Baru-baru ini, seorang sahabat yang selalu melayari blog Sue ada email kan meminta Sue kongsikan resepi Maggie Goreng. Sue sebenarnya masak cara biasa sahaja. Lebih kurang sama seperti cara memasak mee/ meehun/ kuetiaw goreng juga. Anda boleh pelbagaikan cara dan bahan mengikut kreativiti sendiri untuk memasaknya. Maggie Goreng Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 3 bungkus maggie - direndam dalam air didih anggaran 2 minit, toskan dan lalukan air biasa sekejap. Ketepikan 1 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan sendiri) Sos cili Kicap lemak manis 2 sb sos tiram Semangkuk daging (potong kecil) 3 keping fishcake digoreng dahulu dan dipotong Sayur seperti sawi, kobis dll mengikut citarasa Garam Gula 2 biji telur 3 ulas bawang merah/2 ulas bawang putih Sedikit minyak untuk menumis Anggaran secawan air Cara penyediaan : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga harum. 2. Masukkan cili kisar, daging bersama secawan air dan rebus hingga empuk. 3. Masukkan sos c...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...