Nasi Beriani Oleh : Surianti Ramli . Bahan-bahan : 4 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30 minit & toskan) 2 sudu besar rempah beriani(dijadikan pes iaitu ditambah sedikit air, saya biasa pakai rempah Faiza & Maggi) 1 kiub pati ayam 6 cawan air 1/2 cawan susu cair Garam Pewarna kuning & oren . Bahan tumis : 2 sudu besar minyak sapi Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga) 1 labu bawang besar (dipotong dadu) 2 inci halia dimayang 2 helai daun pandan . Cara masak : 1. Cairkan minyak sapi. 2. Bila telah panas, tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum. 3. Masukkan pes rempah beriani dan kiub pati ayam. 4. Masukkan beras. Kacau perlahan anggaran 2 minit. 5. Masukkan air bersama susu cair. Kacau rata, masak seperti nasi biasa. 6. Bila nasi telah mulai masak, lubangkan nasi dan titiskan pewarna oren & kuning berselang seli. Biar 10 minit & gembur perlahan. Ji...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...