Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Butter Cheese Cake yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim, Hampir sebulan Sue tak update Fb disebabkan kesibukan dengan sekolah dan berkejar ke sana sini menguruskan pelbagai urusan. Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2017, Butter Cheese Cake antara resepi terawal yang Sue kongsikan semasa baru membuka blog masakan dulu. Keknya gebu, lembut dan sangat sedap pada citarasa kami sekeluarga. Penggemar cheese pasti sukakannya. Resepi wajib cuba, sedap 😊 Butter Cheese Cake Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 250 gm butter 150 gm cream cheese (Sue pakai Tatura) 200 gm gula caster (Sue letak 160 gm) 5 biji telur gred A 1 sk esen vanila 250 gm tepung gandum (Sue guna superfine) 1 1/2 sk baking powder Cara penyediaan : 1. Satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati dan tidak berketul. 2. Masukkan telur 1 / 1 sambil dipukul lagi. 3. Masukkan esen vanila. 4. Masukkan bahan aya...