Salam Ramadhan 1439H buat semua, Post awal untuk beri idea kepada kawan-kawan menu bersahur. Berkolaborasi dengan Seri_Aji sekali lagi, alhamdulillah. Biasanya untuk sahur kami sekeluarga akan makan hidangan yang ringkas dan mudah serta cepat disediakan. Dengan adanya perencah nasi goreng kampung SERI-AJI, masa memasak dapat dijimatkan kerana perencahnya lengkap dengan bahan-bahan asli seperti ikan bilis, cili padi dan belacan. . Nasi Goreng Kampung SERI-AJI® dengan Murtabak . Bahan-bahan: 3 sudu besar minyak masak 20 g ikan bilis 200 g isi ayam, dihiris 100 g murtabak dipotong kecil 100 g sayur kangkung, dipotong 3cm 2 biji telur 3 ½ cawan beras (dimasak menjadi nasi)/ 550 g nasi putih 1 peket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g . Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak masak. 2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan. 3. Dengan minyak yang sama, gorengkan ayam hingga separuh masak. Masukkan murtabak. 4. Campurkan sayur kangkung dan telur,...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...