Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Kuih Cara Manis

Entry tertangguh sebenarnya..dari sebelum bulan puasa lagi Sue masak kuih cara ni.bulan puasa pun ada juga Sue masak..tapi tak berkesempatan untuk update blog disebabkan kerja sekolah yang banyak waktu itu. Sedap, dengan aroma pandan dan gula yang cair dalam mulut. Alhamdulillah.. Kuih Cara Manis Sumber : CMG Dicuba oleh : Surianti Ramli BAHAN-BAHANNYA  smile emoticon 2 cawan tepung gandum 3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh) 2 biji telur 3 helai daun pandan Beberapa titik pewarna hijau Gula pasir secukupnya, sebagai inti Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin) Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan CARA MEMBUATNYA  smile emoticon Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, b...

Congo Bar kesukaan ramai, resepi terbaik

Mudah saja cara membuat Congo Bar ni sebenarnya.. Kalau guna mixer, hanya mix sedikit saja tidak seperti kek. Kalau sekadar guna whisk pun boleh. Rasanya sedap, tidak terlalu manis kerana penggunaan gula perang ditambah dengan choc chip, kekacang almond di bahagian dalamnya dan bahagian atas. Banyak kali juga Sue buat atas permintaan kawan-kawan tempat kerja..alhamdulillah, semua cakap sedap. Rasanya diantara kek dan biskut..mesti cuba..Memang yummy ! Selepas bakar, biarkan sekejap hingga suam dalam loyang. Setelah agak suam, bolehlah dipotong. Masukkan dalam papercup untuk cantik. Kalau tak masuk dalam papercup pun boleh juga. Congo Bars Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 315g tepung superfine*  2 st baking powder* (satukan * dan ayak) Secubit garam 150g butter 220g gula perang 3 biji telur gred A 1 st esen vanilla 1 cawan choc chip 1/2 cawan walnut 1/2 cawan almond nib Hiasan (tabur di atas) -Choc chip -Almond slice Cara penyediaan : 1. Pukul gula dan butt...

Butter Cheese Cake sedap

Sedapnya kek resepi dari sahabat Fb Sue, pakar membuat kek ini. Masa bakar kek ni, terbayang2 Lyn tengah nyanyi lagu Hindustan. Tq Lyn untuk resepinya. Sebelum Lyn postkan resepi ini di fb, seorang lagi sahabat fb sue yang juga pakar memasak iaitu Noor Abd Rahim telah berkongsi resepi ini..Memang sedap. Kek Butter Berkeju/Butter Cheese Cake Sumber : Noor Abd Rahim, Lynn Allianz Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 250g butter 3/4 cawan gula caster 5 biji telur gred A 1 sk esen vanila 2 cawan tepung gandum (saya guna superfine) 1 1/2 sk baking powder 200g keju cheddar parut Cara penyediaan : 1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan. 2. Pukul butter dan gula hingga kembang. 3. Masukkan esen vanila dan telur 1/1 sambil dipukul lagi. 4. Masukkan keju parut dan tepung. Gaul sebati. 5. Panaskan oven. Griskan loyang, (saya guna loyang 8in x 8in) alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar hingga masak mengikut oven masing2. Cuc...