Mee sanggul memang agak femes di negeri2 utara. Masa kecik dulu, emak Sue selalu masak. Sedap ! Tapi sejak merantau ni (bunyi macam jauh sangat merantaunya) dah jarang Sue makan. Baru2 ini, tertengok kawan fb yang memang pakar memasak, kak Mufidah buat mee sanggul, Sue pun terus buat juga. Sue masak sama seperti menggoreng mee/kuetiaw juga. Alhamdulillah sedap dan menepati selera kami sekeluarga.
Mee Sanggul
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
300g mee sanggul kering (2 bungkus) - direndam dalam air biasa 45 minit hingga 1 jam
3 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih di mayang
1 senduk cili kisar (jika suka pedas, sila tambahkan)
Sedikit daging dipotong kecil
Sedikit udang dan sotong
1/4 cawan kicap lemak manis
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Sayur kesukaan (seperti sawi / kobis /taugeh / kucai)
Cara masak :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga layu.
2. Masukkan cili kisar. Masukkan daging bersama sedikit air. Rebus hingga daging empuk.
3. Masukkan garam, gula, kicap serta sos. Kacau sebentar.
4. Masukkan udang/sotong. Biar sekejap.
5. Masukkan sayur bersama mee sanggul dan kacau rata. Tak perlu goreng lama kerana mee sanggul ini lembut seperti kuetiaw/mee kuning.
Kacau sekejap saja dan sedia dihidang. Taburkan daun sup bersama daun bawang, cili potong dan limau kasturi jika suka.
*utk sukatan sos dan kicap, boleh suaikan dengan citarasa sendiri.
Gambar ehsan dari google.
Sue tak sempat ambil gambar mee sanggul sebelum merendamnya.
Sebab mengapa dipanggil mee sanggul adalah bentuk mee ini yang sama seperti sanggul (sebelum direndam)