Makan apa malam ni ? Apa kata kita makan nasi goreng tomyam. Sedap ! Jom kita lihat resepinya. Bahan-bahan : 6 cawan nasi (yang telah dimasak lebih awal) 2 kiub tomyan knorr 100g sotong 100g udang 100g isi ayam 1 batang karot dipotong dadu 1 mangkuk kecil kobis dihiris halus 1 labu bawang besar* 2 batang serai* 7 biji cili padi* 1 inci halia muda* Garam secukup rasa Daun limau purut 3 ulas bawang merah (untuk ditumis) 1 ulas bawang putih (untuk ditumis) 2 biji telur digoreng hancur Bahan bertanda * dikisar halus Cara memasak : 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik baunya. 2. Masukkan bahan kisar dan kiub tomyam. Masukkan isi ayam dan biar hingga masak. 3. Masukkan sotong dan udang. Biarkan sekejap. Masukkan sayur dan garam. 4. Masukkan nasi serta daun limau dan kacau goreng hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur hancur. #lebihkan cili padi jika anda suka pedas# Siap. Sedia dihidang. Anda mesti cuba ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...