Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Karipap Sardin terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Karipap Sardin terlajak sedap, original resepi dari kakak kembar Sue nun di Shah Alam kak Jalilah Jj. Sedap sungguh, kakak Sue memang buat jualan kuih frozen. Resepi wajib cuba. Sue buat sekilo tepung utk dibuat frozen juga. Sedapnya la,makan sebiji dua memang tak cukup.  Karipap Sardin Sumber : Kak Jj Dicuba oleh : Surianti Ramli Inti karipap : 2 tin sadin Cap Ayam makerel (jenama apa pun boleh asalkan makerel sbb isinya besar) 5-7 biji bawang besar di potong dadu 3-5 sudu lada blender (cili kering) 3-4 biji bawang putih dipotong dadu 2 biji telur (kalau tak letak pun boleh) 5-6 batang daun sup di mayang 1/4 cawan air asam jawa pekat 1 sudu teh perisa maggie cukup rasa Garam gula ikut keperluan. Minyak masak untuk menumis Kaedah penyediaan : Panaskan minyak tumis bawang hingga naik bau. Masukkan lada tumis(cili kering kisar) hingga garing. Masukan gula sedikit bagi proses lada cepat garing. Ikan sardin di buang tulang...

Ayam Ungkep yang sedap pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim... Walaupun Sue bukan orang Jawa, (hanya nama je ala2 Jawa) tapi Sue sangat sukakan masakan Jawa. Resepi ini Sue dapat hasil berjalan2 dalam blog Amie's Little Kitchen. Sedap alhamdulillah.. Ayam Ungkep Sumber : Amie's Little Kitchen Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan: 1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika 2 batang serai - dititik 3 cawan air minyak sedikit asam jawa (pilihan) garam / gula / perasa pilihan Bahan tumbuk / kisar: 5 ulas bawang putih 10 biji bawang merah 2 sudu makan ketumbar biji 1 sudu makan jintan manis 1 sudu teh jintan putih 3 cm kunyit hidup 3cm halia 15 biji cili padi Cara: 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. 2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna. 3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. 4. Tutup kuali rapat-rapat. 5. Kacau sekali-sek...

Choc Chips Muffin yang mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Terima kasih kak ummi utk resepi yg sedap ini. Mudahnya membuat muffin, tak perlu pakai mixer. Hanya gunakan whisker atau senduk kayu sahaja. Choc Chips Muffin Sumber : kak  Ummi Zaihadi Dicuba oleh :  Surianti Ramli Bahan:- 1 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan serbuk koko 1 cawan gula kastor 1 sk baking powder 1 sk soda bikarbonat 1/2 sk garam 1 cawan fresh milk 1 biji telor - pukul sikit 1/3 cawan minyak 1 sk esen vanila 3/4 cawan choc chips Cara Membuat:- Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Masukkan choc chips. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit) Nota : Sue bakar selama 20minit, suhu 200'C

Pulut Durian sedap

Bismillahirrahmanirrahim.. Rezeki selepas hujan, durian kampung yang sangat sedap. Pemberian dari seorang kawan hubby semalam. Alhamdulillah. Pulut Durian Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : Bahan utama -durian Kaedah memasak pulut : Kaedah 1 (cara rice cooker) 4 cawan beras pulut 4 cawan air 2 sb minyak masak -masukkan beras pulut, air dan minyak dalam rice cooker, on plug dan masak seperti kita memasak nasi biasa. Kaedah 2 (cara periuk biasa) -didihkan air dalam periuk, anggaran setengah periuk. Lebih pun tidak mengapa. Masukkan pulut. Kacau rata dan biar hingga mendidih anggaran 5 - 7 minit. Tuangkan airnya hingga air jadi separas pulut. Perlahankan api. Tunggu hingga masak dan gembur dengan senduk kayu. Kuah Santan 1 cawan santan pekat 1/2 cawan air biasa 2 sb tepung beras 2 sudu besar gula Secubit garam -satukan air biasa dan tepung beras, kacau sebati. -campurkan semua bahan dan sentiasa dikacau dalam api perlahan hingga pekat. Tutupkan api. Cara ...
Bismillahirrahmanirrahim... Misi menghabiskan ceri, maka terjadilah kek ini. Hasil berjalan2 ke blog omputeh. Tapi Sue ubahsuai sedikit dari resepi asalnya mengikut kesesuaian bahan. Cherry Butter Cake Oleh : Surianti Ramli (Loyang 8 x 4 inci) Bahan2 : 125 gram mentega 1/2 cawan gula kastor 2 biji telur gred A 1 sb sunkist 1 1/2 cawan tepung gandum * 1 st baking powder * 1/2 cawan susu segar Hirisan ceri merah dan hijau secukupnya (Sue letak 1/2 cawan) Badam cincang utk tabur di atas kek -bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : Ambil 1 sb tepung gandum dan gaul sebati dengan buah ceri. (Ini bertujuan supaya ceri tidak mendap ke bawah kek). Ketepikan dulu. Putar mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi. Masukkan sunkist. Putar sebati. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Kacau secara kaup balik. Masukkan ceri merah dan hijau yang telah digaul 1 sb tepung gandum tadi. Kacau sebati . Tinggalkan sedikit untuk tabur...

Ikan Rebus Goreng aka Ikan Lengat

Bismillahirrahmanirrahim.. Kawan2 suka tak lauk ikan rebus goreng ? Kalu di utara dipanggil ikan lengat. Sebelum ini Sue tak pernah buat sendiri, tapi sahabat Sue Pn Jamkhuriyati Hussain J/u Bahasa Negeri Perak yang ajar buat.. sedap rupanya. Makan dgn nasi panas, bertambah2 pulak makan. Mudah je caranya : Bahan-bahan : 1 kg Ikan kembung/ikan temenung bahasa utara/ikan sardin segar. 7-8 keping asam keping 1 sb garam kasar Air secukupnya (agak tenggelam ikan) Cara penyediaan : Siang ikan & cuci bersih. Rebus bersama asam keping, garam kasar dan air. Asam keping kalau nak letak banyak pun boleh. Bila mendidih, matikan api. Biar semalaman terendam dan esoknya  toskan air. Goreng garing dalam minyak panas. Kalau suka letak bawang & lada potong. *lebihan ikan rebus boleh disimpan dlm peti ais, hanya toskan airnya dan bila nak makan boleh keluarkan dan goreng. Sedap !

Masak Lemak Cili api Rebung dan Udang

Bismillahirrahmanirrahim.. Teringin sangat nak makan rebung masak lemak cili padi. Masak tengahari tadi sebenarnya. Kwn2 semua suka tak masakan begini ? Tapi ini bukanlah resepi org nismilan..ni versi utara. Versi ‪#‎ jendeladapursurianti‬   Masak Lemak Cili Padi Rebung Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 1 mangkuk rebung -hiris sederhana nipis, rebus hingga didih dan toskan. 1 mangkuk udang 2 cawan santan cair 1/2 cawan santan pekat 1 batang serai diketuk 2 - 3 keping asam keping Garam secukup rasa Bahan kisar : 10 - 15 tangkai cili padi 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 ruas kunyit hidup Cara penyediaan : Masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali santan pekat). Masak dalam api perlahan hingga sedikit didih. Masukkan santan pekat, kacau rata sampai betul mendidih dan matikan api.