Resepi ini mudah je sebenarnya. Tapi rasanya sangat sedap. Memang betul, penggunaan pure butter (bukan buttercup ya...) membuatkan kek atau biskut menjadi lebih sedap. Resepi ini asalnya dari sahabat Fb Sue iaitu kak Suhaini Abdul Wahab. Sue copy paste je & dah buat banyak kali juga. Untuk makan dengan family & baru2 ini Sue bawa ke sekolah untuk dimakan bersama kawan2 geng surau. Alhamdulillah, semua suka... BUTTER CAKE Sumber : kak Suhaini Abd Wahab Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan: 230gm butter Anchor/Golden Churn/SCS 4 biji telur B 60 ml susu segar 200 gm tpg kek 180gm gula halus 1 st esen vanilla Cara: Pukul butter + gula - kembang - masukkn telur satu persatu hingga habis -masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis & masukkan vanilla - gaul rata - siapkn loyang 7x7x3 /8x8x3 & bakar 180'C - 40-45 minit atau paipkn kedlm paper cup bakar 25 minit. Note: Kalau nakkan butter cake yg sedap mesti gunakn pure butter
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...