Bismillahirrahmanirrahim... Teringin sangat nak makan chicken pie, akhirnya malam ini Sue buat juga. Kebetulan bahan-bahan semua dah ada, apa lagi..terus masuk dapur. Alhamdulillah sedap, rasa ala2 karipap bakar. Yummy ! Chicken Pie Oleh : Surianti Ramli Mula-mula kita sediakan filling dulu, Bahan-bahan untuk filling (inti) : 2 keping dada ayam didadu kecil 5 biji cendawan butang dipotong nipis 1 tin Campbells cream of chicken 1 sb lada putih 1 biji bawang besar didadu 1 biji ubi kentang didadu 1/2 batang karot didadu 1/2 biji lada benggala (capsicum) 2 - 3 sudu minyak jagung *sedikit air jika perlu (tapi Sue tak letak pun sebab ayam dah keluarkan air) *sos Campbells telah pun masin, tak perlu tambah garam lagi. Cara buat filling (inti) boleh lihat gambar di bawah : -panaskan 2 atau 3 sb minyak jagung. -tumis bawang besar hingga harum kekuningan. -masukkan isi ayam, kacau sedikit. -masukkan Campbells cream of chicken dan sedikit air jika perlu. ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...