Bismillahirrahmanirrahim, Menu popular di negeri utara Semenanjung. Kebiasaannya dihidangkan sebagai nasi kenduri dan juadah makan tengahari di rumah. Resepinya pula mempunyai banyak versi, masing-masing ada cara tersendiri untuk memasak dan keluarga Sue terutama anak-anak memang sangat sukakannya. Dulu Sue pernah kongsi resepinya dan boleh lihat di sini (sila klik) . Nasi Daging Utara Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 4 cawan/cup beras (kali ini Sue gunakan basmathi) -dicuci bersih, rendamkan 30 minit dan ditoskan. 1 kg daging -dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi. Bahan tumis : 2 sb mentega @ 2 sb minyak masak Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga) 5 ulas bawang merah dihiris nipis 2 ulas bawang putih dihiris nipis 2 inci halia diracik halus 2 helai daun pandan disimpul Bahan kisar : 1 batang kayu manis 1 kuntum bu...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...