (saya gunakan sos peri peri garlic) 4 sudu besar mayonais 2 sudu besar chilli flakes 2 sudu besar paprika 5 ulas bawang putih (tumbuk halus) 1 inci halia (tumbuk halus) 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula *sos nandos, paprika dan chilli flakes boleh dibeli di pasaraya besar seperti tesco atau giant. *garam dan gula mengikut citarasa sendiri. Bahan lain : 3 biji kentang dipotong baji (rebus separuh empuk, toskan airnya) 2 biji bawang besar dipotong 8 bahagian 2 biji buah tomato dipotong 4 bahagian Daun salad Minyak zaitun secukupnya...

Serimuka Durian yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Salam 5 Ramadhan buat semua pengunjung blog Jendeladapur Surianti yang dikasihi, rasanya masih belum terlewat untuk mengucaokan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diberkati Allah SWT. Aamiin. R esepi ini Sue pernah share dulu. Kali ini masih menggunakan resepi yang sama juga. Resepi cara orang tua dulu-dulu, menggunakan sukatan cawan. Silakan share, semoga bermanfaat. Seri Muka Durian Oleh : Surianti Ramli (Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci) Bahan-bahan : Bahagian bawah (pulut) 2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan 1 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sudu kecil garam Cara penyediaan pulut : 1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut. 2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan. Bahagian atas/kepala 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1/2 cawan gula 1/2 cawan isi durian 1 sudu besar tepung gandum 1/3 c...

Maggie Goreng Ala Mamak pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim, Sesekali teringin maggie goreng style mamak, masak seadanya, alhamdulillah sesekali bolehlah jangan selalu. Maggie Goreng Ala Mamak Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 bungkus maggie (dicelur sekejap dengan air didih & toskan) 200 gm daging ayam dipotong dadu (atau daging lembu yang direbus) 1/2 cawan air 3 ulas bawang putih diketuk 1 sudu besar cili kisar 1 sudu besar serbuk kari 3 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar kicap lemak manis 2 biji ubi kentang direbus (potong dadu) 2 biji telur Sayur sawi, kobis Minyak untuk menumis Garam jika perlu (tapi saya tak letak pun kerana pada saya telah cukup rasa masinnya) Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum. 2. Masukkan cili kisar, serbuk kari, isi ayam dan air. Masak hingga isi ayam empuk dan air mulai kering. 3. Pecahkan telur, kacau dengan cepat. 4. Masukkan semua sos bersama maggie, kentang dan sayur. Goreng sekejap saja den...

Kuih Bakar Berlauk, kuih warisan orang lama

Bismillahirrahmanirrahim, Kuih lama yang menjadi kegemaran Sue, Kuih Bakar Berlauk Oleh : Surianti Ramli (Dapat 2 biji saiz no 2 seperti gambar). Bahan A (batter) : 180 gm tepung gandum 375 ml susu cair (atau santan sederhana pekat) 375 ml air 2 biji telur saiz A 2 sudu besar minyak sapi 1/2 sudu kecil garam Beberapa titis pewarna kuning -satukan semua bahan di atas, kacau sebati dan tapis. Bahan B (inti berlauk) : 150 gm daging dipotong kecil 1 labu bawang besar didadu 3 ulas bawang putih didadu 1/2 inci halia didadu 1 sudu besar rempah kari 1 sudu besar rempah kurma 1/4 cawan air (bancuh rempah dan air menjadi pes) Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis -panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga harum. -masukkan pes rempah bersama daging. Masak hingga daging empuk. (Tambah air lagi jika perlu) -masukkan garam/gula secukup rasa. -masukkan bawang besar dan masak hingga inti kering. Matikan api. Bahan tabur : Daun sup, daun bawang, cili merah, bawang goren...