Hai assalamualaikum semua. Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog Jendela Dapur Surianti , terasa rindu pula dengan blog sendiri. Boleh dikatakan hampir 5 tahun juga senyap dari berblogging. Ibarat rumah tinggal yang penuh dengan sawang. Faktor kekangan masa membataskan saya untuk berada di sini (dibaca sebagai tidak berapa rajin). Sesekali ada juga masuk melawat kawasan sekadar membaca blog sendiri. Walaupun diam dari berblogging, sepanjang waktu ini, saya banyak membuat “posting” di Youtube, Instagram, Tiktok dan juga Facebook. Tapi kalau waktu yang agak sibuk, memang akan senyap juga dari membuat sebarang “posting” Youtube Surianti_Kitchen, klik sini Instagram Surianti_Kitchen klik sini TikTok Surianti_Kitchen klik sini Facebook Surianti_Kitchen klik sini Terima kasih atas semua sokongan anda kepada blog ini. Saya harap anda terus menyokong Surianti Kitchen dan semoga lepas ini saya jadi “rajin” untuk mengemaskini blog. Sampai jumpa la...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...